Cuti Pun Dah Tamat

Assalamualaikum,

Akhirnya cuti raya dah pun habis.

Dan bermula kehidupan bekerja semula. Bila balik kampung, seronoknya memang tak terkata, lebih-lebih lagi yang duduk jauh-jauah macam kami ni. Cuti lama pun rasa sekejap saja.

Tapi itulah, kehidupan perlu diteruskan. In shaa Allah, sedikit masa untuk blog ni terus update. Bila dah cuti lama, macam biasa, blog pun cuti. Tunggu mood ok sikit. Banyaklah mood.

Masa raya, yang seronoknya memang budak-budaklah. Mak ayah budak seronok masa ziarah sedara-sedara dan kawan-kawan. Tak banyak ziarah kawan-kawan, sebab bila sms, ramai dah balik kerja semula. Tak pelah, tahun depan in shaa Allah kita jumpa.

Sempat juga kami berjalan-jaan di Penang. Nama je orang Penang, tapi jalannya jauh sekali. Itu yang suami pun pertama kali pergi berjalan. Ampun, lepas ni balik kampung kita pekena teh ais Bukit Bendera lagi na..

Oklah, ringkas je. Jumpa lagi.

@fiezaradzi.com – Nak pi buat kerja.

One Comment

  1. syemacomey 21 February 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge