Kewangan

Deposit Cek

Assalamualaikum buat semua. Dah pun tiba minggu terakhir tahun ni kan? Minggu ke-52 bagi tahun ini. Banyak perkara berlaku dalam tahun ni. Tak cukup dengan kemalangan melibatkan pelbagai kenderaan, juga yang hit dan panas dengan cerita sukan negara di samping artis-artis negara. Tapi entry ni bukan untuk keluarkan cerita sensasi itu ye…

Ini juga bukan tentang cek nuffnang yang menjadi penaja di blog ini. Sungguh pasif pendapatan blog tak seberapa ni. Padan la dengan tak seberapa tu kan.. hehee.. Sebenarnya encik suami dapat cek untuk program yang bakal dianjurkan. Jadi disebabkan masing-masing dah lama tak tunaikan cek, (gaji pun online je kan..) jadi berkira-kira camne nak masukkan cek ni untuk dapatkan nilai duit tu. Di tangan dah ada sampul cek, tapi tak tau nak buat apa. Selalunya tak kisah pun nak bertanya pada orang di bank, tapi tah la kali ni cam malas pun ada. Hehe..

Last-last encik suami yang pergi tanya. Katanya leh je masukkan dalam mesin deposit cek pantas (translate dari fast cheque deposit. Tul ke? Jangan marah ek..). Walau pun dari bank yang berlainan, tapi still boleh buat. Huhuu.. dulu pernah buat, tapi disebabkan dah bertahun, ingatan mak budak ni pun jadi lupa.. Jadi, tadi senang je, cuma tekan skrin sesentuh tu, pilih urusniaga. Nanti kena masukkan nombor akaun dan jumlah wang. Pastu masukkan cek tadi. Ingat, nama pada cek dan nama pada akaun perlu sama ye.. Nanti mesin tu akan scan dan keluarkan resit yang ada rupa paras cek tu. Selesai. Mudah kan?

Hebat teknologi sekarang ni. Tapi tu belum lagi ambil kira teknologi kecantikan di Korea. Tertengok di tv semalam. Hebat, boleh pilih dulu kita nak rupa macam mana, pastu boleh suruh dorang buatkan. Pilih rupa tu maksudnya bukan ubah rupa sedia ada, tapi hanya ubah rambut dan mungkin make up. Entahlah, tengok-tengok begitu je. Tapi semuanya gunakan komputer. Mudahnya hidup…

@fiezaradzi.com – saper leh jelaskan apa gunanya sampul untuk isi cek tu? Adakah sebab mesin lama, atau sangat berguna kalau ada cek banyak tapi untuk dimasukkan dalam akaun yang sama? Tak sempat nak tanya bro bank tu tadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge