Diari Mat Kilang

Posted by

Salam buat semua. Lama tak update kan.. Tak tahu nak cakap. Malas la nak bagi alasan.. Hehee.. Apa pun, terima kasih buat yang sudi lagi berkunjung ke blog ni. Pernah suatu ketika seorang blogger menghadiahkan buku kerana menjadi antara top pengomen (kira antara yang terpanas la kan.. hehee.. perasan). Dan ketika itu juga encik suami turut menerima buku yang sama (dari blogger yang sama). Disebabkan kami satu rumah, jadi blogger terkenal tu menghadiahkan satu je buku. Sebab tajuk buku sama kan.. Jadi buat pe nak 2,3 buku kan, kongsi-kongsi je la..

Anggapan kami blogger terkenal tu menghadiahkan buku tersebut kepada orang yang di bawah sikit komennya. Tak kisahlah, saya pun tidak bertanya lanjut pada tuan empunya blog. Nak bagi buku pun dah cukup bagus kan. Nak harap membeli bila tah kunjung tiba buku tu. Hehee..

Dan disebabkan agak sibuk (kira alasan ni..) saya pun jarang BW seminggu dua ni. Tak tahu apa yang terjadi pada blogger-blogger sekalian. Tup-tup dua hari lepas balik dari kerja tengok de sesuatu dalam peti pos. Di samping surat cinta dari bank, turut sama sebungkus pos laju di dalamnya. Tertanya-tanya juga kami, dan apabila saya nyatakan dari blogger terkenal tu, akhirnya suami kata oh ye.. Beliau ada nyatakan ‘berhutang’ satu buku dengan kami. Ingat lagi ye, kami pun dah lupa. hehe.. Apa pun terima kasih buat bro nuaeman, di atas pemberian buku sulung beliau ‘Diari Mat Kilang’.

Sebelum ni ada gak tercari-cari di gerai-gerai buku, tapi belum bertemu. Secara online mungkin dah ada. Setakat ni baru dalam 26 muka surat saya baca. Ye lah, dengan adanya si kecil tu, nak membaca pun susah sikit sekarang ni. Dia pun turut baca buku sambil tanya itu ini. Jadi, layan aje lah.. Buku cerita berbentuk jurnal atau pun memang tepat diari, mengisahkan seorang lelaki yang bekerja di kilang di Johor. Terdapat selingan humor yang saya pasti tidak bosan membaca walaupun ianya bersifat diari. Apa yang terjadi pada beliau, saya pun belum tahu, sebab belum pun habis dibaca. Tunggu la dah habis dibaca nanti, kalau rajin saya buat review.. (konon la kiranya). Jadi, sesiapa yang berminat, boleh la dapatkan buku sulung hasil tulisan blogger kita, saudara nuaeman. Jangan lupa ye…

@fiezaradzi.com – sejak berumah tangga ni jarang sungguh dapat membaca novel. Jadi terima kasih buat yang sudi menhadiahkan buku pada kami. Memang berbaloi.. hehhee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *