Entry Khas 6 April

Salam 6 April buat semua. Boleh ke? hehe. Hari ni dah 6 April, bertambah hari, bermakna bertambah juga umur tuan punya blog ni. Semua dah bertambah, anak pun bertambah. Nasib baik tak de anak kucing. huhuu… Seperti kebiasaan,  keluarga dan teman-teman baik mengiringi ucapan buat saya. Terima kasih banyak buat semua.

Yang best, ucapan pertama dari encik suami, haruslah kan.. kalau tak.. hehee… Dan paling best, bila anak pertama pandai nyanyikan lagu happy birthday, juga merangkap selamat hari lahir buat mama die yang sorang ni. ni semua gara-gara birthday kawan-kawan kat taska. So, dengan pakarnya, si kecil 2 tahun lebih tu nyanyi buat saya dalam kereta masa nak ke sekolah tadi. tima kasih sayang (juga buat suami).

Dan terima kasih sekali lagi buat suami yang belanja makan best hari ni. Berdua je tau, anak-anak tinggal taska. Tapi tengah tunggu makanan, tiba-tiba encik suami kata, tiba-tiba teringat kat anak bila makan. Memang begitulah kasih sayang mak dan ayah kan.. Bila makan teringat anak, anak bila makan, ingat ke tak kat mak ayah ni? huhuuu..

Tak nak cakap banyak, moga kehidupan saya, eh, kita semua sentiasa dalam redhaNya, sentiasa mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Yang Maha Esa. Moga semua yang diidamkan dapat dicapai. Ameen.. Akhir kata sehingga sebelum berjumpa lagi, terima kasih semua.

@fiezaradzi.com – Juga selamat hari lahir buat rakan-rakan yang berkongsi tarikh lahir hari ni ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge