Fenomena Digital
2010
Alat digital, seperti computer, kamera, telefon bimbit dan sebagainya bukanlah satu perkara asing buat kita sekarang ini. Malah boleh dikatakan hampir setiap individu bermula golongan remaja ke atas memiliki salah satu perkara ini. Malah ada sesetengahnya yang mempunyai 2 unit bagi sesetengah gadget.
gambar si kecil masa umur setahun.. gaya kalah ahli perniagaan
Perhatikan anak kecil anda;
- sukakah dia ketika anda membuka laptop anda?
- Gemarkah dia meminta anda memainkan video di dalam telefon anda?
- sibukkah dia ketika anda sibuk mengambil gambar menggunakan kamera digital anda?
- Tidak gemarkah anak anda bermain permainan tradisi seperti masak-masak, tembak-tembak, polis dengan pencuri?
Jika ya, memang sah anak anda tergolong dalam kanak-kanak versi digital. Jadi apa masalahnya? Tidak baikkah, atau sememangnya itu yang sepatutnya berlaku? Ingatkah anda akan kes ramai pelajar ditangkap di kedai kafe siber (cc) kerana ponteng sekolah semata-mata untuk bermain permainan komputer?
Itu belum cerita tentang Facebook, twitter dan akaun internet lain. Rata-rata individu bahkan kanak-kanak sudah kenal permainan di facebook, malah lebih hebat dari ibu bapanya.
Ada kesan baik dan buruk mengenai perkara ini.
YANG BAIK
- Alat digital dikatakan mampu merangsang minda kanak-kanak dengan adanya teknologi terkini yang lebih baik
- Alat digital juga dipercayai mampu menarik minat anak-anak dalam soal pembelajaran – boleh dijadikan alat bantu mengajar yang baik kerana banyak perkara boleh dibuat dengan alat digital.
- Anak-anak membesar tanpa ada buta teknologi atau ketinggalan berbanding negara maju lain.
- Kerja atau pembelajaran menjadi mudah kerana teknologi sememangnya dapat memudahkan kehidupan.
- Boleh meredakan tegangan yang wujud sama ada di pejabat atau di sekolah bersama rakan-rakan.
YANG TIDAK BAIK
- Membawa ketagihan – contohnya kes pelajar ponteng sekolah kerana bermain permainan computer di kafe siber
- Kajian mendapati seorang dari enam orang kanak-kanak mengalami masalah pertuturan akibat pendedahan yang terlalu lama di hadapan televisyen atau permainan komputer (kajian dari 1000 responden di Britian)
- Otak bayi dikatakan tidak berkembang dengan belajar daripada mesin. Ini kerana melalui televisyen atau komputer, tidak mampu memberi maklum balas secara efektif ketika kanak-kanak berinteraksi. (Jean Gross, ahli psikologi pendidikan)
- Masalah rabun dekat dikatakan satu punca jika kanak-kanak terlalu didedahkan dengan alat berteknologi ini. (Dr. Micheal Taravella, Universiti of Colorado).
- Boleh disalah gunakan jika terlalu asyik dan boleh disalah gunakan oleh penggodam komputer.
Seperti yang dikatakan, ada baik buruk mengenai perkara ini. Bagaimana dengan anda di luar sana?
- Adakah anak anda menggemari perkara yang sama
- wujudkan masalah yang dibincangkan atau lebih teruk?
- Bagaimana memastikan anak anda mendapat kebaikan seperti mana yang diharapkan?
Teknologi memang ada baik buruknya. Ibu bapa perlu memantau anak-anak agar tiada masalah berat timbul kemudian hari. Tanpa pemantauan, anak-anak hanya mengikut tanpa ada garis panduan sebenar. Jadi ibu bapa lah yang perlu memainkan peranan penting dalam hal sebegini.
@fiezaradzi.com -Percaya tak ada keluarga yang berkemampuan tetapi mengambil langkah tidak menyediakan televisyen di rumah, kerana berpendapat televisyen lebih banyak keburukan berbanding kebaikan? Dan tanyalah kepada pelajar sekolah, apa itu blog?

Budak zaman sekarang lebih kenal benda2 macam fb,twitter,myspace,ps3,ipod..ntah pe benda lagi yg aku sendiri pun kurang amik tahu..(malu tak?)..
Kewujudan teknologi baru mmg utk memudahkan kita, tapi wajib ade had dan pemantauan yang baik..kalau tak..ia mampu musnahkan kita..
.-= hafizmd´s last blog ..Lagi kes buang bayi!!! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 12th, 2010 at 2:20 pm
@hafizmd, yeah setuju.. tak salah de perkara2 nih, utk tujuan yg baik.. yg ptg, (kerjasama kah..), niat baik dan kawalan perlu ada..
[Balas]
kanak2 zaman sekarang dah advance. kecik2 dah tau bukak phone…. kita dulu masa kecik2 mana tau apa2 psl handphone ni..
.-= Amir´s last blog ..Filem Gay Pertama Malaysia =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 12th, 2010 at 2:21 pm
@Amir, huhu.. saya de hp pun masa blajar kt universiti.. tu pun nokia cikai jerk..
skg, sekolah rendah pun de dah.. siap yg hebat2 lagi tu..
zaman dah berubah..
[Balas]
budak2 zaman skrg mmg canggih
sek ren pun dah tau youtube,facebook
wan kenal it ni lambat
zaman sekolah rendah komp pun x kenal
.-= Wan Perlis´s last blog ..Kritikan Untuk Industri Hiburan Tempatan =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 13th, 2010 at 7:58 pm
@Wan Perlis, sama la kita wan.. dulu sek ren kelas komputer pun bape kali je setahun.. tu pun kena bayar..
merangkak je menaip masa tuh.. huuhuu
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
[Balas]
Wan Perlis Reply:
April 14th, 2010 at 11:14 pm
@fiezaradzi,
xpa skrg dah maju.jgn kita ketinggalan
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 15th, 2010 at 9:38 am
@Wan Perlis, mmg tul, tapi perlu de kawalan kan…
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
[Balas]
anak bongsu saya (4 tahun) dah pandai nyanyi & rekod pakai handphone..lps tu main balik sampai tertidur..advance sungguh anak2 zaman IT..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 14th, 2010 at 9:32 am
@Nadri, wah hebat tu.. anak sedara saya plak dah pandai main farmville, game online, umur 6 tahun..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
[Balas]
teknologi yang sedia ada ini banyak mengundang keburukan dari kebaikan.. erm kena pantau budak2 yang baru berjinak dengan teknologi nie..
zik:- hantu fb..ngeh2..
.-= zik´s last blog ..Cara merawat kayap ular. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 14th, 2010 at 9:34 am
@zik, tul tu zik.. tak salah sebenarnye, cuma kena kawal la kan.. pape pun, kena ada garis had..
wah, de hantu dtg blog ni.. hantu fb.. hehee.. jgn marah..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
[Balas]
anak buah slalu bkk laptop sndri men game bola..mmg maju..ad yg da ad laptop sndri.umo br 5 6 thn..mak bapak terlalu mnjakn sgt..
.-= azizan4444´s last blog ..Bila Amir Hamzah bin Aminudin Bersuara =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 14th, 2010 at 5:41 pm
@azizan4444, wah.. saya harap saya lah anak yg umur 4,5 tahun de laptop sendiri tu.. (ni bukan kes laptop mainan budak2 tu ek…)hehe..
mmg hebat lah lau camtu skali.. rasanye saya tak akan buat begitu utk anak2 kot.. agaknye la.. biar lah dorang berusaha sendiri utk dapatkan brg sendiri.. tak tau la nnt2 kan.. hehe..
**mak ayah, suamiku, mintak laptop satu..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
[Balas]
Pengaruh alat digital di masjid..
sedang jemaah semuanya sedang sujud tetiba boleh bergema pulak lagu A Ramlie “..walaupun.. jauh.. beribu…batu..namun hatiku.. dekat selalu…”
Habis hilang khusyuk! hehe..
.-= nuaeman´s last blog ..Ini Hanya Suatu Cerita… =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 15th, 2010 at 9:40 am
@nuaeman, mmg harus hilang khusyuk lau camtu.. haha..sepatutnye silentkan, aptah lagi bila ke masjid…
kesian jemaah.. sabar la ye.. penangan teknologi, tak boleh tinggal wpun sekejap..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
[Balas]
hafizmd Reply:
April 15th, 2010 at 11:46 am
@nuaeman, saye plak minggu lepas..tgh khutbah..sekali sape punye hp ntah keluar lagu dato m daud kilau..adeh…mmg hilang terus khusyuk..aiyakkk..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 15th, 2010 at 11:49 am
@hafizmd, wah.. itu penyanyi kesukaan en hafiz kan.. hehhee
[Balas]
wandisini Reply:
April 22nd, 2010 at 9:00 pm
@nuaeman, ada lagi perkara dysat berlaku kat aku akhir tahun lepas. tengah solat jumaat. ringtone merry christmas kedengaran. apa punya manusia lah macam tu
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 23rd, 2010 at 10:24 am
@wandisini, wah.. leh pulak merry christmas kuar ek.. dah tak de lagu lain agaknye.. huhuu
.-= fiezaradzi´s last blog ..Situasi Belia Sekarang =-.
[Balas]
apa yang ada di postingan ini benar adanya, saya setuju dengan anda.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
October 1st, 2010 at 2:53 pm
@berita indonesia, terima kasih.. walau setinggi mana pun teknologi, kawalan perlu tetap ada
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web