Agama

gerhana matahari januari 2010

APA ITU GERHANA MATAHARI?

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada segaris dengan bumi dan matahari. Ia akan menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya. Tentu tertanya-tanya kan, bulan kan kecil, bagaimana ia mampu menutup cahaya matahari? Sebenarnya, bulan dengan jarak purata 384,400 kilometer adalah lebih dekat dengan bumi berbanding matahari yang lebih jauh dengan jarak purata 149,680,000 kilometer.

JENIS GERHANA MATAHARI

1) Gerhana penuh – matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada lebih dekat ke bumi dalam orbit bujurnya (lihat A)

2) Gerhana separa – bulan hanya menutup sebahagain daripada matahari (B)

3) Gerhana analus – bulan menutup sebahagian matahari, manakala matahari pula selebihnya membentuk keadaan seperti ‘cincin’ bercahaya di sekeliling bulan (lihat C) yang turut dikenali sebagai korona (‘corona’). Terjadi apabila bulan berada lebih jauh (dari bumi) dari kedudukan terjadinya gerhana penuh.

15 JANUARI 2010

Fenomena gerhana matahari analus (jenis ketiga) dengan magnitud 0.9190. Ini bermakna bulan berada jauh dari bumi sehingga terlihatnya bentuk cincin apabila gerhana berlaku. Hanya bahagian tengah matahari ditutupi bulan.

Gerhana ini melewati Afrika di bahagian tengah, Samudera India dan sebahagian wilayah Indonesia. Ia dikatakan antara gerhana matahari yang terpanjang (lama).

Di Malaysia, gerhana ini diramalkan berlaku antara pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

** Korang dapat lihat gerhana matahari tadi? Huhu.. matahari telah juga ditutupi oleh awan.. bukan..bukan, matahari, peristiwa gerhana itu telah ditutupi awan yang tebal tadi. Jadi kat sini tidaklah nampak dengan mata kasar, maksudnya tanpa guna teleskop la kan..

Kalau korang nak tengok juga, boleh la ke sini

Indahnya ciptaan Allah ni kan, Subhanallah.. marilah kita sama mensyukuri nikmat indah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge