Gincu dan Wanita, Tidak Dapat Dipisahkan

Posted by

Memang benar kata orang, anak-anak adalah cerminan kedua ibu bapanya. Seawal usia mudanya, anak-anak mudah saja mengikuti apa jua percakapan, dan juga perlakuan ibu bapa. Jadi, sekiranya anak-anak mengungkapkan perlbagai jenis kata-kata pelik, tidak mustahil ibu bapanya juga bercakap sedemikian. Jika tidak, mungkin juga rakan-rakan sebaya di taska atau pusat jagaan bersikap demikian.

Al-kisahnya, setiap pagi sebelum ke tempat kerja, saya akan bersiap sedikit seperti pemakaian bedak dan secalit gincu (lipstik), kadang-kadang hanya pelembap bibir (lipbalm). Seperti biasa juga, si kecil kakak akan memerhati dengan sebaik mungkin. Namun, tidaklah sampai si dia meminta dipakaikan juga. Nasib baik..

Nak dijadikan cerita, suatu pagi, si abah dan mama masih mamai-mamai. Sedar si kakak sudah bangun dan membuat aktivitinya, main. Tapi dalam separuh kesedaran itu, ada sesuatu yang membuatkan kami terkejut..

Bila separuh kesedaran lagi muncul, apa yang kami lihat.. lengan si kakak sudah cantik dengan lukisan menggunakan lipstik mama. Tersengih je bila kita tengok lengan dan mukanya. Nak marah, masih awal pagi, kesian pulak. Jadi, cuma nasihat je lah, supaya di lain masa, tidak lagi diulangi. Saya tidak kisah dengan lipstik yang rosak, sebab boleh lagi memakai lipbalm. Cuma apa yang difikirkan, adalah sikap anak ketika itu.

Sungguh di waktu kecil ini, mereka melihat dan cuba untuk melakukan perkara yang sama. Cuma, kadang-kadang mereka terlebih kreatif dan membuat sesuatu yang lain. Ini kes ini saja, tapi macam-macam kes lagi. Selain itu, terfikir sesuatu..

Ye, wanita dan gincu tidak dapat dipisahkan.. Cuba perhatikan di sekeliling anda, dalam 10 orang wanita, berapa ramaikah yang tidak memakai gincu? Kenapa agaknya ye? apa yang istimewa sangat pada gincu ini sehingga menyebabkan hampir setiap wanita mahu memiliki alat perhiasan diri ini.

Adakah kerana mahu mencantikkan penampilan diri, atau sekadar menyembunyikan kekurangan bibir? Tapi tidak mustahil, ada yang memakainya disebabkan ianya satu kebiasaan, tidak kurang juga hanya sekadar menjaga kesegaran bibir.

Jadi, wanita-wanita di luar sana, kenapa gincu menjadi pilihan, apakah jenama yang biasa dipakai dan kenapa jenama itu menjadi pilihan hati? Sila kongsi bersama dengan saya yang kurang gemar memakai gincu ini…

@fiezaradzi.com – Ada juga yang membiarkan anak kecilnya ber’make up’ sakan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *