Google Rank dan Update Ringkas

Posted by

Assalamualaikum buat semua. Dah lama tak rasa nak update. Teruk tak perangai.. Hahaa..  Sebenarnya dah setahun umur blog ni, dalam pertengahan bulan Januari hari tu. Tak ingat betul-betul sangat sebab mulanya ada masalah dengan hosting lama. Cuba memadamkan kenangan pahit sampaikan terlupa bila tarikh sebenar blog ini wujud. Teruknya tuan punya blog ni.. hahaa. Jadi, untuk memudahkan daya ingatan, tunggu aje lah untuk renew dengan hosting baru. Ye tak? HAhaaa..

Okay, disebabkan dah setahun gitu, baru perasan jugak Google dah update rank. Mungkin dah berhari-hari sebab Denaihati dah kuarkan entry rank ni 19hb hari tu.. Saya baru perasan hari ini.. Lagi satu teruk.. Huhuu.. Dan terima kasih buat semua, juga buat google, kerana menaik taraf blog ini ke rank-2. Apa kriteria yang dijadikan rujukan Google, saya pun tak tau.. Yang penting, moga blog ni terus memberi yang terbaik buat pengunjungnya. Terima kasih semua.

Tajuk kata ringkas, tapi tak ringkas pun.. hahaa.. dan ni juga update sebelum nak pergi ke hospital. Tadi, ada tanda-tanda dah nak hampir bersalin, so tengah tunggu anak sulung bangun dari tidur. Kejap lagi nak ke hospital. Pelik juga sebab sakitnya tak sekeras kakaknya dulu. Mungkin sebab dulu sakit secara buatan, kali ni semula jadi. Hehee.. Harap-harap semua ok, dan doakan saya melahirkan anak kedua dengan senang dan selamat semuanya. Doakan ye.

Ok, cukup-cukup.. Anak pertama dah bangun. Nak siap-siap pergi hospital ni. Doakan kami ye…

@fiezaradzi.com – harap sangat semua berlaku dengan lancar dan selamat… Selamat buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *