Hadiah Dari Isteri Yang Suami Suka

Posted by

Assalamualaikum,

Lama tak update, ranking alexa pun kejap naik, kejap turun. Bila kuota internet yang habis, lambatnya macam siput, jadinya nak buat apa pun tak best. Dari nak blogwalking, nak buka facebook, nak download lagilah, hinggakan nak update blog pun jadi malas yang amat. Kena balik rumah baru boleh. Itu pun sibuk pula nak layan laki dan anak, nak masak makan untuk anak-anak, dan tengok drama Korea lagi. Itu belum lagi kena layan tengok kartun, sebab anak-anak nak tengok. Fuh, banyak sungguh list.

Kali ini nak kongsi lagi beberapa hadiah yang boleh beri pada suami korang, selain dari toyota vios baru yang cun tu keluar. Kalau hari tu, kita boleh baca hadiah berupa kebendaan (kalau nak baca klik sini), kali ini kita tengok yang selain dari itu. Dah kalau bukan kebendaan, apa yang boleh beri?

Hadiah, Tanda Ingatan Buat Lelaki Bergelar Suami

Antara yang saya tulis ini boleh dipraktikkan sekali sekala atau pun tiap-tiap hari kalau mampu. Ingat, bukan benda sahaja yang boleh diberi kepada suami bila hari-hari tertentu atau pun tiap-tiap hari. Hadiah ini tidak ternilai buat suami, yang mana sikap yang baik dari isteri. Ini antara beberapa saja, boleh tambah jika mahu.

Kadang kala ada isteri yang terjaga dan bangun malam untuk solat dan sebagainya. DOA untuk suami setiap kali solat dan juga solat malam adalah yang terbaik dari hadiah kebendaan. Beruntunglah suami yang isterinya sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan lindungan Allah ke atas diri si suami. Tak beruntungkah wahai suami?

Suami juga suka akan respons yang baik atau positif dari isteri. Jika ada masalah atau rundingan bersama, tidak salah si isteri menasihati, namun biarlah dengan cara yang positif dan lemah lembut. Isteri yang pandai memberi respons positif kepada suami mampu menjadi sumber inspirasi suami, juga hadiah paling berharga buat suami.

Sekali sekala mengalah untuk lebih dicintai suami bukankah lebih baik daripada menentang yang akhirnya boleh membawa kerosakan hubungan rumah tangga. Bayangkan ketika itu, suami isteri sedang dalam pentengkaran. Jika kedua-duanya pada tahap marah dan saling menentang, tentulah tiada penyelesaian bagi perkara yang menjadi perbalahan. Maka, salah seorang perlu lebih bersifat ‘resesif’ atau tidak mendominasi bagi tidak mengeruhkan suasana. Mengalah, bukan bererti kalah.

Ketika balik dari kerja (bagi yang kerja berasingan), senyuman dari isteri sudah cukup mendamaikan hati suami yang penat lelah mencari rezeki di luar. Kata orang, boleh buat suami kembali bertenaga. Namun, perlu sama-sama beringat, sekarang isteri juga ramai yang membantu mencari rezeki, maka susah senang keluarga, perlu juga dipikul bersama. Lebih harmoni kan?

Janganlah pula si isteri sentiasa meminta daripada suami, apa sahaja yang diinginkan, semata-mata cemburukan jiran tetangga yang punya banyak harta benda. Tidak salah membeli dengan duit sendiri dan jangan selalu meminta-minta dari suami. Sikap meminta-minta dari suami kadang kala memeningkan kepala mereka sehinggakan mengalami tekanan bagi mencari duit sampingan semata-mata ingin memenuhi kehendak isteri. Sayang isteri katakan.

Hadiah untuk suami, bukan kebendaan semata-mata. Kehidupan berkeluarga bukan dengan mengukur atau menilai sejauh mana faedah yang kita dapat, sebaiknya kedua-dua suami isteri perlu sama-sama memberi yang terbaik untuk seisi keluarga.

@fiezaradzi.com – Mari sama-sama perbaiki diri dan jadi isteri serta suami yang terbaik untuk pasangan masing-masing. Kalau ada tips-tips yang nak tambah, silakan dengan hati terbuka.

Beberapa isi penting dipetik dari Dr Haji Juanda bin Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam, Majalah Mingguan Wanita, Oktober 2011.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *