Blogging

Hadiah Dari Brunei

Assalamualaikum,

Demam pilihanraya, PRU 13 masih berjalan, malah sedang hangat sekarang ni, dan rata-rata dekat negeri Selangor ni, penuh bendera baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Siapa pun pilihan korang, jangan berparang sudah. Kita kan hidup dalam demokrasi.

Bukan nak cerita pasal PRU 13 ni, tapi nak cerita pasal lain. Baru-baru ni cik akak kita ada buat giveaway, senang sangat GA dia, teka je gambar yang diberikan, lepas tu jawab. Saya tengok dekat FB je, saja gatal tangan komen. Tup-tup, tak sangka pulak hampir kena (tak tepatlah) jawapannya. Ini gambar cik akak itu letak.

 photo yogurtstrawberi_zpsdd888d6b.jpg

Gambar dari FB cik akak Nur Misnan

Saya bagi jawapan, yogurt strawberi, tapi jawapan yang paling tepat ialah frozen yogurt strawberry. Frozen je hilang entah ke mana. Mana nak tau, tak pernah tengok pun. Apa pun, cik akak dah poskan cenderahati dari Brunei. Terima kasih cik akak Nur Misnan. Dah selamat tampal kat peti ais dah. Nak pergi Brunei, entah bila kan dapat, dapat cenderahati pun oklah.

 photo hadiahdaribrunei_zps999a1987.jpg

@fiezaradzi.com – Nak cari tempat bercuti sekeluarga yang santai, tapi berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge