Hadiah Untuk Suami

Posted by

Assalamualaikum,

Ini bukan tajuk novel. Ini hanyalah entry untuk sesiapa yang ingin mencari hadiah untuk suaminya atau untuk lelakinya. Ala, macam tak tahu, hari ini 8 Februari dah. Seperti setahun yang lepas, hari ini wajib ada entry khas.

Selamat hari lahir buat blogger ini. Moga pertambahan umur tahun ini membawa erti yang lebih baik dan moga bahagia dunia akhirat. Moga menjadi hamba yang beriman, dirahmati dan berada di bawah lindunganNya. Ameen. Macam biasa, pening kepala nak cari hadiah apa. Jom tengok antara barang yang boleh dijadikan hadiah untuk suami atau yang seangkatan dengannya.

Hadiah Untuk Suami

  1. Wallet, atau bahasa mudahnya dompet. Orang lelaki pun dah kena ada dompet ni. Kalau tak, mana nak letak duit berkepuk tu kan. Takkan nak isi dalam beg plastik je kot?
  2. Tali pinggang. Ada sesetengahnya terlalu taksub dengan tali pinggang ni. Nak yang besar kepala tali pinggang tu. Jangan terlebih besar macam tali pinggang WWW WWF cukup.
  3. Perfume. ‘Kami‘ tak berapa suka sangat nak bagi hadiah ini sebab nanti cepat habis. Tapi sekali sekala, apa salahnya kan.
     photo hadiah3_zpsde326973.jpg
  4. Baju kemeja atau T-Shirt. Yang ini kami teringin nak beli, sebabnya kadang-kadang tu asyik-asyik baju tu jugak.. hehe.. Lain kali ek..
  5. Pen. Pernah bagi, tapi memang tahan lama, kononnya sayang nak guna. Terbaik.
     photo jam_zps966784fa.jpg
  6. Jam tangan. Asalnya nak beli jam tangan ni untuk si dia. Tapi disebabkan bermimpi beli benda lain, terpaksa kami lupakan hasrat beli jam. Lain kali.
  7. Pernah juga belikan buku untuk encik suami tu. Alhamdulillah, di samping si dia dapat baca, kita pun tumpang sekaki dapat ilmu. Tak gitu?
  8. Gadget, macam iPhone 5 ke, Samsung Galaxy Note II ke, Samsung S3 pun boleh juga. Tapi kami tak banyak duit nak beli gadjet mahal-mahal ni.
  9. Kalau lelaki tu suka cari aksesori kereta, mungkin boleh dibeli stereng sport ke, tambah sportrim ke, atau warnakan kereta si dia. Jangan lelaki ala-ala ganas, korang cat kereta warna pink sudah. Suami kami tak suka sangat nak cantikkan kereta ni, membazir katanya. Paling simple yang ada cukup sport rim dan juga ‘sayap’ belakang tu. Mahal, lain kali. Sport rim dah ada.
  10. Benda yang berkait rapat dengan hobi si dia. Kalau si dia suka menyanyi macam blogger ini, boleh belikan dia microphone. Baru si dia karaoke kat rumah je, tak le keluar malam kan. Tak pun boleh juga belikan gitar. Kalau si dia suka bergambar, boleh belikan gadjet kamera yang cantik-cantik sekarang ni. Tak pernah pulak bagi benda macam ni, sebab banyak benda encik abang ni suka buat. Nak main badminton bersama pun, tak boleh lagi.
     photo kasut_zps78ac36a8.jpg
  11. Kasut. Asalnya nak belikan hadiah ini, tapi bila si dia nak beli dulu, tak jadi juga nak beli yang ini. Lagi pun, kalau nak beli yang ini, tuan punya badan kena ada sekali. Tak ‘surprise’ la gitu. Kalau nanti, kasut tak best la, tak sedap la, tak mahal pun. Eh, tak, suami kami tak kisah pun macam ni. Tapi, kasut ni memang kena ada tuan punya badan.
  12. Belanja makan. Yang ni tak hari lahir pun okay. Tapi boleh juga jadikan hadiah sampingan. Belanja makanan yang jarang sekali disantap. Nak buat kek pun okey kan..
  13. Cenderahati, macam mug ada tarikh lahir ke, ada muka suami ke atau key chain istimewa. Ada satu cenderahati tu saya suka, tapi mungkin boleh buat lain kali. Kali ini tak tak sempat. Ada kaitan juga dengan gambar.

Habis tu, semuanya tak, benda apa yang nak beli? Hadiah untuk suami susah juga nak pilih ye.. Last-last dapat ilham dari mimpi masa tertidur siang hari. Kuat tidur ke kami ni? Ini hadiah yang sempat diambil, walau pun toleh kanan kiri takut-takut si dia intip. Nak buat macam mana, mana-mana pergi mesti ada dua-dua sekali.

 photo hadiah1_zpsa3aea5e3.jpg

 photo hadiah2_zps30ab6b82.jpg

Senang cerita. Hadiah no 1,2 dan 5 sekali dapat. Harga pun tak lah mahal sangat pun. Bawah RM100 la, lagi murah sebenarnya.

Dan berserta kad ucapan buatan sendiri. Kakak, mama pinjam pensel warna kakak tau…

 photo kadsendiri_zps085e3ba6.jpg

Selamat hari lahir buat encik suami a.k.a blogger ini. Moga tahun ini lebih ceria bersama kami. Kamu tahukan, saya sayang kamu (okay, sila jangan termuntah). Kejap lagi belanja saya minum teh ais ye..

@fiezaradzi.com – Kejap lagi nak balik kampung, ada sedikit kenduri dan juga menjenguk kaum sanak saudara. Selamat untuk semua.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *