Edisi Baca #2 – Hafalan Solat Delisa

Posted by

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat. Jangan lupa pergi solat Jumaat ye nanti wahai ‘lelaki kacak’ sekalian. Dan tolong doakan kesejahteraan semua umat Islam di muka bumi ni ye.. Bersyukur juga sehingga ke hari ni tiada perkara buruk berlaku sejak ada gegaran di Acheh, dua hari lepas.

Bercakap tentang gegaran dan tsunami, baru je tadi selesai baca satu lagi novel yang baru dibeli, juga ada kaitannya dengan bencana tsunami tahun 2004 yang lalu. Buku ini sebenarnya dah lama, cuna saya je baru beli. Dan untuk pengetahuan juga, buku ini telah pun dijadikan satu filem di Indonesia. Buku ni ‘Bestseller’ di Indonesia juga tau.

"novel hafalan solat delisa"

Mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Delisa yang turut menjadi mangsa ketika berlakunya tsunami pada tahun 2004. Delisa yang bersungguh-sungguh menghafal bacaan di dalam solat, pada mulanya adalah demi seutas kalung cantik yang dijanjikan oleh ibunya. Pelbagai kisah lain yang secara tidak sedar, pernah kita lakukan di waktu kecil dahulu. Membuat sesuatu mengharapkan sesuatu, membohongi ibu dan kakak kerana ada sesuatu dan juga pelbagai perkara lain yang ketika itu masih kita anggap sebagai perlakuan nakal kanak-kanak.

Sewaktu terjadinya tsunami, Delisa sedang bersungguh-sungguh mengambil ujian hafalan solat oleh Cikgu Nur. Delisa yang masih ‘merangkak’ hafalannya dibawa arus sewaktu ingin sujud dengan penuh ihklas. Delisa terselamat dari kejadian yang menggemparkan itu, walau pun terdapat kepincangan pada kaki dan tubuhnya. Turut sama menjadi mangsa umi, kakak-kakaknya, rakan baik dan juga gurunya.

Setelah kejadian itu reda, Delisa tinggal bersama ayahnya, dan cuba menjalanikehidupan seperti biasa. Namun, ada sesuatu yang benar-benar mengganggu hidupnya, iaitu hafalan solatnya. Mampukah Delisa menyelesaikan hafalan yang sudah lama menjadi amalannya, dan bertemu semulakah Delisa dengan uminya?

Kalau cerita habis memang tak syok la kan.. Jadi, kalau rasa menarik, dan ada rasa nak baca, bolehlah dapatkannya di kedai buku berhampiran. Kalau nak mintak saya tolong belikan boleh juga, tapi kena tambah kos penghantaranlah kan..

Perasan tak ada satu page kat header di atas? Kalau nak pesan buku yang saya ada, boleh saja. Buku baru tau, bukan buku yang saya dah baca. Sebab kedai buku tu dekat je, tak de masalah kalau nak mintak tolong belikan. Boleh tengok ye..

Sambil baca buku, sambil makan KFC, diskaun 50%

@fiezaradzi.com – best buku ni walau pun bahsa Indonesianya, tapi boleh faham. Meleleh juga air mata, bila ada ungkapan, sayang umi kerana Allah.. terharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *