Assalamualaikum dan salam hari Jumaat. Jangan lupa pergi solat Jumaat ye nanti wahai ‘lelaki kacak’ sekalian. Dan tolong doakan kesejahteraan semua umat Islam di muka bumi ni ye.. Bersyukur juga sehingga ke hari ni tiada perkara buruk berlaku sejak ada gegaran di Acheh, dua hari lepas.
Bercakap tentang gegaran dan tsunami, baru je tadi selesai baca satu lagi novel yang baru dibeli, juga ada kaitannya dengan bencana tsunami tahun 2004 yang lalu. Buku ini sebenarnya dah lama, cuna saya je baru beli. Dan untuk pengetahuan juga, buku ini telah pun dijadikan satu filem di Indonesia. Buku ni ‘Bestseller’ di Indonesia juga tau.
Mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Delisa yang turut menjadi mangsa ketika berlakunya tsunami pada tahun 2004. Delisa yang bersungguh-sungguh menghafal bacaan di dalam solat, pada mulanya adalah demi seutas kalung cantik yang dijanjikan oleh ibunya. Pelbagai kisah lain yang secara tidak sedar, pernah kita lakukan di waktu kecil dahulu. Membuat sesuatu mengharapkan sesuatu, membohongi ibu dan kakak kerana ada sesuatu dan juga pelbagai perkara lain yang ketika itu masih kita anggap sebagai perlakuan nakal kanak-kanak.
Sewaktu terjadinya tsunami, Delisa sedang bersungguh-sungguh mengambil ujian hafalan solat oleh Cikgu Nur. Delisa yang masih ‘merangkak’ hafalannya dibawa arus sewaktu ingin sujud dengan penuh ihklas. Delisa terselamat dari kejadian yang menggemparkan itu, walau pun terdapat kepincangan pada kaki dan tubuhnya. Turut sama menjadi mangsa umi, kakak-kakaknya, rakan baik dan juga gurunya.
Setelah kejadian itu reda, Delisa tinggal bersama ayahnya, dan cuba menjalanikehidupan seperti biasa. Namun, ada sesuatu yang benar-benar mengganggu hidupnya, iaitu hafalan solatnya. Mampukah Delisa menyelesaikan hafalan yang sudah lama menjadi amalannya, dan bertemu semulakah Delisa dengan uminya?
Kalau cerita habis memang tak syok la kan.. Jadi, kalau rasa menarik, dan ada rasa nak baca, bolehlah dapatkannya di kedai buku berhampiran. Kalau nak mintak saya tolong belikan boleh juga, tapi kena tambah kos penghantaranlah kan..
Perasan tak ada satu page kat header di atas? Kalau nak pesan buku yang saya ada, boleh saja. Buku baru tau, bukan buku yang saya dah baca. Sebab kedai buku tu dekat je, tak de masalah kalau nak mintak tolong belikan. Boleh tengok ye..
Sambil baca buku, sambil makan KFC, diskaun 50%
@fiezaradzi.com – best buku ni walau pun bahsa Indonesianya, tapi boleh faham. Meleleh juga air mata, bila ada ungkapan, sayang umi kerana Allah.. terharu




{ 45 comments… read them below or add one }
Baru balik solat jumaat.. terasa bertambah kacak pula hari ini..he.he.he.. sama-samalah kita doakan agar tiada perkara buruk berlaku ya
post terbaru Hairul Hissam ..Penipuan Internet | Kisah Benar Hampir Ditipu 12 Ribu Ringgit
kalau pergi solat Jumaat, insyaallah, kacak.. nak2 lau tak tidur khutbah tadi.. hehe
dulu masa kerja office selalu gak tertidur masa dgr kutbah.. skrg kerja sendiri, dah terlebih tidur..ha.ha.ha .. so mata segar je la….
post terbaru Hairul Hissam ..Penipuan Internet | Kisah Benar Hampir Ditipu 12 Ribu Ringgit
@Hairul Hissam, haha.. mmg bertambah kacak lau macam ni.. hehe.. tahniah..tahniah..
teringat akan kisah yang budak tu duduk dalam masjid dia bt apa sy tak pasti.masa tu tsunami..pendek cerita dia slmt..
mana blog saya baca saya lupa..
itu mmg bukti kebesaran Nya ni.. de skali tgk kat tv, pasal tsunami gak la.. kat acheh tu, de makam2 dan masjid, yg menurut penjaga dan penduduk, air terbelah masa sampai kat tempat2 tu.. subhanallah..
@fiezaradzi, besar sungguh kuasanya ya kak
@suri, itulah, kadang2 kita je yg ter’lupa’..
kisah yang sedih mmg mmpu membawa pengajaran pd yg mmbaca baik pun yg menontot mahupun yg mendegar..
mmg pun, masa tu mula soal diri, kat mana tahap kita kan..
@fiezaradzi, benar tu..kita lahir smua dg tangan kosng hrap pas nak berangkat ke sana adalah bwa isinya slkli ya.amin.
@suri, ameen.. harap2 tgn kita penuh dgn yg baik2..
hai untung skli klu kedia buku dkt dg rumah mu gak baca buku free kt sanan hee…
tak leh suri, kalau tak, dah buat dah.. haha.. kedai buku tu mmg dekat, tapi dekat opis la..
@fiezaradzi, dlu masa g klcc ada org bt bgtu..kta tgok naik angin jer
@suri, haha.. kita yg tgk, agaknya tuan kedai, mau naik ribut.. huhu
Saya dah tengok cerita ni di astro first haritu. Memang meleleh air mata.. Hehehe.. nasib baik tengok sorang-sorang. Hilang kekacakkan kejap.
post terbaru Cikgu Hairul ..Andainya Semalam Kiamat
tu la.. masa tgk iklan tu buat derk je.. dah baca bukunya, baru rasa terhegeh2 nak tgk..huhu.. org kata best, nak kena cari gak ni..
oh ye, kdg2 lelaki nangis tak hilang kacaknya lau kena tempatnya..
kuat menangis juga ye puan fieza ni..
post terbaru titan ..Komisen ke 53 dari Text Link Ads
tak kuat, nangis pelan2 je, haha.. lau tak, nnti de org lain plak nangis..
@fiezaradzi, eh, awak, takpe…meh3 sini… =)
ps.habislah titan muntah sekali ngn darah idung lepas ni…hahahaha
post terbaru hafizmd ..Coleteh Kakak #4 Sejuk
@hafizmd, haha.. macam citer naruto plak..
yea..
yg nangis tu anak pompuan, dia kan tak leh tgk mama dia sedih ke, senyap ke.. haha
Buku ni gamaknya mcm buku ombak rindu juga kot Fie….hehehe
post terbaru yas ..CHONG WEI & NICOL – CALON ANUGERAH SUKAN NEGARA
kalau dulu mungkin la yas, tapi skg ni bila fikir kembali, ombak rindu tu secebis je dari kehidupan ombak yg satu ni.. hehe
Kalau buku hafalan solat delisa ini diterjemahkan dalam bahasa melayu pasti lebih banyak kotak tius habis digunakan~
post terbaru ProfHariz ..Gambar Lelaki Kacak
mungkin juga.. lagi sedih sebab lebih cepat faham dan cepat sampai ke hati..
cerita yang ada kaitan kisah benar ni selalunya bagus untuk dibaca
dapat memberi kita keinsafan juga
post terbaru tehr ..Pantai Sri Tujuh
mmg pun, cuma kesudahannya mungkin sedikit kecewa, tapi itulah kehidupan, ada yg indah, ada yg sedih
Peminat novel rupanya.
post terbaru akubiomed ..Awas suami untuk pembacaan oleh isteri sahaja
dulu minat novel2 remaja tu, tapi skg suka novel2 lain pulak, dan buku..
baru perasan kat header atas tu..
ehehehee
post terbaru mie ..First Outlet "HiGOAT Meaty And Milky Kiosk" At Alor Star
baru buat je pun.. de jugak yg perasan ye?
Hehe..tak habis lagi bacenye…insyaAllah pagi besok habis..hehe…
nanti kita pakat cari cd hafalan solat delisa pulak…
post terbaru hafizmd ..Cerita Motivasi Blogger Sepenuh Masa!
dah habis kan, jom cari, kat mana ek?
cerita macam ni bagus buat iktibar .. tapi saya tak berapa suka baca citer sedih… nanti mood sedih satu hari baru hilang
post terbaru rahman ..Awi Rafael tersingkir di konsert kedua Mania
lama tu satu hari.. hehe.. baca utk ambil iktibar.. kdg2 hidup de yg sedih juga kan..
Ombak dalam novel ni lebih ganas dari ombak rindu…
Sya dah tengok movie nya. memang ada pengajaran terutama bab khusyuk dlm melakukan ibadah solat.
post terbaru Mekar ..Review Filem : Hafalan Shalat Delisa
mmg ganas, ombak rindu tak ganas pun.. huu
tgh mencari ni.. nak tgk juger..
Cerita ni memang mmpu melehkan air mta.
post terbaru budakserius ..Hangat!! Punca Mikael Adam (SonaOne) Dipijak Kerabat Diraja Di Bukit Bintang
dah tgk ke citer filemnya?
@budakserius,
Org rumah saya tentu suka cerita mcm nih…he3x!!
post terbaru yas ..LOGO TERBARU REAL MADRID – TIADA LAMBANG SALIB
tgk tapi sembunyi2 ye.. takut org lain tahu de yg mengalir.. hehe
@fiezaradzi, mengalit klu penuh dg keinsafan bagus juga tu kak sb mmbawa kesan yg mendalam pada pembaca
@suri, tul tu, paling kurang menilai diri tahap mana..