Hamil dan Puasa – Part II

Posted by

Masih ingat lagi entry lepas tentang hamil dan puasa? Kali ni ada rakan yang bertanyakan tentang tips-tips untuk pemakanan semasa berpuasa bagi ibu yang hamil. Pada peringkat awal kehamilan, rasa loya, muntah dan kekurangan tenaga adalah sesuatu yang normal. Selain itu, letih, sembelit, pening atau sakit kepala juga adalah perkara biasa malah ada yang mengalami simptom yang lebih hebat, lebih-lebih lagi apabila kekurangan makanan. Dan ya, ada juga yang cepat merasa lapar.

Sebenarnya anda masih boleh mengambil makanan seperti biasa, tetapi untuk memaksimakan tenaga dan keperluan anda serta bayi, pengambilan makanan yang bernutrisi yang seimbang (rujuk piramid makanan) adalah sangat perlu.  Ia dapat membantu anda dalam memberi tenaga dan di samping itu, ketidak selesaan semasa hamil juga dapat dielakkan.

TIPS UNTUK PANDUAN

  1. Jangan tinggalkan hidangan sahur kerana:
    – dapat kekalkan tahap tenaga sepanjang hari
    – ia dapat memberi nutrien kepada badan dan bayi
    – dapat kurangkan symptom akibat lapar seperti menagntuk, sakit kepala dan loya
  2. Hidangan sahur yang sihat dan seimbang bagi anda adalah seperti:
    – Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
    – Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
    – Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  3. Buka puasa dengan 3 biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemah, kemudiaan diikuti sup, sebaik-baiknya sup yang jernih.
    – Kurma dan jus mengandungi nutrisi yang dikatakan dapat mengembalikan tahap gula dalam darah kepada paras yang normal. Rasullullah s.a.w juga berbuka puasa dengan buah tamar ini. — Mestilah ada hikmahnya kan?
    – Sup sayur pula mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang dapat menambah kandungan vitamin, mineral dan serat dalam diet anda.
  4. Kemudian ambil hidangan lain yang seimbang seperti:
    – Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
    – Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
    – Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
    – Sejumlah besar sayur-sayuran.
  5. Minuman smoothie buah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda.
  6. Selepas makan malam, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan. Solat terawih juga dapat membantu aktiviti anda.
  7. Minum jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh (minuman berkafein). Elakkan pengambilan minuman berkafein ini terlalu banyak kerana ia membantu dalam mengurangkan kandungan air dalam badan anda (takut terhidrat nanti).
  8. Minum banyak air masak/suam selepas berbuka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan kes nyahhidratan.
  9. Elakkan:
    – Makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
    – Hidangan berlemak tinggi –- untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak
    – Mengambil nutrisi yang tidak baik –- menggalakkan ketidakcernaan

Sekian dulu buat kali ini. Buat teman tersebut, harap ini dapat membantu ye…

Sumber: babycenter

@fiezaradzi.com – Alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah meneruskan puasa buat 3 hari ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *