Hamil Dan Puasa

Salam semua. Sedar tak sedar, insyaallah, esok kita sudah berada di Bulan Ramadhan, di mana seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Sungguh pun diwajibkan, Islam tetap memberi kemudahan pada umatnya yang memerlukannya. kemudahan di sini bukanlah bermaksud, puasa boleh ditinggalkan sesuka hati. Jika ada kemudharatan barulah dibenarkan meninggalkan puasa. Jangan saja-saja pulak nak tinggal puasa ye.. Dan malam ni jangan lupa solat tarawikh.

Bagi ibu yang hamil, lebih-lebih lagi di awal kehamilan atau trimester pertama (3 bulan pertama), puasa sedikit sebanyak menggusarkan hati lebih-lebih lagi mengalami alahan yang agak teruk. Dalam hal ini, Islam membenarkan ibu-ibu yang hamil meninggalkan puasa dengan alasan:

  1. Bimbangkan kesihatan dirinya
  2. Bimbangkan kesihatan diri dan anak yang dikandungnya.

Bimbang di sini seperti risau akan kekurangan zat untuk kesihatan diri atau risau tidak dapat menahan lapar. Umum tahu, bila ibu hamil, keperluan dalam makanan turut bertambah. Maklumlah, makan untuk dua orang. Jadi jika ibu yang hamil tidak dapat menahan rasa lapar, sehinggakan risau memberi masalah padanya atau pada anaknya (lau tak cukup makan, perkembangan bayi boleh terbantut), maka berbukalah.

Namun harus diingatkan, puasa yang ditinggalkan itu perlu diganti semula apabila badan sudah sihat atau ketika sudah boleh berpuasa. Dalam kedua-dua kes, de 2 cara jika puasa ditinggalkan:

  1. Tinggal puasa kerana risaukan diri sendiri – Gantikan puasa mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.
  2. Tinggal puasa kerana risaukan diri & anak kandungan – Gantikan puasa mengikut bilangan hari puasa ditinggalkan DAN membayar fidyah mengikut bilangan hari puasa ditinggalkan.

Sebenarnya jika ibu yang hamil mampu untuk berpuasa, tidak salah baginya meneruskan puasa tersebut. Cuma dalam keadaan tertentu, ibu mungkin berasa penat dan kekurangan makanan, jadi bolehlah berbuka. Jika ibu merasakan makanan yang diambil semasa bersahur mampu menampung keperluan hariannya dan berasa sihat sepanjang hari, maka ibu-ibu yang hamil tidak patut menjadikan alasan hamil sebagai satu sebab untuk tidak berpuasa.

Percayalah kepada diri dan reaksi badan bila anda mengalami hal ini. Kadang-kadang ada reaksi terhadap badan yang menunjukkan badan tidak mampu meneruskan ibadah ini. Ingatlah, puasa bukan bebanan, masih ada kelonggaran buat mereka yang memerlukannya.

FIDYAH

Fidyah yang perlu dibayar ialah 1 cupak beras untuk sehari ditinggalkan puasa. 1 cupak beras boleh digantikan dengan nilaian ringgit mengikut harga secupak beras. Maklumat lanjut bolek klik sini atau sini.

SUMBER BACAAN:

  1. http://soaljawab.jais.gov.my
  2. http://www.srikasih.co.cc/2008/09/puasa-kelonggaran-ibu-mengandung.html
  3. http://www.infoibu.com
  4. http://www.zakatkedah.com

@fiezaradzi.com – selamat berpuasa untuk semua muslimin muslimat sekalian.. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>