Personal

Hari Ini Dalam Sejarah – 6 April

Assalamualaikum, dan selamat hari Jumaat, penghulu segala hari..

Hari ni 6 April sudah. Apa yang bestnya hari ni, ya bah?
Cubalah teka.. Untung-untung mengena..
Nak menulis, tak de idea, tapi ingin jua ku khabarkan berita,
harap-harap di luar sana, masih sudi membaca.

Terima kasih buat lelaki kacak lagi sejati,
sebab belanja kami Tutti Frutti,
Sungguh sedap hingga rasa dalam hati,
Moga lain hari boleh datang lagi,
Ucapan yang peribadi ini,
Terima kasih sebab sentiasa di sisi

"tutti frutti untuk hari jadi"

Terima kasih kepada emak di kampung,
Ke sana sini perut membuyung,
Tempoh 9 bulan kami dikandung,
Tak mungkin terbalas walau intan segunung,

Kepada ayah yang sentiasa kacak,
Jasamu tak mungkin dilupakan kakak,
menjaga, mendidik hingga anak berada di puncak,
Terus prihatin walau anak sudah beranak-pinak.

Terima kasih buat Yang Esa,
Memberi nafas untuk ku bernyawa,
Ku mohon dari Mu Yang Maha Kuasa,
Ampunilah dan rahmatilah ayah dan bonda,
Kerana tanpa mereka, siapalah kita,
Silap-silap tak lahir ke dunia.

Selamat kepada diri, kepada suami,
kepada puteri dan putera, kepada kedua ibu bapa,
kepada keluarga, tak lupa juga kepada semua rakan-rakan di alam maya.

Terima kasih atas sokongan kalian selama ini, atas apa jua urusan kami..

@fiezaradzi.com – Penat perah isi otak tulis ni.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge