Hari Sukan Tadika Islam MAIWP

Assalamualaikum,

Sebelum masuk bulan puasa ni memang banyak aktiviti yang nak dikejar. Kalau kat tempat kerja, semua meeting nak diselesaikan sebelum puasa. Sama juga dengan tadika anak saya yang no dua ni. Baru-baru ni Hari Sukan Tadika sekolah anak berlangsung hari Khamis, kena la mak ni ambil cuti, request dari anak. Untuk tidak menghampakan hasrat dia, dan sebagai sokongan, cutilah si mak.

Kebaikan Hari Sukan Sekolah

Yang saya perasan kalau ada hari sukan ni, biasanya tadika ataupun sekolah-sekolah rendah cuba cari satu tempat lain selain di sekolah sebagai lokasi berlangsungnya acara sukan. Kalau zaman kita-kita dulu, buat kat padang sekolah je. Mungkin sekolah kampung, banyak kawasan kosong di sekitar sekolah. Bila sekolah bandar, nak main bola pun kena pinjam padang kat tempat lain, agaknya la.

sukan, kebaikan sukan
hari sukan sekolah

Jadi boleh dikatakan setiap kali hari sukan sekolah tadika anak ni, akan buat di lokasi berbeza. Pernah dibuat di padang depan sekolah anak, ada juga dibuat di Dewan Komuniti Batu Muda dan yang terbaru dibuat di Dewan Komuniti Sentul. Yang bagusnya, masa ni la boleh tau kat situ kat sana kat sini kat sinun ada dewan-dewan yang tak pernah pergi pun walaupun tak jauh dari laluan biasa. Biarpun guna waze (yang kadang-kadang bawa jalan entah ke mana), tapi boleh tau, oo kat sini ada dewan besar rupanya.. Macam tu la lebih kurang. Memang besar, ada 5 court badminton kat dalam dewan tu. Ekon lagi, memang terbaik lah.

Hari sukan ni jugaklah kita dapat tengok semangat bukan saja dari anak-anak kita, tapi dari cikgu sekolah sendiri, bahkan mak bapak yang terlebih semangatnya. Nak-nak kalau anak pertama, memang kalah budak-budak yang main sukan. Saya pun pernah berada dalam kategori tu. Anak semangatnya nak main sukan sungguh-sungguh, cikgu semangatnya nak persiapkan anak-anak dan mak bapaknya pulak semangat sorak memang kalah anak-anak yang ada. Sungguh, tak tipu. Siap kena bagi amaran dek MC yang incharge hari tu. Semangat katakan. Bagusla macam tu kan, baru anak-anak semangat lebih sikit.

Anak-anak bila hari sukan, selain bergaul dengan kawan-kawan dia, dapat juga berpeluh sekali sekala. Nak-nak kalau yang biasa sangat main handphone dan tengok tv. Nak harap mak ayah bawa ke taman permainan setiap petang, mak ayah sibuk kerja. Nasib baiklah kalau dapat mak ayah yang dapat bawa pergi main badminton setiap hujung minggu. Kalau tak, terperap la dalam rumah tu tengok kartun.

Mak ayah pulak masa tu la nak jumpa cikgu. Kalau tak, hantar anak, ambil anak, terus balik. Tak sempat nak borak-borak kosong dengan cikgu. Mujur jugaklah cikgu sekolah tadika ni kami dah kenal sejak anak pertama sekolah di situ. Jadi ada bekal nasi lebih, cikgu bagi extra kat kami, walaupun dah tolak banyak kali. Terima kasih banyak cikgu. Nampak tak kelebihan kalau kita kenal cikgu-cikgu anak kita?

Dan yang pasti, anak-anak memang gembira walaupun ta kira menang ke kalah, penat atau tak. Biarlah semua aktiviti anak-anak meninggalkankesan yang baik dan menjadi kenangan buat anak-anak kita.

InshaAllah kalau kita ambil yang positif di setiap perkara yang berlaku, kita akan gembira dan redha dengan setiapnya. Mudah-mudahan apa yang Allah berikan pada kita, kita ambil jadikan ia sebagai pengalaman dan panduan untuk masa hadapan. Semua ada hikmahnya.

Sehingga bertemu lagi (entah bila la pulak). Bye!

7 Comments

  1. hafizmd 27 August 2017 Reply
  2. Ira 20 August 2017 Reply
  3. Syakilla Azam 8 August 2017 Reply
  4. Ani Haryani 4 August 2017 Reply
  5. shaiful 15 June 2017 Reply
  6. Ira 6 June 2017 Reply
  7. fiezra 4 June 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge