Hikmah Dalam Ujian

Posted by

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur sangat. Sekarang ni makin lama makin kuat, makin sihat. Cuma bila baring, nak bangun tu, terkedek-kedek juga, atau bahasanya, lambat sikit nak bangun dengan cepat. Trauma mungkin, takut apa-apa jadi pada jahitan, walau pun kata doktor semua ok, dah kering. Tapi bagi orang yang tak pernah kena bedah, takut tu masih ada.

Tak tahu nak menulis apa, cuma rasa nak merepek tentang pengalaman semasa saat-saat mengetahui perut ini bakal dibedah. Ye lah, harap-harap dapat jadikan panduan dan semangat untuk sesiapa sahaja. Petang 25hb 9 tu, selepas doktor yang diagnos kata kena jumpa doktor pembedahan, hati dah rasa cuak. Ye lah, tiba-tiba nak kena jumpa doktor tu, mestilah ada kena mengena dengan pembedahan kan. Hati tetap berdoa tiada yang buruk berlaku.

Sejurus sahaja doktor memeriksa perut, terus diminta dimasukkan ke wad, dan katanya malam itu juga bakal diadakan pembedahan. Waktu tu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dalam diri. Takut, cemas, gementar, semua ada. Cuma air mata je tertahan walau pun rasa kolam tu dah ada, tinggal tak pecah je.

Selepas en suami tersayang beri kata-kata semangat, terus pasrah, rasa berserah je. Katanya, Allah cuma ambil apa yang dipinjamkan kepada kita. Terima dengan redha. Ye, memang selepas itu diri redha dengan apa jua yang berlaku. Semua ini hanya pinjaman semata-mata. Bila tiba masanya, ada yang perlu kita pulangkan. Dan sepanjang waktu tu jugak sehinggalah tak sedarkan diri hanya kalimah yang suci dan doa-doa yang ingat bermain di bibir dan dalam hati. Sungguh, waktu tu rasa tenang dan redha walau pun bakal menampuh satu pembedahan yang belum tentu kesudahannya.

Alhamdulillah, tersedar bila doktor kejutkan, “Siti, bangun Siti. Kita dah selesai”. Waktu tu memang antara sedar dan tidak. Tertidur balik dan dikejutkan semula rasanya. Dan bersyukur juga, bila sedar tu rasa sakit tak lah seperti yang dijangkakan. Sama ada ubat yang kuat atau masih separa sedar, itu tak pasti. Yang pasti itu kurniaan dariNya buat hamba yang kerdil ini.

Dan bersyukur sekali lagi, bila 2 orang anak kecil tu seolah-olah faham yang mamanya sedang sakit dan tak mampu melayan karenah mereka. Sepanjang lawatan kedua-dua tu di hospital, masing-masing buat dan tunjukkan perangai yang baik, baik kakak mahu pun adik yang setahun lebih tu. Sungguh, bersyukur yang amat. Terima kasih sekali lagi, Ya Allah.

Betul kata orang, bila Allah turunkan ujian kepada kita, baru kita rasa kehadiranNya. Harap-harap bila kita kembali seperti biasa, ingatan kita kepadaNya takkan terjejas walau pun sedikit. Dan cukup benar, ayat-ayat suci mampu membuatkan kita benar-benar tenang dan pasrah bila kita benar-benar hayati. Jadi, ingatlah kalau ada ujian melanda jangan kita ikutkan hati dan lupa siapa yang beri ujian itu, sebaliknya, bersyukur dan terima dengan redha.

@fiezaradzi.com – Sesungguhnya ujian dari Allah itu banyak hikmahnya.

**Panjang pulak repekan ini, boleh lah korang baca sambil makan kerepek. Kat Banting ada banyak, korang tanya titan kat mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *