Ibadah Wanita Uzur di Bulan Ramadan

Posted by

Assalamualaikum,

Ibadah Wanita Uzur di Bulan Ramadan. Dah dua hari kita berpuasa Ramadan tahun ni. Alhamdulillah, jumpa semula dengan Ramadan ni kan. Jadi bulan ni lah masa untuk kita mengutip pahala sebanyak mungkin.

Selamat berpuasa untuk semua. Mudah-mudahan puasa kita dan ibadah kita diterima Allah hendaknya. Masa bulan puasa ni lah masa untuk latih diri kita supaya perkara-perkara baik akan terus kita amalkan biarpun bulan puasa dah selesai nanti.

Bagi orang perempuan, biasalah dalam sebulan puasa tu, mesti ada yang tertinggal, tak 5 hari, mungkin seminggu, ada yang lebih. Kalau yang bernasib baik, contohnya mengandung ke, menyusukan anak ke, mampulah berpuasa sebulan. Seronok, tak payah susah-susah nak ganti puasa nanti. Bagi mereka yang ‘uzur’ ni, atau yang tak dapat berpuasa ni, apa boleh buat ek? Takkan nak makan je kan..

 photo background-7.gif

Amalan Mudah Wanita Tidak Berpuasa

Jom kita tengok apa yang boleh buat:

  1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan.
  2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah.
  3. Membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal:
    • Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau solat subuh.
    • Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid atau surau.
    • Persiapkan pakaian solat ahli keluarga
    • Nasihati mereka supaya giatkan beramal.
  4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.
  5. Berdoa dan beristighfar.
  6. Mendengar bacaan Al-Quran
  7. Menuntut ilmu sama ada dengan mendengar dari televisyen, radio atau dengan membaca buku
  8. Mempersiapkan juadah berbuka dengan ikhlas.

Itulah antara perkara yang boleh dibuat. Jom lah sama-sama amalkan. Walau pun tak berpuasa, amalan ni boleh juga bagi pahala kan? Selamat berpuasa dan selamat beramal.

@fiezaradzi.com – budak kecik tuĀ  mampu puasa setengah hariĀ  je.

Sumber amalan dari: Majalah Al-Ustaz.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *