Imunisasi Bayi

Posted by

Assalamualaikum semua,

Rasanya lama tak update, lebih seminggu pun. Sebelum ni ada masalah sikit, dan 2-3 hari lepas pulak sibuk dengan projek terbaru. Projek apa ek? Tunggu lah bila dah siap sikit, mungkin boleh cerita sikit kan..

Rasanya hampir kesemua kita ada ambil suntikan, sejak kecil dulu. Bukan suntikan yang membahayakan diri sendiri, tetapi untuk menghalang penyakit-penyakit merbahaya. Sekarang ni pun ada yang baru seperti suntikan HPV.. Tapi yang nak diceritakan ni bukan suntikan remaja atau orang dewasa, tetapi lebih kepada suntikan bayi. Sebab tengok ramai jugak yang cari pasal suntikan imunisasi ni kan..

IMUNISASI

Merupakan cara yang terbaik dan selamat untuk melindungi bayi kecil daripada dijangkiti pelbagai penyakit merbahaya. Ye lah, kita tahu kan, bayi ni sistem pertahanan badan masih lemah berbanding kita yang lebih dewasa. Jadi, perlu alternatif lain supaya ia dapat membantu bayi meningkatkan sistem imunisasinya. Biasanya vaksin akan disuntik bagi menghasilkan antibodi yang boleh mempertahankan badan daripada serangan penyakit.

IMUNISASI SEKARANG 5 DALAM 1

Biasanya fiezaradzi.com yang suka buat 2 in 1 atau 3 in 1 ni.. Tapi suntikan bayi sekarang lagi hebat, 5 dalam 1 terus. Kalah fiezaradzi.com kan.. Apa dia vaksin 5 dalam 1 ni? Ia membantu mencegah 5 jenis penyakit yang biasa mengjangkiti bayi dalam hanya 1 suntikan sahaja. Lima penyakit itu ialah:

  1. Difteria (D)
  2. Tetanus (T)
  3. Pertussis (aP)
  4. Polio (IPV)
  5. Haemophilus influenzae type B (Hib)

PERBEZAAN DENGAN SUNTIKAN TERDAHULU

Kedua-dua suntikan (dahulu dan sekarang) adalah berkesan. Namun, terdapat beberapa perbezaan ketara antara suntikan baharu dan yang lama, antaranya:

  1. Vaksin 5 dalam 1 diperbuat dari acellular pertussis (aP) berbanding vaksin sebelum ini yang dibuat dari wholecell pertussis (wP), yang mana aP kurang memberi kesan sampingan seperti demam, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan kepada bayi
  2. Vaksin polio suntikan, IPV (baharu) berbanding vaksin polio oral, OPV (lama) yang mempunyai kelebihan kerana diberikan dalam dos yang tepat, boleh diberikan walaupun bayi mengalami cirit-birit dan ia dapat mencegah risiko jangkitan polio daripada OPV, iaitu Vaccine-Associated Paralytic Polio (VAPP).

Terdapat sedikit perbezaan dalam jadual suntikan bayi yang baharu dikeluarkan, kalau tak silap saya tahun lepas atau awal tahun ini. Tapi yang pasti anak pertama saya (3 tahun lebih) dan anak kedua saya (hampir 11 bulan) punya jadual imunisasi yang berbeza. Sila ke klinik kerajaan berhampiran bagi mendapatkan buku pemeriksaan anak yang disertakan sekali jadual imunisasinya. Kalau tak, nanti rajin, saya update jadualnya. Tunggu ye..

Sedikit perkongsian sebagai seorang ibu untuk ibu-ibu di luar sana yang mencari jadual imunisasi buat bayi mereka. Tak salah ambil langkah pencegahan sebelum penyakit tiba. Kita berusaha yang terbaik untuk anak-anak, tetapi jika anak masih sakit, janganlah kita salahkan sistem perubatan, tetapi ianya adalah ujian dari Allah yang menunjukkan kuasa manusia adalah terhad. Betul tak?

@fiezaradzi.com – Cepat masa berlalu, bulan depan, kena ke klinik untuk cucuk anak yang akan melangkau umur setahun.. Cepatnya..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *