ITech

Internet yang Best

Assalamualaikum,

Apa akan jadi jika internet kat Malaysia ni langsung tak de? Sehari pun cukuplah. Baik TM, mahupun P1 Wimax, Maxis, Celcom atau pun Digi. Mesti susahkan. Kena pulak kalau korang memang jenis yang suka berinternet. Maklumlah nak tahu perkembangan dunia dan kawan-kawan korang semua. Kalau jawapan korang ye, bermaksud memang korang pengguna tegar internet. Kalau tak online tu memang tak senang duduk le jawabnya. Ye lah, komen kat blog nak kena jawab, entry kat blog nak kena post, kalau tak, visitor makin lama makin kurang (macam saya.. haha).. Lagi, status kat Facebook pun nak kena update. Itulah dunia..

Sekarang ni makin banyak pulak promosi yang dilakukan penyedia internet. TM dengan Unifi nye, Digi denagn serendah RM2 sehari. P1 Wimax juga tidak ketinggalan, dengan promosi 4G nye. Kalau kat rumah kami memang gunakan Wimax. Semua ok, cuma yang kurang sikit bila nak sampai tahapnya, internet jadi slow, ye lah limit dah lebih kan.. Rugilah kalau still sama je. Kat pejabat, guna TM lah, tapi bukan Unifi. Jenis yang lama tu. Kalau time cuaca bersinar baik, okay lah, tapi kalau hujan sudah mula menjelmakan diri, slow sikit lah nak update status pun.

Apa pun, masing-masing pada saya, ada baik buruknya. Ye lah, kalau perfect gitu, memang tak ke mana la business kan.. Mesti ada kekurangan, sebab tu perlunya upgrade. Sama gak dengan kita manusia ni, kena sentiasa ada upgrade untuk lebih baik.

P1 4G sekarang ni tengah giat mempromosikan Broadband di rumah dan juga Broadband di mana-mana, atau lebih tepat lagi Home Broadband dan juga On-The-Go Broadband. Menurut kata mereka, ianya berbaloi dan kelajuan ditingkatkan. Broadband di rumah ditawarkan serendah RM49 dengan kelajuan 4.8Mbps, sementara OTG (On-The-Go) Broadband pula RM49 dengan kelajuan yang lebih hebat, iaitu 10Mbps. Kalau sesiapa nak try kebenarannya bolehlah dapatkannya sekarang.

Promosi P1 4G yang menarik hati!! Di sini

Mungkin lebih hebat dari yang biasa tu. Sebenarnya saya suka tengok P1 4G sekarang ni. Cantik je, warna hijau epal dengan putih. Menarik dari yang lama tu, hitam je. Kalau ikutkan hati nak je tukar, tapi nak buat apa kan, sama je. Kalau cakap kat penjual tu, mesti kena gelak je..

Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan sekarang jika masih ada yang mencari-cari penyedia internet yang berpatutan. Ada dua pilihan yang menarik. Promosi lain seperti internet sedia ada si dalam laptop dan lain-lain perkhidmatan Wimax, dapatkan P1 4G sekarang.

@fiezaradzi.com – teringin nak masuk line telefon kat rumah, ada promosi yang best tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge