Isteri Pilihan – Bahagian 2

Posted by

Assalamualaikum,

Kita kembali kepada bahagian kedua isteri pilihan para suami di luar sana.. Bahagian satu dah baca kan.. Okey, baca sambungannya pulak ye?

SEDIA MEMAAFKAN

Adat resam rumah tangga sekali sekala mesti ada salah kan? Jadi isteri yang sedia memaafkan suaminya dilihat sebagai seorang yang pemaaf. Jadi, tiada dendam dan hasad lain. Tapi, bagi suami pula, jangan terus-menerus melakukan kesalahan yang sama kan?

SENANG BERGAUL

Mudah menyesuaikan diri, terutamanya bersama saudara dan rakan-rakan suami. Paling kurang, si isteri mampu berdikari dan mengambil hati orang tertentu. Perlu timbal balik, suami juga perlu sedemikian jika mahukan isteri ada sikap sebegini. Tetapi jangan terlebih senang bergaul, silap-silap lain pula yang jadi. Akhirnya si suami juga yang pening kepala.

HARGAI DIRI SENDIRI

Suami suka isteri atau wanita yang sayang dan hargai diri sendiri. Kalau setakat main-main, tak kisah lah sikap macam mana. Tapi cuba tanya lelaki di luar sana (lelaki sejati ye), mahukan wanita bagaimana untuk dijadikan isteri. Paling kurang mesti yang pandai jaga diri dan bersopan. Sebab isteri kan untuk tatapan suaminya sahaja. Takkan nak tayang-tayang yang tak sepatutnya kepada orang luar kan…

BERSIFAT KEIBUAN

Rata-rata lelaki sukakan wanita yang bersifat sebegini, kerana mereka yakin wanita sebegini mampu menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti. Tapi percayalah, sekeras mana wanita tu, bila ada anak, kebanyakannya akan terus berubah sifat menjadi lebih keibuan. Percayalah..

Dah le bahagian ke2 ye. Ada yang ditambah je ni.. Kalau korang pulak macam mana? Nak ke sifat-sifat lain dalam isteri atau bakal isteri korang.. Lupa, yang beriman tu memanglah kan.. Sapa tak nak kan??

@fiezaradzi.com – Tiada satu pun yang sempurna melainkanNya…

Sebahagian sumber: Majalah Wanita, Bil. 1455

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *