Isteri Pilihan – Bahagian 1

by fiezaradzi on 10 November 2011 · 27 comments

Assalamualaikum,

Masing-masing nak jadi isteri terbaik buat suami masing-masing kan? Dan yang jadi suami tu mesti kalau boleh nak cari yang ala-ala ‘perfect’ walau hakikatnya tiada manusia yang sempurna. Masing-masing ada citarasa tersendiri dalam mencari yang terbaik kan? Mari lihat antara sikap isteri yang disenangi para suami..

MANJA, TETAPI TIDAK KETERLALUAN

Boleh bersikap sedikit keanak-anakan, tetapi jangan terlebih. Lelaki mana tak suka isteri yang manja kan? Boleh tergugat iman ooo.. Tapi, jangan keterlaluan, kerana sikap manja itu mungkin akan memakan diri sendiri, bila mana suami boleh naik rimas jika ianya keterlaluan.

CANTIK DAN MENARIK

Nak tengok isteri cantik? Mestilah kan.. Kalau asyik comot je kat rumah, mesti suami bosan. Jangan terkejut, penampilan yang ala kadar ni boleh menyebabkan suami cari yang lain. Jadi, serlahkan kecantikan dan penampilan yang menarik di rumah, ketika suami ada. Jangan pula di rumah, comot, tapi bila keluar, cantiknya mengalahkan model.. Kecantikan untuk ditunjukkan kepada siapa sebenarnya? Sila jawab sendiri…

KOMUNIKASI YANG BAIK

Tak perlu jadi pemidato terbaik untuk disayangi suami. Cukuplah sekadar wujud suasana menarik antara kamu berdua. Sekali-sekala bergurau senda, walau hakikatnya empunya diri seorang yang pendiam. Selain itu, menjadi pendengar yang baik juga amat penting dalam perhubungan suami isteri. Sangat diperlukan bila suami ada masalah dan mahu diluahkan. Jadi, pendengar yang baik amat diperlukan.

PRIHATIN

Prihatin terhadap keluarga. Dalam apa jua hal, keluarga perlu diutamakan. Selain itu, sikap murah hati, mengambil berat, simpati dan lemah lembut adalah antara ciri-ciri yang bersifat keibuan. Ramai lelaki mengimpikan isteri yang mempunyai sikap-sikap sebegini, biar pun hanya sedikit.

Cukup 4 dulu, ada lagi, nanti kita sambung untuk yang berikutnya. Okey? Apa pun, memang jadi diri sendiri adalah yang baik. Tetapi tak salah jika kita impikan untuk memiliki sikap-sikap baik dan berusaha ke arahnya kan?

@fiezaradzi.com – Berusaha menjadi isteri, ibu dan anak yang baik kepada suami, anak-anak dan orang tua. Yang paling penting hamba yang terbaik untuk Yang Maha Esa.

** Sumber: Majalah Wanita, Bil. 1455

{ 26 comments… read them below or add one }

ahmad kamil November 10, 2011 at 10:33 pm

Berguna utk teman yg bujang ni.

Janji isteri tahu akan kedudukannya disisi suami dan tanggungjawabnya sbb member teman sekarang ni tgh krisis dgn isteri sbb keluarga belah isteri dah masuk campur hal mereka.

mmg parah….
post terbaru ahmad kamil ..Spontaneous Thursday

Balas Komen ini

fiezaradzi November 11, 2011 at 2:20 pm

@ahmad kamil, kalau campur tgn yg boleh menyebabkan lagi teruk, mmg parah la.. biar lah suami isteri selesaikan masalah mereka terlebih dahulu.. lau tak boleh, dapatkan nasihat dri mereka yg lebih tahu… lau cmpur tgn ni, mmg masalah sikit..

Balas Komen ini

suri November 14, 2011 at 1:59 pm

@fiezaradzi, klu guna pihak ketiga mmg susuh.klu blh jgan gunakan kan ahli keluarga rasanya baik guna kwn2 ok lagi.kluga klu dah masuk campur mmg pening haru jadinya..silap2 dua kluga blh ungkit itu ini..

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:54 pm

@suri, mmg pun suri, byk kes jadi.. lain la lau keluarga jenis yg tak sebelah sape2, tapi susah nak jumpa cmtu.. kawan pun kena cari yg betul leh caya.. de gak yg saje nak kenakan kwan sendiri.. dunia oh, dunia…

Balas Komen ini

yas November 11, 2011 at 1:55 am

nak dapat isteri yg betul2 perfect seolah2 tak mungkin…tapi seandainya hidup saling faham memahami dan sling hormat menghormati insyaallah sampai keakhir hayat adalah pasti, insyaallah.
post terbaru yas ..GuaBLOG!.Com ~ Revolusi Komuniti Blogger

Balas Komen ini

fiezaradzi November 11, 2011 at 2:21 pm

@yas, itu memang tul.. itu yg terbaik.. yg perfect mmg tak mungkin.. asalkan hidup aman bahagis, ok kan…

Balas Komen ini

suri November 14, 2011 at 2:00 pm

@fiezaradzi, betul2…dapat yg seadanya ok gak kan..klu isteri kurg bab tu suami plk ada part lain dia ok cun ar tu

Balas Komen ini

hafizmd November 14, 2011 at 4:48 pm

@suri, namanya saling melengkapi..indahnya ciptaan Allah :D

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:56 pm

@hafizmd, sama pulak komen ni.. hehehe.. ciptaan Allah mmg comel dah.. manusia je yg nak terbalikkan..

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:55 pm

@suri, itulah namanya saling melengkapi kan suri.. cukupkan mana2 yg tak cukup..

Balas Komen ini

Hairul Hissam November 11, 2011 at 8:57 pm

Kalo ada jodoh nanti..
harap2 dapatlah isteri yg pandai menjaga tutur katanya dan bertolak ansur.. :D
post terbaru Hairul Hissam ..Tips cara kuruskan badan dengan kurma. Makanan para nabi.

Balas Komen ini

fiezaradzi November 14, 2011 at 1:23 pm

lau dapat isteri cmni, sejuk hati kan.. hehe.. insyaallah, usaha yang terbaik.. diri sendiri pun kena usaha gak.. moga berjumpa nanti…

Balas Komen ini

suri November 14, 2011 at 1:58 pm

@fiezaradzi, berbakti pada suami kelak hdup akan bhgia kemudian hari..

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:56 pm

@suri, itulah tugas isteri kan.. lau tak dapat di dunia, di akhirat kelak..

Balas Komen ini

hafizmd November 14, 2011 at 4:48 pm

@Hairul Hissam, ameen bro…insyaAllah

Balas Komen ini

Hairul Hissam November 14, 2011 at 5:41 pm

@hafizmd,
tq bro.. harap2 masin la mulut bro :D

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:57 pm

@Hairul Hissam, insyaallah, bykkan doa..

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:57 pm

@hafizmd, tolong ameenkan jugak…

bro hafiz, macam mana plak? hehe

Balas Komen ini

suri November 14, 2011 at 1:57 pm

klu lebih manja mmg nak kena tapi mjie sb tgh hamil tak per hiiiii

Balas Komen ini

hafizmd November 14, 2011 at 4:49 pm

@suri, hehe…mnja masa hamil mmg lain macam sikit..tp aura isteri yg hamil mmg cukup berbeza :D

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:58 pm

@hafizmd, aik.. suka aura time isteri hamil ke en abg?

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 12:58 pm

@suri, masa hamil ni ada pengecualian sikit, sbb die masa yg tak semuanya betul.. hehe

Balas Komen ini

suri November 14, 2011 at 1:58 pm

sy kekadang byk kurangnya juga sering di betulkan sb slgi tak tgur silap kita tak tahu hee…

Balas Komen ini

hafizmd November 14, 2011 at 4:52 pm

@suri, setuju, saling tegur menegur dgn hikmah..insyaAllah bahagia rumahtangga (termasuk rumah yg takde tangga..hehehehe)

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 1:00 pm

@hafizmd, tul tu.. tegur dgn cara baik, insyaallah, de pihak yg mahukan teguran..

Balas Komen ini

fiezaradzi November 16, 2011 at 1:00 pm

@suri, mmg dah suri, kita ni tak sempurna.. walau ditegur pun, kdg2 lupa, jadi kita buat balik.. jadi tugas suami isteri tegur dan cuba berbincang jika ada masalah..

Balas Komen ini

Leave a Comment

CommentLuv badge

 Banner

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: