Isteri Pilihan – Bahagian 1

Posted by

Assalamualaikum,

Masing-masing nak jadi isteri terbaik buat suami masing-masing kan? Dan yang jadi suami tu mesti kalau boleh nak cari yang ala-ala ‘perfect’ walau hakikatnya tiada manusia yang sempurna. Masing-masing ada citarasa tersendiri dalam mencari yang terbaik kan? Mari lihat antara sikap isteri yang disenangi para suami..

MANJA, TETAPI TIDAK KETERLALUAN

Boleh bersikap sedikit keanak-anakan, tetapi jangan terlebih. Lelaki mana tak suka isteri yang manja kan? Boleh tergugat iman ooo.. Tapi, jangan keterlaluan, kerana sikap manja itu mungkin akan memakan diri sendiri, bila mana suami boleh naik rimas jika ianya keterlaluan.

CANTIK DAN MENARIK

Nak tengok isteri cantik? Mestilah kan.. Kalau asyik comot je kat rumah, mesti suami bosan. Jangan terkejut, penampilan yang ala kadar ni boleh menyebabkan suami cari yang lain. Jadi, serlahkan kecantikan dan penampilan yang menarik di rumah, ketika suami ada. Jangan pula di rumah, comot, tapi bila keluar, cantiknya mengalahkan model.. Kecantikan untuk ditunjukkan kepada siapa sebenarnya? Sila jawab sendiri…

KOMUNIKASI YANG BAIK

Tak perlu jadi pemidato terbaik untuk disayangi suami. Cukuplah sekadar wujud suasana menarik antara kamu berdua. Sekali-sekala bergurau senda, walau hakikatnya empunya diri seorang yang pendiam. Selain itu, menjadi pendengar yang baik juga amat penting dalam perhubungan suami isteri. Sangat diperlukan bila suami ada masalah dan mahu diluahkan. Jadi, pendengar yang baik amat diperlukan.

PRIHATIN

Prihatin terhadap keluarga. Dalam apa jua hal, keluarga perlu diutamakan. Selain itu, sikap murah hati, mengambil berat, simpati dan lemah lembut adalah antara ciri-ciri yang bersifat keibuan. Ramai lelaki mengimpikan isteri yang mempunyai sikap-sikap sebegini, biar pun hanya sedikit.

Cukup 4 dulu, ada lagi, nanti kita sambung untuk yang berikutnya. Okey? Apa pun, memang jadi diri sendiri adalah yang baik. Tetapi tak salah jika kita impikan untuk memiliki sikap-sikap baik dan berusaha ke arahnya kan?

@fiezaradzi.com – Berusaha menjadi isteri, ibu dan anak yang baik kepada suami, anak-anak dan orang tua. Yang paling penting hamba yang terbaik untuk Yang Maha Esa.

** Sumber: Majalah Wanita, Bil. 1455

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *