Agama Lifestyle Semasa

Jadi Puspakom Syariah, Hidup Lebih Indah

Assalamualaikum,

Lama tak menulis. Bila cuti, blog pun nak cuti jugak. Apa lah kan.. Pagi tadi dalam kereta, dalam perjalanan hantar anak-anak ke taska. Rutin 5 hari seminggu bagi ibu bapa yang bekerja ini. Kadang-kadang je 4 hari seminggu jika ada cuti. Alkisahnya, dalam perjalanan tu, kami pasang radio ikim untuk pendengaran telinga. Topik yang dibicarakan masa tu berkenaan dengan aurat.

Dalam radio, penceramahnya berkata anak-anak ni selalunya akan ikut apa yang mak ayah mereka buat dan pakai. memang benar pun, contoh paling dekat adalah anak sendiri. Kalau boleh semua perkara dia nak ikut dan tiru buat, waima bila si abah melipat seluar yang labuh pun turut dia ikut, walau pun seluarnya tak labuh mana.

Dalam perbincangan tu turut dikatakan tidak mustahil seorang anak akan keluar rumah memakai seluar pendek kerana ibu bapanya juga berkelakuan sebegitu. Masa tu jugalah suami kata pada anak, tak baikkan bila keluar rumah tak tutup aurat, nampak tangan, nampak kaki, nampak rambut. Mungkin agak malu, si anak serta merta memegang tangannya (ketika itu memakai t-shirt berlengan pendak). Nampak dia serba salah. Jadi tak mahu dia runsing, saya pun cakap, ‘nanti kakak bila makin besar pakai baju lengan panjang, pakai tudung ek, baru cantik’. Si anak kata, nanti kakak pakai, barulah Allah sayang kan mama, abah.

Jadi, sebenarnya anak-anak ini tahu, apa yang mereka dengar. Dan di sinilah tugas ibu bapa untuk mendidik anak-anak sewaktu mereka kecil. Nanti bila dah besar baru nak ajar, silap-silap mereka persoalkan balik, kenapa dulu kecik boleh?.. Susah nak jawab, dan yang paling susah, sukar untuk dibentuk. Minta dijauhkan..

Tapi ada juga pemanggil di kalangan pendengar menelefon, mengatakan sudah penat dia menasihat anak perempuannya, supaya menutup aurat dan sebagainya, namun si anak tidak menurut nasihat itu. Kalau macam ni, macam mana nak buat ek? Nak-nak sekarang ni macam-macam jenis fesyen bertudung, berbaju dan sebagainya. kadang-kadang tu kami terpaksa belikan baju anak yang lebih besar, sebab kebanyakan yang dijual mengikut trend terkini, kalau besar, labuhnya tidak menutup yang sepatutnya. Pening kepala. Mungkin ibu-ibu kena belajar jahit baju sendiri lepas ni kot..

Kawan-kawan ada idea bagaimana nak menghadapi dunia yang semakin mencabar ni? Bila jadi mak ayah ni baru tahu resah memikirkan nasib anak-anak.. Sebagai ibu bapa, marilah kita sama-sama memikul tangungjawab sebagai pegawai puspakom syariah dalam kehidupan sekeluarga..

@fiezaradzi.com – Moga dimudahkanNya mendidik anak-anak di zaman yang mencabar ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge