Keluarga

Jerung Biru

Assalamualaikum semua,

Baru-baru ni sekolah tadika kakak ada hari sukan. Jadi hari Sabtu lepas, kami semua sibuk menjemur diri sendiri di tengah padang dekat sekolah tadika tu.

Karnival Sukan Tadika Islam seluruh Wilayah Persekutuan berlangsung dengan jayanya dan panasnya, walau pun sehari sebelum tu, hujan turun lebat, terfikir jugak, kalau hari Sabtu tu hujan, kesian budak-budak yang dah ‘excited’ nak bersukan. Mak bapak budak pun suka jugak, sukan pertama anak sendiri.

 photo rumahbiru_zps5a4dd480.jpg

Rumah jerung biru. Rumah sukan kakak dan kawan-kawan.

 photo rumahkuning_zps6d88feef.jpg

Rumah pendekar kuning. Ni dari sekolah lain

 photo rumahhijau_zpsb8f3634d.jpg

Rumah pokok hijau

 photo rumahmerah_zpsa88e30b9.jpg

Rumah ‘ladybug’ merah. Kalau kat penang panggil ladybird. Itu burung kan.. Hehe

 photo pompomgirl_zps402ae18b.jpg

Pom pom girl, sebab ni kot dapat kontijen terbaik. Kakak tak jadi pom pom girl. Nasib baik.

 photo jommenembak_zps9bf46b3a.jpg

Jom menembak. Masa ni mak bapak berdiri depan nak tengok, sampaikan VIP pun dah terlindung. Kami duduk kat belakang je.

Alhamdulillah, cuaca amatlah baik hari Sabtu lepas. Kakak mulanya masuk satu acara je, lari berhalangan, tapi tiba-tiba cikgu suruh masuk satu lagi acara, larian obor. Semua acara adalah berpasukan. Ye, satu tu dapat nombor tiga, yang satu lagi dapat nombor satu. Mak bapak yang lebih-lebih sokong dan gembira.

 photo jerungbiru_zps29aa074f.jpg

Siap-siap nak berjuang.

 photo larianobor_zps39af0363.jpg

Larian obor. Lagi satu gambar, lupa nak ambil, sebab seronok sangat bersorak.

 photo ambilhadiah_zpsb985ee74.jpg

Tolong cikgu ambilkan hadiah. Tak sangka pulak cikgu datang dengan kakak.

Anak-anak memang tak ingat lah, seronok bukan main sebab dapat lari-lari bebas dekat padang besar tu, nasib baik habis pukul 2 petang, kalau pukul 5, mau tidur situ jawabnya. Habis muka semua berbalar dan mengelupas, muka mak mantain jer. Haha

 photo kontijenterbaik_zps9339065f.jpg

Cikgu-cikgu rumah biru ambil hadiah kontijen terbaik

 photo dahpenat_zpsac57fe88.jpg

Dah penat dah, nak balik rumah jer ni. Dah puas berjemur.

Acara untuk mak ayah ada jugak, tapi disebabkan si adik tidur lena, tak dapatlah mak ayah ni tunjuk skill yang ada, kang ada gak bolot semua hadiah. Perasan!

Tunggu tahun depan pulak, sukan setahun sekali.

@fiezaradzi.com – Tunggu mak ayah, bila nak bersukan tah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge