Lifestyle Makan

Jom Kita Makan

Makan, makan, saper tak suka makan kan? Kecuali orang yang tengah menahan diri dari makan, berdiet la senang cerita. Tapi rasanya tu suka makan gak, cuma menahan diri je. Ha, ibu mengandung ada yang tak suka makan, makan nasi. Biasalah, bila datang angin tertentu, mulalah tak nak makan nasi. Kanak-kanak juga tak terlepas. Ingat lagi dulu, anak pertama saya, susah sangat nak suap makan. Tapi alhamdulillah, sekarang ni bila dia leka sikit main, leh la suap makan. Dan jangan terkejut anak saya ni suka makan oat bersama milo, yang mana ada orang dewasa yang tak boleh makan oat. Tak selera katanya. Dulu saya susah sikit, tapi sekarang malam-malam cari oat je.

Bercakap pasal makan, bilakah waktu yang sesuai untuk beri bayi makan? Jika dahulu seawal usia empat bulan, malah ada yang kurang empat bulan sudah menyuapkan makanan kepada bayi. Namun kajian menunjukkan, bayi seusia enam bulan adalah yang paling sesuai untuk mmberikan makanan pertamanya.

Apa pun keputusan mak ayah, pastikan bayi selamat dan tidak mengalami masalah di kemudian hari. Sepertimana orang dewasa, piramid makanan adalah penting dalam penyediaan makanan, supaya bayi dapat dibekalkan denganĀ  pelbagai nutrien yang secukupnya. Namun, bayi selalunya diperkenalkan dengan sejenis makanan terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya alahan makanan.

Kanak-kanak tertarik kepada persembahan makanan. Silap, bukan kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa juga. Kalau tak percaya, suka tak tengok gambar-gambar makanan dalam majalah atau iklan-iklan makanan? Kadang-kadang nak makan sebab terpengaruh dengan gambar ilustrasi tau. hehe. Jadi, pelbagaikan gaya memasak, agar keluarga kita gemar makan masakan di rumah. Tetapi ada juga kanak-kanak yang lebih gemar akan satu jenis makanan sahaja, seperti ayam. Apa pun, perlu bijak menarik minat mereka ni.

Pastikan makanan yang diberi atau diambil adalah berkhasiat. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi yang menjaga berat badan, makan buah-buahan adalah sangat membantu dalam usaha murni korang ini. Juga kurangkan pengambilan gula dan garam yang mampu memberi kesan buruk apabila kita semakin dimamah usia.

Apakah makanan pertama korang? Dan rasanya apa makanan yang paling sesuai untuk bayi? Ingat tak? Balik tanya mak ayah ye.. Kalau ingat, kongsilah di sini..

Ketahui mood anak anda, dengan Nestle, dan dapatkan buku e-resepi untuk anak anda percuma sekarang

@fiezaradzi.com – Dah tengahari ni, jom pergi makan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge