ITech

Jombuzz – Komuniti Blogger Malaysia

Salam. Banyak tul hal jadi sejak hari jumaat. HAha.. ini semua gara-gara asyik menukar theme blog yang tak penah puas hati. huhuu.. Sehinggakan hari jumaat lepas, dapat email dari kak jie gara-gara blog kena suspended. Nanti kita citer pasal ni. Rangkap satu (lirik dalam lagu Adrenalin dari Faizal Tahir ni), citer pasal Jombuzz.

Jombuzz – saya dapat tahu pun kalau tak silap dari khai. Katanya ni satu lagi komuniti untuk blogger2 Malaysia dalam menyebarkan maklumat di blog mereka. Fungsinya sama macam Digg, Pingler dan juga Geng Blogger. Boleh ping entry. Jadi saya pun masuk dengan tak sengaja dari link khai nih. Dan mulakan perkara biasa, ping entry di Jombuzz. Alih-alih, pagi tadi saya terima email (tu pun kat area spam), memang saya tengok, skali ada email dari Encik Feezul dari Jombuzz pasal hal ni. Terima kasih la. Walaupun mungkin yang kata hanya top up, tapi ye lah, saper nak bagi free-free je kan? Terima kasih Jombuzz skali lagi..

jombuzz
~

Dan saya pun dah balas email encik feezul nih. Nanti-nanti dapatlah kot. Bersabarlah. Dan siapa yang dapat keuntungan dari top up nih? hahaaa… Tak kisah la kan..

Ok, lagi cerita pasal blog ni. Hari Jumaat, selepas contact hosting server, akhirnya blog saya sudah aktif. Katanya aktiviti saya telah menyebabkan server load yang tinggi pada pihak mereka. Tertanya juga saya, dengan hanya menukar theme blog, perkara ni telah menyebabkan blog saya kena suspend? huhuuu.. Sebelum ni saya memang suka buat aktiviti tukar theme ni, tapi tak de la pulak terjadi perkara sebegini.

Habis suspended pertama, masih belum serik. Hari Isnin sekali lagi menggatal tangan dan hati nak tukar theme. Dengan ilmu dan pengalaman yang sedikit, saya cuba aktifkan satu theme ni, last-last, blog saya hanya memaparkan skrin putih. Huhu.. sedih.. Punya lah marahkan hosting ni, sehinggakan encik abang cuba untuk menukar hosting sendiri ke hostingnya. Seharian tidak boleh buat apa-apa. Akhirnya dapat balasan dari encik penyedia hosting, mengatakan selalunya jika perkara ini terjadi, disebabkan theme yang diaktifkan tu.

Jadi, tukar hosting dilakukan semula (sebab tak jadik), tunggu punya tunggu, akhirnya boleh bukak FTP file, saya pun buang mana-mana theme yang patut. Bila cuba bukak blog, kenyataan dari ‘muka depan’ mengatakan de sedikit masalah. Saya pun ikut arahan yang tertera dan buang semua history pada firefox, akhirnya, blog saya dapat dilihat. HUhuu..

Penat bercampur risau, memang tak payah cerita la. Tapi de satu lagi yang positif yang saya dapat — pengalaman. Pengalaman memnag guru yang baik. Paling kurang, saya tahu kenapa blog saya jadi putih jer.. Sebab theme, bukan sebab penyedia hosting ye.. Jadi, selamat datang kembali. Harap, anda tiada masalah dengan blog ni. Kalau ada, leh email saya ye. terima kasih.

rupa baru fiezaradzi.com
rupa baru fiezaradzi.com

@fiezaradzi.com – Pengalaman adalah guru yang berharga. Tunggu nak dapat top up ni..hehhe..

1 thought on “Jombuzz – Komuniti Blogger Malaysia”

  1. Steve– 6 sigma would have been a good call too, if only BECAUSE I wond1u&#82l7;t have known what it was. Then you could have said, “What do YOU think it means?” Also, being a six sigma reader sounds very sophisticated. Nevertheless, I stand by my statement that your original choice was extremely effective. You really can’t get around the power of a stunning number.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge