Jualan Gudang The Store

Posted by

Assalamualaikum,

Jualan Gudang The Store kembali lagi. Yelah, bila masa berlalu menghampiri hari raya ni, makin banyaklah jualan hari raya yang dah bermula. Puasa belum sampai separuh bulan lagi. In shaa Allah, sama-samalah kita meriahkan bulan Ramadan ni.

Bagi mereka yang biasa buat persiapan awal, mulalah membeli. Baru-baru ni kami area Gombak ni, ada jualan gudang di Dewan Beringin. Jualan baru je bermula semalam, 19 Julai dan masih berlangsung hingga 25 Julai ni. Bolehlah berkunjung jika mahu.

 photo jualangudangthestore_zps41d09e2f.jpg

Tahun-tahun lepas biasa juga ada jualan gudang ni. Kami, memang pergi, kot-kot ada yang berbaloi untuk dibeli. Jadi bila ada kesempatan, kami pergi sekeluarga, walau pun tahu bila ada anak-anak ni, susah sikit nak lama-lama. Mana nak tengok baju, mana nak tengok anak-anak. Jadi kena beringat sentiasa, tak boleh syok sendiri.

Hasilnya, kami beli dua helai seluar je untuk anak-anak, sebab rasa harga berbaloi. Untuk baju, rasa macam tak sangat sebab mungkin boleh dapat lagi bagus kualiti dengan harga yamg lebih kurang. Untuk anak-anak je dulu. Untuk mak ayah budak, nanti-nanti lah.

Bagi mereka yang ada di sekitar Gombak, boleh lah datang untuk jamu mata. Tempat jualan gudang ni di Dewan Beringin, dekat fasa 1 Seri Gombak. Boleh google kalau nak tahu tempat. Ok, sediakan masa, tenaga dan duit ye.

@fiezaradzi.com – Baju anak-anak perempuan sekarang, fesyen menyusahkan hati lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *