Juara Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak

Posted by

Tak tahu nak mulakan entry ni macam mana. Lebih kepada perasan kecewa sebenarnya. Mahunya tak kecewa, pasukan pilihan tuan punya blog malam tadi main macam apa je. Maaflah, peminat Oranje yang lain, bukan nak belot, tapi memang kecewa dengan permainan anak buah Bert Van Marwijk ni.

Sedih, sebab saya pun memang peminat Belanda dari dulu. Dua tahun lepas memang suka, tanpa disangka, dapat jadi finalist dalam Piala Dunia. Tapi malam tadi, saya benar-benar kecewa. Nampak susah sangat nak jaringkan gol, eh silap awal pagi tadi.

Niat asal hati nak pilih belanda jadi juara, tapi harapan tinggal harapan. Sebagai peminat The Oranje, berdebar je hati, nak-nak 3 pasukan kumpulan B yang lain semuanya dah menang dah walau hanya sekali. Semuanya nampak serba tak menjadi. penyerang tak dapat buat penyudah. Midfielder pun tak tahu ke mana, pertahanan lagi lah.. Natijahnya, penjaga gol pun tak mampu nak pertahankan gawang gol. Nasib baik juga Van Persie jaringkan gol. Kalau tak, lagi murung dan suram pagi ni.. Oleh itu ko memang lelaki kacak, Van Persie..

Jadi sempena nak memeriahkan contest anjuran denaihati ni, saya dengan berat hati, sebab memang nak Belanda yang menang, tapi terpaksa juga memilih pasukan yang mengalahkan Belanda masa Piala Dunia dulu, Spain sebagai juara Euro 2012 ni.

Tapi apa pun, The Oranje tetap berada di hati. Hahahaa… Suram wah pagi ni, sama macam cuaca kat luar ni..

@fiezaradzi.com – Tapi kalau Belanda menang lawan Portugal dengan jaringan besar, dan Jerman menang lawan Denmark, ada harapan lagi kan? It’s not over yet – kata Van Marwijk, jurulatih lelaki kacak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *