Juara Piala AFF 2010

Posted by

Di mana saja semua orang bercerita tentang juara kali pertama Piala AFF ni, saper lagi kalau bukan Pasukan Malaysia, Harimau Malaya.. Baik di surat khabar, radio, facebook, mahu pun twitter, bahkan ucapan tahniah dari twitter Rio Ferdinand, pemain Manchester United.

Sememangnya ucapan tahniah patut diberikan buat pasukan negara yang berjaya mengalahkan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2. Jika dahulu, Indonesia merupakan salah satu pasukan yang memberi ancaman, ternyata kali ini anak didik K. Rajagobal berjaya menjinakkan mereka. Walaupun tewas 2-1 di Indonesia malam tadi, namun kejayaan 3-0 di Bukit Jalil ternyata membawa tuah buat Malaysia. Syabas buat mereka.

Kebolehan Khairul Fahmi menyelamatkan pintu gol negara dengan sebaiknya harus menerima pujian. Malah tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan pemain terbaik sepatutnya dimenangi oleh beliau. Sejak pertembungan dengan Vietnam (yang saya saksikan) lagi, Khairul Fahmi bertindak bijak dengan menyelamatkan cubaan dari pihak lawan. Kenapa Firman Utina yang dianugerahkan gelaran tersebut, hanya pihak tertentu yang boleh menjawab. Oh ye, ini pendapat peribadi ye…

Tahniah juga buat Safee Sali yang mendapat anugerah penjaring terbanyak. Ternyata gol malam tadi antara yang terbaik dari beliau. Sesungguhnya semua pemain negara berhak menerima pujian, kerana corak permainan yang menarik. Walau bagaimana pun, ketepatan menghantar bola dari pemain masih boleh dibaiki.. Tahniah..

@fiezaradzi.com – topik paling hangat hari ini, ialah kemenangan Malaysia dan juga tentang cuti esok hari.. fan page Khairul Fahmi juga tiba2 melonjak dengan ramainya peminat die.. heheee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *