Kanser Serviks – Tanda dan Golongan Berisiko
2010
Sebelum ini saya ada post tentang pengenalan kepada kanser serviks. Seperti yang dijanjikan kali ini mari kita lihat tanda-tanda dan golongan yang berisiko dijangkiti.
TANDA DIJANGKITI HPV
Kebanyakan individu yang dijangkiti atau terkena infeksi HPV ini boleh dikenalpasti apabila ujian pap (Pap Smear) yang dilakukan tidak normal keputusannya. Ujian Pap Smear merupakan sebahagian ujian ginekologi yang membantu dalam mengesan sel tidak normal dalam serviks sebelum berubah menjadi pre-kanser atau kanser serviks.
Kebanyakan pre-kanser serviks (boleh berubah menjadi kanser) mempunyai kaitan dengan HPV dan boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah ujian awal amat diperlukan.
SIMPTOM KANSER SERVIKS
- Pendarahan yang tidak normal – Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan.
- Keluar cairan yang banyak dan tidak normal – Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
- Sakit pada tulang pelvik- Sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
- Sakit ketika pembuangan air kecil – Selalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
- Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik. – Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan.
* Ujian pelvik – ujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan hubungan kelamin pertama. - Terdapat darah beku yang dikesan
- Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
- Juga berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid
GOLONGAN BERISIKO
- Wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut.
- Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini.
- Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
- Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat ujian Pap.
BAGAIMANA HPV DIRAWAT?
Sehingga kini tiada bukti rawatan untuk HPV. Majoriti individu yang dijangkiti HPV, pertahanan badan mampu membersihkan virus tersebut.
Bagaimana pun, jika badan tidak mampu melawan virus ini, maka kesan yang lebih teruk akan terjadi, iaitu kanser.
Ingatlah, terutamanya kaum wanita kerana ramai yang tidak menyedari terdapat virus ini di dalam badan kerana ia tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Bagi mereka yang sudah berkahwin atau mempunyai anak, ujian awal dapat menyelamatkan diri sendiri.
Sumber bacaan:
@fiezaradzi.com – Takut dengan pelbagai penyakit yang tidak disangka-sangka sekarang ni..
mcm mne nk buat pemeriksaan kanser serviks?
.-= selipar´s last blog ..- aKu mAhU pErGi - =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:30 pm
@selipar, ni kena ke klinik/hospital yg de buat ujian ni.. most klinik mengandung de..
[Balas]
mintak dijauhkan dari famili ku
.-= slimdiet2´s last blog ..TELAH BANYAK KAJIAN MENGENAI KOLOSTRUM DILAKUKAN =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:30 pm
@slimdiet2, samalah.. harap2 begitu la..
[Balas]
wah bagus lah information ko ni.. aku tau kanser servik tp taktau ape punca n tande die.
added info.. kerajaan ade lancar kan suntikan percuma utk wanita berumur 13 tahun.. suntikan tu leh elak kanser servik..
tp utk 13 taun jelah.. kalo more than that kene bayar kot
.-= skelertor´s last blog ..Nissin Di466 review =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:31 pm
@skelertor, katenye ni satu cara utk halang golongan muda skg utk dapat kanser ni.. kan ramai yg terlibat dlm gejala sosial.. takut la kan.. dgr de isu pasal ni dulu.. entahlah..
thanks 4 the info.. lupa nak masukkan..
[Balas]
tak penah wat it PS lagi..adehhh..dah anak nak masuk 2 ni..
nanti nak jugela buat..takutttt
.-= krsty´s last blog ..HOT Item To Let Go! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:35 pm
@krsty, itu la krsty.. rasa gerun je wpun org kate tak sakit pun.. huhuu
[Balas]
oh.. ini sambungan hari tu yekk.. dah tau dah tanda2 sakit ni.. thanks for the info.
.-= Zul´s last blog ..Pejabat Facebook =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:35 pm
@Zul, haah, sambungan.. de org tanya, so buat sambungannya.. sama2.. moga dapat berkongsi..
[Balas]
Adakah kanser ini dapat dikesan dengan melakukan ujian darah?Sebab isteri saya sekarang mengandung dan ada membuat ujian darah?
Kemudian adakah golongan andartu juga berisiko mempunyai penyakit ini?
.-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:37 pm
@Panduan Buah Pinggang Sihat, boleh juga.. de terbaca pasal blood cell count antara ujiannya.. tapi yg saya tau ujian darah masa ngandung tak cover kot utk ujian ni.. tak tau la…
cara yg lebih tepat ialah buat pap smear ni klinik/hospital..
[Balas]
bahaya kes-kes macam nih. alhamdulillah takde lagi tanda2nya.. cepat2 la buat ujian pap smear tuh.
.-= eiela´s last blog ..Perjalanan Hidup Sebuah Blog =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:38 pm
@eiela, alhamdulillah, lau tak de.. cuma kanser ni jenis lambat nak detect.. so better buat check up eps lau sudah berkahwin dan de anak..
[Balas]
kanser servik dah jadi penyakit no 3 yg paling banyak menyerang wanita di negara kita..jadi rasanya mmg perlu utk wanita jalankan ujian pap smear dan kalau ade anak dara yg baru nak masuk tingkatan 1, di sekolah akan ada suntikan ni@boleh diklinik2 kerajaan…semuanya percuma…rasanya percegahan melalui suntikan ni perlu diwar2kan dgn lebih meluas…
info yg cukup bagus…teruskan pn fieza!
.-= hafizmd´s last blog ..Buat USD 5 pertama dari internet… =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:39 pm
@hafizmd, tul tu.. lupa la pasal suntikan percuma tu.. thanks.. nak buat ujian tapi takut.. cmner ek..hehhee
[Balas]
mencegah lebih baik dari mengubati..that’s y saya selalu suruh wife buat pemeriksaan berkala…
.-= eyriqazz´s last blog ..BlackBerry® Bold™ 9780 Jantungku Berdegup Kencang =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 25th, 2010 at 2:40 pm
@eyriqazz, bagusnya lau suami cmni.. paling kurang de sokongan spya isteri2 lebih tabah.. lagi bagus jika suami peka terhadap isu ini..
[Balas]
akal yang sihat datangnya dari otak yang cerdas..
kena bersenam selalu kot..
.-= naimulfirdaus´s last blog ..Rasa percaya akan meningkatkan ghairah =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 26th, 2010 at 2:36 pm
@naimulfirdaus, ayat 1st tu cam penah dgr jer.. hehee..
senaman ptg utk kesihatan… tapi kanser ni wpun bersenam still de risiko utk dpat..
[Balas]
golongan2 yang berisiko dan tak berisiko kena alert pasal2 macam nie… untuk kepentingan bersama kan…
.-= zik´s last blog ..Yahoo messenger 11 YM Offline Installer – Stand Alone beta version dah release! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 29th, 2010 at 5:36 pm
@zik, ya betul cakap zik tu…
[Balas]
perempuan memang terdedah dgn banyak penyakit..paling pnting kena jaga kebersihan
.-= zuriey´s last blog ..Review Movie- Rapunzel =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 29th, 2010 at 5:36 pm
@zuriey, itu antaranya.. tapi mmg benar..
[Balas]
bahaya, sangat bahaya tolong jangan percaya agenda yang tersembunyi, kalau anak saya yg kecil pun saya tak benarkan injit, ape lagi dengan benda2 mcm ni, ini semua agenda yahudi nak musnahkan umat islam. ibu dan nenek kita mane ada sakit. krjaan pun satu main buat je bg tahu baik dan buruk berkenaan suntikan pun tidak dihebahkan, tau2 je da lancar. kpd ibu bapa di luar sana, anda boleh buta pilihan sama ada setuju atau tidak hanya melalui TANDA TANGAN,yang akan diedarkan pada murid sekolah. so hati2 sila baca inf2 bahaya suntikan ini.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 10th, 2010 at 3:32 pm
@mdhelmi, pendapat saya de baik buruknye.. lebih baik cari info terbaik utk anak2.. mmg tak dinafikan ibu nenek tak sakit, sbb antara sebabnya mereka mjaga perlakuan masing2.. lagi satu virus sekarang ni semakin berkembang, yg mungkin boleh mberi kesan kpda manusia. Tapi kalau kita mampu menjaga kebersihan, makanan dan tingkah laku (lebih2 lagi anak2 kita), tak ambil suntikan pun tiada masalah..
[Balas]
jangan setuju
[Balas]
nak tak tanya boleh…kalau perempuan asyik mengalir darah yang pepanjanggan adakah itu punca punca dari penyakit ini…….
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 27th, 2010 at 4:03 pm
@Yee, rasanya bukan punca dari penyakit ni.. ni mungkin disebabkan hormon. utk penjelasan lanjut, mungkin leh jumpa dgn doktor. tapi mengikut kefahaman saya, kanser servik tak de tanda2 sebegini..
[Balas]
nak tanya bole..perempuan yg mengalami pengeluaran cecair putih yg kelihatan seperti lendir merupakan tanda-tanda kanser cerviks?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 25th, 2011 at 6:22 pm
@miztuki, tidak semestinya.. tetapi lebih baik dirujuk kepada doktor krana bimbang risiko yg lbh bahaya.. itu lebih baik, krana kanser serviks dapat diketahui hnya dgn melakukan ujian
[Balas]
jd,,kna jmpa dktor untuk kpastian larh kan..da lg nak tnya ni..solan yg sy tnya toe bkn kelihatan seperti lendir tp just cecair putih yg pekat..e2 jga sebahagian drpd tnda kanser serviks?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 28th, 2011 at 11:32 am
@miztuki, setahu saya, lau lendir pekat tu tanda ada jangkitan, sekali kalau de bau yg kurang enak.. so, utk elakkan lebih teruk, lebih baik dapatkan rawatan dr doktor..
[Balas]
klo ada keputihan cmner?tanda serviks ke?klo senggugut pkra biasa je kn?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2011 at 3:18 pm
Setahu saya itu perkara biasa. Kalau 2-2tu terjadi lebih dari biasa, lbih baik jumpa doktor. Maksudnya lau tnda tu terjadi trlbih byk atau luar biasa
[Balas]
saya berumur 22 tahun,ade keputihan yg teruk spt berbau,pekat.selepas itu mempunyai masalah di bahagian sulit.dimana bahagian sulit sy sakit,bile disentuh trase seperti ade bgkak di dlm.dan sprti ade ketulan.sy nak tahu , knape ini bley brlaku, dan apa sebabnyer..dan apabila sy duduk, sakit itu makin trase,mgkin sbb sakit didlm bngkak.. adakah ini bley mnyebabkan kanser serviks?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 21st, 2011 at 12:54 pm
syasya, pada pendapat saya, lebih baik syasya buat pemeriksaan di hospital. tanda2 seperti bengkak tu perlu diberi perhatian serius. penyakit sprti ni hanya boleh diketahui dgn membuat pemeriksaan awal…
[Balas]
shiela Reply:
June 7th, 2011 at 10:35 am
lau umr 17thun blh trjd x kanser serviks????
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 9th, 2011 at 1:43 pm
kalau cara hidup tidak sihat, boleh je.. lau dekati cara hidup sebegitu, kemungkinan besar boleh. Kalau jalani cara hidup sihat, penyakit ni susah nak dtg..
[Balas]
fyka Reply:
June 17th, 2011 at 11:06 pm
salam.. umur sy baru 20 tahun.. akhir2 ni adalah keluar drh drpd bhagian sulit sy.. tp dalam kuantiti yg sedikit..adakah bahaya ?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 23rd, 2011 at 3:33 pm
fyka, itu kena pastikan darah haid atau apa.. dlm kes sebegini membuat ujian di hospital adalah terbaik.. dapatkan nasihat doktor bertauliah..
[Balas]
kwn sy memberitahu sy bhawa dy skt kt pangkal rahim….pe pndapat awk????
[Balas]
fiezaradzi Reply:
June 9th, 2011 at 1:45 pm
sakit kt pangkal rahim? mcam mana tu? setahu saya pangkal rahim tu dalam badan..
cuba check di hospital, sbb perkara sebegini hanya boleh diketahui melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital..
kalau belum kahwin dan jalani hidup dgn gaya sihat, susah nak sakit ni..
[Balas]
punca kanser ni sebab sel lelaki masuk kat dalam tubuh perempuan tu melalui persetubuhan kah atau macam mana? tak faham la kenapa kanser tu bleh terjadi kepada mereka yang masi muda..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
July 8th, 2011 at 3:45 pm
punca kanser ni disebabkan de virus hpv tu.. virus tu boleh dapat jika amalkan seks bebas.. yg masih muda lau terjadi mungkin kerana gaya hidup yg tidak sihat. yg lain hanya Dia yang tahu.. saya pernah terbaca pemakanan juga boleh sebabkan berlaku kanser, tak kira kanser pe.. lau terdedah kpda bhan kimia yg bahaya, juga boleh.. tapi kanser ini biasanya melibatkan perhubungan intim..
[Balas]
salam fiezaradzi..klo dr segi pemakanan, mknan apa yg blh mumbang kpd kanser ni? sbb saya gemar dan blh dikatakan tiap2 hari mkn ayam..saya takut jgk jika ayam blh mjdi pnyebab kanser ni.
lg 1 soalan–jika ada (sis) yg berupa tubuh bdn bayi dlm rahim, ttpi ianya merupakan kanser, mcm mn nk tau punca berlakunya sis ni sbb ada kwn saya mengalami kanser tersebut dan telah meninggal dunia.adakah ianya sama dgn kanser serviks?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
July 14th, 2011 at 1:52 pm
faridahahmad,
tidak semestinya ayam itu penyumbang sebab kanser, jika ayam itu tidak terdedah kpada sumber2 bersifat kanser, dan setahu saya, tidak ada setakat ini..jika ayam punya sumber penyebab kanser, besar kemungkinan si pemakan ayam BERISIKO utk menghidap kanser. selagi ayam itu sihat dan bebas faktor dedahan kanser, ia selamat.
2. kanser rahim dan kanser servik adalah 2 perkara berbeza. servik adalah permukaan atau bukaan pintu rahim, sedangkan kanser rahim biasanya terjadi di dalam rahim. kedua2 kanser hanya boleh diketahui melalui pemeriksaan oleh doktor, melalui ujian2 tertentu. cyst bukanlah kanser, ia masih boleh diubati sama ada dengan pengambilan ubat atau pembedahan, ia hanyalah sejenis ketumbuhan yg bukan bersifat kanser. tetapi jika ada, perlu dirawat, jika menginginkan anak. cyst boleh dikesan melalui ujian ultrasound ketika membuat pemeriksaan.
kanser rahim lebih bahaya dari cyst. maka dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor bagi mengenal pasti apakah penyakit yg sebenarnya…
[Balas]
my mum telah meninggal akibat kanser serviks. memang parah dan kesian melihat penderitaannya melawan penyakit tersebut..the best way bg individu yang telah berkahwin wat la pemeriksaan segera demi insan2 tersayang…
[Balas]
fiezaradzi Reply:
July 20th, 2011 at 4:05 pm
betul cakap ningsih.. buat pemeriksaan selagi mampu.. jangan dah terlambat, nnti menyesal..
[Balas]
salam…
sy telah berkahwin selama 1 thun, dan belum mempunyai anak..
tapi akhir2 ni apabila bersama dengan suami, sy sering sakit dan ade keluar darah dalam kuantiti yang sedikit..
rase pon agak sakit bile terkena air dan ketika buang air kencing..
sy dah pergi jumpa doktor, dan tanpa melakukan pemeriksaan, doktor cakap yang sy hanyalah melecet. ini adalah kerana sy jarang bersama dengan suami disebabkan suami sy menetap di luar negara..adakah sy perlu pemeriksaan??
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 3rd, 2011 at 3:38 pm
kemungkinan melecet tu ada, sebab jarang bersama.. tapi kenapa doktor tidak lakukan pemeriksaan.. lebih baik ke klinik yg boleh lakukan pemeriksaan ini..
[Balas]
nurul Reply:
August 4th, 2011 at 11:24 pm
2 la..dktr guna andaian dia je..
lepas tu, last bersame ari 2, lepas 2 suami sy jd naik biji2 kat situ..biji2 2 macam jerawat..haih..runsing la..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 10th, 2011 at 1:50 pm
nurul, lau runsing, lebih baik bertanya kepada doktor yg boleh dipercayai.. itu lebih baik..
[Balas]
saya nak tanya, dlm 3 thn kebelakangan ini saya ada perasan ada ketulan di dlm lubang faraj blh kiri. bila ditekan akan rasa sakit. apekah petanda ketulan tersebut?
[Balas]
salam..sy nk tnyer,3 thn kebelakangn ni sy ade prasan ada ketulan dlm lubang faraj blh kiri…bila ditekan sy akan rasa sakit..apakah petandanya?sy takut utk membuat pemeriksaan di klinik..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 27th, 2011 at 4:35 pm
wawa, saya tidak dapat memberi jawapan hanya berdasarkan kepada penerangan wawa.. harapnya wawa kuatkan diri utk buat pemeriksaan. itu lebih baik saya rasa..
[Balas]
kita boleh atasinya jika kita sentiasa mjalani ujian,betul x?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 17th, 2011 at 12:10 pm
@nie yunie, atasi mungkin bukan 100%, tapi kalau kita tahu di peringkat awal, mungkin banyak cara boleh diambil utk merawat..
[Balas]
Assalamualaikum….
saya seorang pelajar skolah menengah…
saya berumur 14 tahun…dan saya sudah mengambil suntikan HPV…saya telah mengambil suntikan pertama & kedua…tetapi disebabkan saya berpindah ke sekolah lain,saya tidak dapat mengambil suntikan yg ketiga dia sekolah lama….di sekolah baru pula,mereka telah mengambil ketiga-tiga suntikan.Bolehkah kalau saya mendapatkan suntikan yg ketiga setelah 11 bln tidak mendapatkan suntikan tersebut….
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 29th, 2011 at 2:22 pm
waalaikumussalam,
Kalau tidak sempat mengambil suntikan di sekolah, mungkin boleh ke klinik desa berdekatan untuk suntikan seterusnya. Bab setelah 11 bulan tidak mendapat suntikan tersebut, tidaklah dapat saya pastikan, kerana saya bukanlah doktor, cuma pihak yang mengajak kita mengamalkan cara hidup sihat.. mungkin boleh ke klinik berdekatan untuk maklumat selebihnya.
saya akan cuba tanyakan, kalau ada update, akan saya beritahu. terima kasih
[Balas]
salam..
saya nak tanya,jika keluar cecair pekat yg berwarna kuning cair dan berbau adakah itu tanda2 kanse serviks?
soalan kedua, di klinik mana yang sesuai utk jlnkn pemeriksaan terhadap penyakit ini.adakah mana2 klinik pun boleh?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 29th, 2011 at 2:34 pm
biasanya tanda tu ada jangkitan pada bahagian itu. ia bukanlah tanda kanser, tetapi lebih baik buat rawatan supaya diri sendiri dan suami lebih selesa.. dan supaya tidak timbul masalah lain.. kalau tak salah saya, di mana2 pun boleh buat, klinik kerajaan mungkin di klinik desa atau klinik ibu dan anak, biasanya ada. Mungkin boleh tanyakan klinik terdekat utk penjelasan..
[Balas]
Terima Kasih…^^
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 30th, 2011 at 4:45 pm
sama2.. cuma membantu setakat yg mampu..
[Balas]
sy ada kuar cecair dr kemluan tu …bnda tu mcm lndr tp tak pkat..mcm drah cair pun ada gak…rsa skit katpggang ada gak adakah itu tnda kenser
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 5th, 2011 at 5:14 pm
itu saya tak dapat pastikan kerana selagi tidak menjalankan ujian, selagi itu tidak dapat dipastikan apakah tanda dan penyebab sakit ct tu. saranan saya, lebih baik jalankan pemeriksaan di klinik atau hospital terdekat.. kdg2 yg kita sangka pelik, tak pelik, tapi ada jugak yg tak pelik, sebenarnya pelik..
tanda2 ct cakap tu, yg saya tahu, biasanya tanda2 sebelum kelahiran. yg lain tak pernah dengar. saya bukan pakar dlm hal sebegini.lebih baik jalankan pemeriksaan pada yang pakar..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 5th, 2011 at 5:15 pm
maaf ye ct, saya tak dapat beri penjelasan sebaiknya.. luar bidang kuasa saya.. ape pun, sebaiknya, ct ke klinik atau hospital ye..
[Balas]
dalam bberapa hari ini , bhgn pundi kencing sakitt….bila buang air sakit, tak dapat tdo, rasa kejang….adakah itu tanda awal sakit servik???and paling dasyat, kaki rasa kebas
[Balas]
salam..saya berumur 22 tahun
saya aktif dlm bersukan..sy suka maen futsal..
urmm..da dlm 1 perlwnan nie..bola futsal terkena kt bwh pusat sebelah kiri..sakit sangat..lepas 2 3 bln kena bila 2..period sy jd x teratur..makin lama makin kerap dye dtg..lam sebulan 2 3 kali dtg period..lps 2..mggu lepas sy da terbace 1 artikel..yg mengatakan 3 kali dtg period lam sebln dalah simpton kanser serviks..tul kew?pe pendapat kamu semua..:)
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 4th, 2012 at 5:23 pm
@an aziz, tak penah pulak saya dgr 3 hari dtg haid sebulan tanda kanser.. mungkin darah istihadah kot.. utk kepastian cuba cek dgn doktor, itu lebih baik..
de ke kawan2 yang boleh bantu kawan kita ni?
[Balas]
saya berumur 20 thun dan belom berkhwin… sejak akhir-akhir nei saya sering sakit di bhgian bawah alat sulit … ketika berjalan pun msih sakit.. adakh ini tanda kaser servik??
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 4th, 2012 at 5:25 pm
@fira, mungkinkah ada berlaku lecetan? kdg2 kanser serviks ni kurang dapat dieksan kerana ianya di bahagian dalam, bukan di sekitar alat sulit. buat pemeriksaan di hospital..
[Balas]
masya-ALLAH..
nak tanye..ade ke budak kecik kne kanser nyy??
[Balas]
saya ingin bertanya, baru-baru ini ketika saya membuat hubungan kelamin tiba2 darah keluar. tapi saya tidak merasa sebarang kesakitan atau apa2 tapi pendarahan hanya belaku dlm sehari sahaja lepas tu berhenti..adakah itu tanda2 kanser?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 18th, 2012 at 11:15 pm
jika hubungan itu adalah pertama kali, atau mungkin juga jarang, kemungkinan berdarah adalah perkara biasa. apatah lagi ia hanya berlaku sehari sahaja. kdg2 perubahan hormon mungkin juga penyebabnya..
[Balas]
saya bumur 26thn,dan mempuayai 2org anak,skrang ne sy mengalami masaalah kelewatan haid selama 20 hari.sy sering terasa sakit dbahagian rahim..d terasa seperti membengkak.selain itu jg selpas sy membuat hubungan bsama suami ia mengeluarkn cecair bwarna hitam. apabila sy membuat pemeriksaan doktor,mengesahkn tidak mengandung.adakah itu tanda2 kanser.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 18th, 2012 at 11:19 pm
puan, maaf, saya tidak dapat memberi sebarang jawapan tepat berkenaan masalah puan. Cuma apa yg boleh saya katakan, mungkin puan boleh ke klinik kerajaan, dan beritahu masalah puan. pilihan yang ada adalah puan meminta supaya dijalankan ujian pap smear agar masalah puan dapat diketahui dgn sebaiknya..
[Balas]
selepas seminggu atau dua minggu period saya mengalami sakit pada ari-ari. biasanya akan keluar lendir kental putih. bila dicuci seolah-olah tidak putus walaupun cuba ditarik keluar dari vagina. lendir itu berupa hingus yang susah ditarik. masih melekat walaupun disapu. akhir-akhir ini lendir itu keluar tapi sudah berwarna coklat pekat dan masih kental n susah dibersihkan dari alat sulit. adakah itu tanda jangkitan yang membawa pd kanser.saya juga perlukan penjelasan tentang istilah berbau. bgmana nak tahu bau tsb sbg bau bg tanda2 kanser krn cairan vagina memang selalunya berbau?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 18th, 2012 at 11:27 pm
mengenai lendir tu, saya tidak pasti, lebih baik ke klinik atau hospital utk kepastian.. maaf ye..
mengenai bau, biasanya ia bau yg lain dari biasa. kanser serviks utk kepastian, lebih baik membuat ujian pap smear di klinik atau hospital..
[Balas]
saya mengalami haid melebihi 3 minggu selepas memakan supplement “proviton” dan saya juga mengalami kekerapan kencing boleh saya tahu kenapa hal ini terjadi?terima kasih
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 1st, 2012 at 2:00 pm
@lynn, sepatutnya haid adalah dlm masa 2 minggu, lepas tu darah dikira bukan haid..
mengenai darah tu, maaf, saya tidak dapat menolong, kerana saya bukanlah doktor seperti yg saya khabarkan.. lebih baik ke klinik atau ke hospital.. terima kasih.. maaf ye..
[Balas]
salam.. sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….
[Balas]
shahril Reply:
February 14th, 2012 at 7:19 pm
@shahril, salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita….
[Balas]
salam…saya nk tya, macam mana kalau kita mkn pil perancang,but suddenly kitaran haid jd tak normal? thanks…
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 5:04 pm
@noor, mungkin itu kesan dari pada pil perancang tu.. kdg2 kita tak ngam dgn certain2 ubat.. cuba tanya pada pembekal pil tu, mungkin tak pil tu boleh jadikan haid tak teratur
[Balas]
ish..sy ader lpas bsuama suami,5 jam lepas tue mesti bleeding dlm 2 ari..tp br2 ni jer..lpas i mkn pil perancang..adakh i ada HPV yg nk aktif??
sedangkn i xpnh share2 prtner ni..setia pd hubby i…um..tkutlah…last year by pap smear ok…camner ni
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 9th, 2012 at 3:21 pm
saya tak pasti perkara ini. tapi berdasarkan pengalaman dan gerak hati, saya rasa ia disebabkan oleh pil perancang.. saya pernah ambil suntikan perancang. perkara yg sama terjadi, dan darah hanya keluar dalam 1 hari saje. saya stop pengambilan suntikan tu, dan lepas beberapa bulan, baru darah haid kembali seperti biasa.
kdg2 perancangn keluarga ni mungkin tak sesuai dgn certain2 org, de yang ok je.. boleh dapatkan penjelelasan lebih dari doktor rasanya..
[Balas]
hye,saya ada masalah dimana vigina saya mengeluarkan lendir yang berlebihan dan berwarna kuning pekat tetapi tidak mengeluarkann bau….saya ingin tahu,adakah masalah yang saya hadapi itu normal?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 19th, 2012 at 2:07 pm
@chelcy, saya rasa itu tiada yg perlu dirisaukan. biasanya masalah ini berkaitan dgn jangkitan sahaja. ia boleh dikawal, tetapi jika ada bau yg luar biasa, sila dapatkan rawatan.
ia masalah normal, tetapi jika rasa terganggu boleh dapatkan rawatan.
[Balas]
saya ingin bertanya boleh kah kanser servik ini dijangkiti oleh anak dara atau secara terangnya mereka yg belum pernah melakukan hubungan intim. sebab saya ada terbaca sakit ini lebih pada mereka yg pernah melakukan hubungan intim. dan saya ada kawan yg belum berkahwin tapi sudah ada penyakit ni.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 19th, 2012 at 2:10 pm
@ahmad, jika mengamalkan cara hidup sihat, atau tidak terlibat dgn aktiviti seks bebas, biasanya masalah ini tidak berlaku. belum pernah terjumpa kes ia berlaku secara tiba-tiba. adakah rakan sudah membuat pemeriksaan di hospital/klinik?
[Balas]
ahmad Reply:
March 20th, 2012 at 10:35 am
dia selalu menceritakan dia akan rasa sengugut yang kuat setiap kali datang period. bila buat pemeriksan lanjutan dihospital memang ada. doktor bagi ubat untuk mengecutkan. saya tidak pernah menayakan tentang hal peribadi dia. tapi adakah ia mmg berpunca selepas seseorang permpuan itu pernah melakukan hubungan intim?? atau maksud “cara hidup sihat” faktor permakanan??
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 21st, 2012 at 5:50 pm
@ahmad, makanan lau de yg terdedah dgn radiasi, mungkin. tetapi agak susah sebenarnya. adakah rakan benar2 ada kanser serviks atau ia dikenali sbgai cyst sahaja?
apa pun, jika benar2 ada, itu ujian dariNya. mungkin ada punca lain yang kita tidak sedar terjadinya perkara itu.
jika benar ada kanser mungkin rakan ahmad boleh kongsikan bersama mengenai hal ini. bolehkah?
[Balas]
ahmad Reply:
March 22nd, 2012 at 11:17 pm
setahu saya kalo di malaysia. kes yg berpunca dari terdedah kepada radiasi agak kurang, lagi pun kawan saya tidak melibatkan diri dengan kerja2 yg berkaitan radiasi.
jadi makna nye faktor utama kanser serviks adalah selepas seseorang permpuan itu pernah melakukan hubungan intim ye??
saya cuba tanyakn kepastian kepada tuan pnye badan untuk dikongsikan, tapi saya agk berat untuk bertanya, jika ia benar seperti puan kata kan. kerana melibatkan hal peribadi nye..
cuma saya boleh berharap dia boleh sembuh dan seperti kata puan mungkin ini hanya ujian dariNya.
satu lagi puan, boleh saya tahu apakah beza kanser serviks dengan cyst?? dan mcm mane boleh terjadi nye cyst??
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 23rd, 2012 at 11:40 am
betul, kalau di malaysia mmg kurang punca dari radiasi.. kecuali kalau de ambil makanan dari luar negara, itu kita tidak pasti. kalau tak dapat kongsi, tak pe lah. itu hak tuan punya badan.
biasanya cyst akan sedikit menganggu kehamilan. cyst adalah ketulan dalam rahim. berbeza dgn kanser servik, kemungkinan besar kanser tidak dapat dirawat sepenuhnya, tetapi cyst masih boleh hilang dgn pengambilan ubat yg betul, atau melakukan pembedahan.. biasanya dgn ubat, cyst boleh kurang dan perempuan tersebut boleh mengandung.
cyst boleh berlaku pada mereka yang masih belum berkahwin.
[Balas]
just nak mtk pendapat. dulu period i 3 buln skli or 2 blan sekli even penah 4 bulan skli…then i amalkan makn folic acid..after 5 month amalkan, period i da ade everymonth but the prob is..setiap kali period dlm 8-9 hari..tp hari yg 6 dan seterusnye tinggal skit la…bile dah abis..selang beberapa hari tu…kuar lagi skit for few days. adakah ianya normal?? n ade jugak masanya i period 2 kali sbulan ..tp tak byk laa..i risau lahh..pls advise..thanks.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 28th, 2012 at 2:15 pm
kadang2 pemakanan pil boleh jadi punca kedatangan darah tu.. ini berkait rapat dengan kestabilan hormon.. tak semua org periodnya tetap dan stabil. insyaallah, tak de apa2.. lau yg melibatkan kanser ni, kena buat ujian dulu, baru tau..
[Balas]
Saya nak Tanya..saya period pada 19/03/2012 hingga 24/03/2012.. Mmg setiap Bulan period saya Tetap…tp pd 12/04/2012 Ada darah turun sikit dalam 2 titik macam tu…sehingga hari nie…so adakah tu tanda kenser servik…???
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2012 at 2:16 pm
utk pengetahuan, kanser servik hanya boleh diketahui melalui pemeriksaan dalaman di klinik. apa kata cuba buat pemeriksaan di klinik utk lebih jelas. saya tidak mampu untuk membuat keputusan sama ada ia kanser servik atau tidak. kdg2 hormon yang tidak stabil atau mengandung mungkin punca pendarahan tersebut. cuba buat pemeriksaan lanjut. maaf, tidak banyak membantu
[Balas]
Dan adakala Nya…bila sy melakukan hubungan kelamin ia Terasa sakit…sy berumur 29 tahun..Dan telah mendirikan rumah tangga selama 1 tahun 4 Bulan..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2012 at 2:14 pm
de buat check pregnancy tak?
[Balas]
Hai, saya berusia 26 tahun. bujang dan saya tidak pernah melakukan hubungan. Sejak August 2010…saya telah dimasukkan ke wad sebanyak 5 kali akibat haid yang berpanjangan. Haid saya selalunya berterusan selama 3 bulan. Kadang2 sampai 4 bulan. HB saya selalu berada di lingkungan 4 – 6 sahaja. Saya akan ditransfuse saja. Pendarahan saya hanya akan berhenti dengan ubat transmin. Saya belum melakukan apa2 jenis ujian kerana saya berkerja di sebuah sekolah dikws pendalaman dimana tiada teknologi terkini. Doc yg memeriksa saya mengatakan bahawa ia adalah normal untuk perempuan di usia saya. Dan dia menyuruh saya untuk makan pil perancang untuk 6 bulan untuk menstabilan hormon. Apakah yang patut saya buat?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2012 at 2:04 pm
mungkin ada benarnya.. kadang2 ia disebabkan ketidak stabilan hormon. pil perancang mampu menstabilkan hormon, tapi bergantung kepada diri juga. tak salah mencuba saranan doktor, tapi pastikan ubat itu benar2 mendapat kelulusan dan penjelasan dari doktor
[Balas]
C-alynn Reply:
April 16th, 2012 at 6:11 pm
Pil perancang yasmin ok juga kah?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 18th, 2012 at 2:44 pm
sepatutnya tiada masalah, kena cuba dulu. kalau rasa serasi dgn diri sendiri, teruskan. tapi kalau ada kesan sampingan lain, hentikan dan dapatkan pandangan dari doktor anda.
[Balas]
adakah seseorang yang mengidap penyakit kanser ini tidak boleh mengandung kerana saya di beritahu oleh kawan saya yang pengidap penyakit ini tidak lagi blah menganadung, saya ingin tahu sangat jawab kepada soalan saya ini
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 10th, 2012 at 12:59 pm
boleh mengndung atau tidak, perlu dapatkan penjelasan dari doktor.. kadang2 tu rezeki, boleh ke tak..
yg penting kanser ni perlu diubati dahulu.. lau perlu pembedahan atau apa saja, utamakan ia.. berbeza dgn cycts, kebarangkalian untuk mengandung, masih ada.. tapi untuk kanser serviks, saya tidak pasti. harap maaf kerana tidak dapat membantu..
[Balas]
Trackback & pingback
[...] credit to : fiezaradzi.com [...]
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web