Kanser serviks atau kanser pangkal rahim terjadi apabila terdapat pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks. Apa itu serviks? Serviks adalah bahagian pada pangkal uterus yang menghubungkan uterus atau rahim dengan vagina. Kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak yang dikesan di kalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara.
Kredit gambar: Diedit dari sini. Harap gambar ini tidak mengganggu minda sesiapa. Hanya bertujuan memberi informasi.
Kanser serviks adalah keadaan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Ia terjadi apabila seseorang wanita itu dijangkiti dengan HPV, atau pun Human Papillomavirus. Jika bahagian pertahanan badan tidak menyingkirkan jangkitan tersebut, sel normal akan mula membesar secara tidak normal dan membentuk luka pra-kanser. Jika tidak dikenalpasti dan dirawat pada tahap awal, sel yang tidak normal ini akan membesar menjadi kanser. Kebanyakan kes akan mengambil masa beberapa tahun, walau pun ada sesetengahnya boleh terjadi hanya dalam masa setahun.
PENYEBAB KANSER SERVIKS
Penyebab sebenar masih tidak diketahui, namun beberapa faktor dikaitkan punca penyakit ini:
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ (Human Papilloma Virus/wart virus)
- Memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Mengandung lebih dari 5
APAKAH ITU HPV (Human Papillomavirus)?
- Virus yang biasa menjangkiti wanita dan lelaki.
- Terdapat lebih dari 100 jenis virus. Kebanyakan HPV (bukan MPV ye) tidak menunjukkan sebarang simptom, tidak berbahaya dan boleh dihilangkan.
- Lebih kurang 30 jenis HPV dikenali sebagai HPV genital (alat kelamin) – kerana menjangkiti kawasan genital. Sesetengahnya boleh menyebabkan kanser serviks atau ketidak normalan sel pada serviks yang boleh bertukar kepada kanser.
- Sesetengahnya pula boleh menyebabkan bijian pada genital (warts) dan juga tumor (benign) pada serviks. Kedua-dua ini adalah tidak berbahaya atau tidak bersifat seperti kanser.
Individu yang mempunyai HPV tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom, maka pemindahan virus boleh berlaku tanpa disedari. Ok, di lain masa kita bincangkan pula ye tanda-tanda dan golongan yang berisiko mendapat kanser ini.
Kita memang terdedah dengan kanser ini jika tidak emmberi perhatian sebaiknya. Jadi, berikan info terbaik untuk diri anda dan semua wanita yang lain
@fiezaradzi.com – Kaum wanita terutamanya sila ambil perhatian. Kaum lelaki juga sebab anda dikelilingi oleh kaum wanita – mak, adik perempuan, kakak, makcik, anak saudara, isteri dan bakal isteri anda..




{ 44 comments… read them below or add one }
oh tak sabar nak baca tanda2 nya pulak.. cepat
.-= fdhelina´s last blog ..Rabun Silau =-.
@fdhelina, insyaallah farra.. cuba curik masa nih..
Baru hantar wife buat ujian MAMOGRAM,syukurlah tiada tanda seperti diatas.
.-= mankuchai´s last blog ..Aduhai… belilah rokok sendiri =-.
@mankuchai, buat di mana tu bro? gov ke private? syukurla jika semuanya ok..
Fieza,kebetulan pula..Bb baru je dengar ceramah kesihatan tentang kanser serviks ni kat ofis tadi..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Maher Zain Live in Concert Feb 2011 =-.
@Bb Hussain, serius? baguslah.. info yg bagus utk kita kaum wanita ni.. ni tgu masa nak check la.. mybe pas bersalin nanti..
erm…golongan berisiko kena buat ujian pap smear…mamogram pun jangan lupa..nnti dah kena lagi besar belanja..
.-= fitri´s last blog ..Aku Sudah uBUNTU! =-.
@fitri, tul cakap tu.. buat ujian awal spya tak de risiko yg lebih besar..
lelaki2 kat luar sana,jangan pandang remeh pada info sebegini..perlu ambil tahu dan sebarkan kepada kaum wanita yang berada di samping anda(mak,akak,adik,isteri,anak..)
.-= khairolghani´s last blog ..I’m from Holland =-.
@khairolghani, tul tu.. harap2 disebarkan.. untuk pengetahuan.. yelah, nnti2 semua nak kawen dan de anak kan..
@fiezaradzi, kalau HPV menjangkiti lelaki apa yang akan terjadi pulak?
.-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah =-.
@Panduan Buah Pinggang Sihat, yg saya tau leh menyebabkan kanser dubur pada lelaki (peringkat dah kena kanser), lagi satu leh timbulkan kutil pada kemaluan lelaki..
info lain di http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-267629.html
aiseh, saya taktahu pulak pasal ni, thanks for the good info!
.-= Lia Nadia Qistina´s last blog ..Bila Cinta – 5 Tip Bagaimana Untuk Mempamerkan Rasa Sayang Pada Pasangan =-.
@Lia Nadia Qistina, sama2.. harap info ni berguna utk semua..
makan sardin salah stu punca…ader org ckap la….
@shapopo, tak penah baca kajian mendalam pasal ni.. saper yg penah buat kajian, mungkin boleh bincang sama2..
Eh, mengandung lebih daripada 5 pun antara penyebabnya? Hmm..
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Syukur perkataan & perbuatan =-.
@Hadi Rofiee, ditakuti la hadi…mungkin antara penyebab.. dulu mungkin tak de sgt, sbb org dulu2 pantang mmg pantang tul2.. org skg ni kdg2 malas dlm bab berpantang ni.. mungkin la kan..
selalunya badan yang berasid memang menyediakan tempat yang elok untuk penyakit
seperti kanser, amalkan minum minuman air beralkali atau pH tinggi
supaya dapat buang asid dalam badan
cukupkan minum air dengan 10 gelas setiap hari..
lepas tu amalkan sekali herba-herba untuk kewanitaan..
.-= Syafrizal´s last blog ..Promosi HPA Hujung Tahun 2010 =-.
@Syafrizal, tips yg bagus utk dikongsi bersama.. makanan skg pun mungkin punca masalah ni.. jadi perlu berhati2 memilih makanan.
@fiezaradzi, Insya Allah. Awak memang perlu jaga pemakanan awak kerana orang perempuan dan lelaki memang banyak penyakit di kemudian hari hehe. 4 serangkai, 3 serangkai macam normal je.
.-= Syafrizal´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidiladha =-.
@Syafrizal, tul tu.. mmg rakyat msa eps terkenal dgn penyakit2 sebegini..
‘Individu yang ada HPV ini tak tunjuk tanda dan simpton’ ini yang susah nak kesan ni kan. Isk.. habis tu camne lak nak tau yerk.. maybe ade cara lain bole tau.. hmmm..
.-= Zul´s last blog ..Bermadah Untuk Si Janda =-.
@Zul, cara terbaik ialah buat pemeriksaan awal.. eps lau perempuan yg sudah bersalin.. perubahan struktur peranak perempuan mungkin bolh jadi penyebab kanser ni. Jadi, buat kebaikan, buatlah pemeriksaan di klinik2 berdekatan..
satu info yang baik sebelum melangkah ke alam berumahtangga,thanks Fieza..walaupun umur saya dah 30 tahun, saya masih lagi bujang, setakat ini.
.-= ShueQry´s last blog ..Lotus Racing F1 Lawan Lotus Group-Tony Fernandes Lawan Proton =-.
@ShueQry, hehe.. boleh hantar borang pencalonan la pas ni shueqry.. hehe.. moga2 dapat beri ilmu buat semua.. lelaki pun kena tau, nnti2 nak de isteri & anak kan..
takutnye, tak mau la benda2 camni
.-= mrs jamal´s last blog ..Selamat Hari Raya Korban =-.
@mrs jamal, itu la.. mmg takut kalau2 de risiko kan..
wanita mmg tidak blh lari dari sakit..apatah lagi kaser payudara..
p/s:sedih dan kashan lihat kwn, sdra ada mengalami skit sebegi..moga mereka cepat sembuh..
@suri cahaya cinta, itu lah suri.. macam2 jenis de..
moga kawan, saudara yg kita kenal de sakit ni sentiasa tabah dan harap2 dorang sembuh.. ameen.
sy terganggu pula dengan info ni.. nice pic..
.-= lazaac´s last undefined ..Response cached until Fri 26 @ 8:15 GMT (Refreshes in 60 Minutes) =-.
@lazaac, terganggu ke? hahaa.. harap2 ok la ye.. jgn tak tido malam lak..
@fiezaradzi, kalau terganggu, sy datang cni lg, tengok lg gambar tu.. hikhikhik.. :p
.-= lazaac´s last blog ..Lazaaccom Berpindah Hosting Lagi =-.
@lazaac, hhehee.. ikutla.. saya tak marah.. hehee
Salam semua. Kalau anda aa kanser serviks, Primaseries boleh sembuhkan. Dalam masa 30 hari dah nampak kesan menakjubkan. Lawati: http://www.primaseries.my atau 0193437759.
kemaluan saya agak panjang sebelah.adakah itu normal?
pendarahan selepas period..adakah ia normal?
saya tidak pasti.. kdg2 ia disebabkan oleh ketidak stabilan hormon. sila dapatkan nasihat doktor
salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….
insyaallah, dengan izinNya, semua penyakit ada penawarnya.. kena pulak sekarang ni makanan macam2 jenis ada..
patut baca post ni dulu.. terbaca post yg satu lagi tu. sebab tu, tertanya2 HPV tu ape? cmne boleh berjangkit. then baca post ni, semua terjawab.. haha. lawak.. antibodies kena kuat nak lawan virus ni.
post terbaru Oh! budu ..Oh! budu kini berwajah baru. Phew!
@ohbudu, itulah, satu lagi kena jaga, kehidupan yg sihat..
mohon share ye
info yang sangat berguna !
@linda, sila lah. saya pun kongsi dari info yg berguna
{ 2 trackbacks }