Kanser Serviks

Posted by

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim terjadi apabila terdapat pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks. Apa itu serviks? Serviks adalah bahagian pada pangkal uterus yang menghubungkan uterus atau rahim dengan vagina. Kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak yang dikesan di kalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara.

Kredit gambar: Diedit dari sini. Harap gambar ini tidak mengganggu minda sesiapa. Hanya bertujuan memberi informasi.

Kanser serviks adalah keadaan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Ia terjadi apabila seseorang wanita itu dijangkiti dengan HPV, atau pun Human Papillomavirus. Jika bahagian pertahanan badan tidak menyingkirkan jangkitan tersebut, sel normal akan mula membesar secara tidak normal dan membentuk luka pra-kanser. Jika tidak dikenalpasti dan dirawat pada tahap awal, sel yang tidak normal ini akan membesar menjadi kanser. Kebanyakan kes akan mengambil masa beberapa tahun, walau pun ada sesetengahnya boleh terjadi hanya dalam masa setahun.

PENYEBAB KANSER SERVIKS

Penyebab sebenar masih tidak diketahui, namun beberapa faktor dikaitkan punca penyakit ini:

  1. Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ (Human Papilloma Virus/wart virus)
  2. Memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda.
  3. Mempunyai pasangan seks berbilang
  4. Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  5. Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
  6. Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  7. Mengandung lebih dari 5

APAKAH ITU HPV (Human Papillomavirus)?

  • Virus yang biasa menjangkiti wanita dan lelaki.
  • Terdapat lebih dari 100 jenis virus. Kebanyakan HPV (bukan MPV ye) tidak menunjukkan sebarang simptom, tidak berbahaya dan boleh dihilangkan.
  • Lebih kurang 30 jenis HPV dikenali sebagai HPV genital (alat kelamin) – kerana menjangkiti kawasan genital. Sesetengahnya boleh menyebabkan kanser serviks atau ketidak normalan sel pada serviks yang boleh bertukar kepada kanser.
  • Sesetengahnya pula boleh menyebabkan bijian pada genital (warts) dan juga tumor (benign) pada serviks. Kedua-dua ini adalah tidak berbahaya atau tidak bersifat seperti kanser.

Individu yang mempunyai HPV tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom, maka pemindahan virus boleh berlaku tanpa disedari. Ok, di lain masa kita bincangkan pula ye tanda-tanda dan golongan yang berisiko mendapat kanser ini.

Kita memang terdedah dengan kanser ini jika tidak emmberi perhatian sebaiknya. Jadi, berikan info terbaik untuk diri anda dan semua wanita yang lain

@fiezaradzi.com – Kaum wanita terutamanya sila ambil perhatian. Kaum lelaki juga sebab anda dikelilingi oleh kaum wanita – mak, adik perempuan, kakak, makcik, anak saudara, isteri dan bakal isteri anda..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *