Lifestyle Semasa

Karnival PTS

Assalamualaikum, hari Jumaat yang cukup suram hari ini. Suram dengan keputusan semalam, sama seperti suramnya keadaan pagi tadi. Mendung saja. Apa pun, jangan bersedih hati. Perjuangan perlu diteruskan biarpun kalah pada hari ini, tidak mustahil untuk bangun dan berjaya di kemudian hari.

Hari ni kita cerita tentang buku. Ya, sekarang tengah berlangsung Karnival Buku anjuran PTS. Untuk makluman semua, karnival ini berlangsung dari 10 Disember hingga 22 Disember 2012. Korang boleh tengok kat sini.

"beli buku lagi"

Baru-baru ni kami baru je beli tiga buah buku, ‘Salahudin Ayubi’, ‘Anda Berkuasa Apabila..?’ dan ‘Mekar Sakura di Mimbar Cinta’. Jangan tak percaya, ketiga-tiga buku ini jumlahnya hanya RM17.20. Ada diskaun menarik setiap buku. Dua¬† di antaranya hanya berharga RM3. Satu lagi buku ada 20% diskaun. Sudahlah dapat diskaun, kami dapat pulak 1 buku percuma ‘Panduan Umrah dan Ziarah’. Memang berbaloi.

"buku percuma lagi"

Kalau yang ada niat nak beli buku tu boleh berkunjung ke PTS sekarang, atau pu beli secara online di bookcafe. Tawaran memang menarik bagi peminat buku.

@fiezaradzi.com – Terapi jiwa selepas kalah malam tadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge