Assalamualaikum,
Bertemu lagi di alam siber. Nak tanya la kan, kalau korang kan, tiap-tiap bulan simpan duit kat mana? Tak menyimpan pun? Sudah.. Jom tengok beberapa option oppss.. pilihan yang korang ada..
- Simpan di bank — Yang mana ada kad bank atau kad debit segala. Akaun utama la kiranya.. Kekurangan sistem ni ialah rasa nak keluar duit je selagi duit ada. Senang. Bagi yang guna kad debit tu, swipe aje… Lainlah cerita kalau akaun simpanan korang ni berbentuk sekunder, atau pun yang korang jarang-jarang guna.. okay la kan.. Contohnya macam Maybank, CIMB, atau segala bank yang de kat Malaysia.
- Simpan di akaun — Masih lagi menggunakan khidmat bank, tetapi lebih leceh kerana jika korang nak keluar duit, kena ke kaunter. Yang ni jenis tak de kad-kad segala.. So, kat ATM machine tu urusniaga tak dijalankan. Baiknya sistem ni ialah bila korang rasa malas nak ke kaunter, so selamat duit simpanan tu. Kecuali kalau dah terdesak sangat, kena la jugak, kalau tidak, makan nasi kosong je la.. Contohnya, Tabung Haji, ASB, ASN atau yang macam iklan ‘makcik saja nak tengok bangunan makcik ni.’
- Simpan dalam tabung — Yang ni mungkin satu kebiasaan, tetapi untuk tempoh tertentu. Kat rumah contohnya ada satu tabung duit untuk korang simpan baki-baki duit pergi membeli-belah. Tak pun yang tengah mengajar anak menabung. Yang ni bagus, di samping ajar anak-anak, nanti cukup bulan atau tempoh, boleh masuk ke akaun bank, akaun anak-anak ye, bukan akaun sendiri, kecuali kalau diri sendiri yang menabung.. (Soalan: ada lagi yang menabung macam ni sekarang?). Mungkin boleh guna tabung buluh.. atau tabung harimau maybank.. (tabung dulu-dulu)
- Bagi pada mak — Yang ni bukan bagi terus pada mak atau ayah. Kalau bagi terus bukan duit korang dah, duit mak ayah korang la kan.. Yang ni bagi mak atau ayah simpan, sebab korang tak de idea nak simpan kat mana. So kadang-kadang mak ayah guna jap, tapi of course mak ayah bagi balik bila korang nak..
- Simpan dalam peti besi — Yang ni kalau duit berkarung-karung sesuai la kot.. Siap ada nombor keselamatan. Kalau setakat dua puluh sen, cam tak berbaloi beli peti mahal-mahal.. Tapi kalau baru nak start, tak de masalah. Nanti tau-tau je dah beribu-ribu duit dalam tu..
- Unit trust / melabur — kira simpanan yang bersifat untuk bertambah dengan lebih banyak. Bab ni korang kena bijak memilih. Sebab ada yang ok, de yang ko.. Kalau tak pandai, lebih baik cari orang dalam bisnes ni. Saya bukan orangnya..
- Tak pernah menyimpan pun, so tak perlu nak fikir pasal ni — yang ni tak tau la, korang fikir le sendiri.. sendiri mau ingat aaa..
sebijik macam ni tabung kami adik-beradik dulu-dulu, de 4 ke 5 ekor tah.. belakang dia, mak tulis nombor, supaya tak tertukar. rindunya kat tabung ni.. kredit gambar dari sini.
Dalam situasi tempat simpanan kat atas, mana satu korang prefer? Tak yah cerita pun tak pe, kang duit korang hilang, susah tuan punya blog ni. Sebarang kehilangan bukan tanggungjawab saya ye.. hehhe
Oh ye, ingat lagi masa dulu-dulu rumah lama kat kampung, ayah saya siap tebuk lantai rumah dan masukkan peti simen (ala-ala peti besi tapi tak de nombor), penutup pun simen (boleh dibuka tutup) dan lapik dengan tikar getah, bawah tangga. Peti simpanan rahsia tu, hanya satu family je tau. Ayah cuma isi duit syiling je, tapi banyak la… Tapi tu dulu la, sekarang bila rumah dah renovate, tak de dah sistem tu.. huhu.. Ada ke anak-anak ambil tanpa sedar?? heheee.. saya tak ambik.. saya tak ambik..
@fiezaradzi.com – kalau untuk simpanan, prefer yang susah nak dikeluarkan.. Yang mana ye??




{ 114 comments… read them below or add one }
simpan duit dalam asb la berbaloi. bertambah tiap2x tahun.
post terbaru shaffique ..Bagaimana Rasanya Tinggal Di IKEA
tul tu.. de gak simpanan asb ni.. tambahan die mmg berbaloi..
bEe pun ada ASB
Tp simpan takleh byk2 nnt susah nak keluarkan duit
Yg ASB ni bi tolak gaji tiap2 bulan
bagus.. sekurang2nya tak fikir pasal simpanan bila duit dapat…
Kalu yang susah dikeluarkan ,hmm asb kot he2
post terbaru Azhar@Shed Plans ..Metal Garden Sheds – The Good and Bad
de sikit susah, sbb kena ke kaunter, kan? hehe.. kira selamat sikit kot..
masih dalam dilema nak mulakan simpanan kat mana. buku asb hilang. nak buat baru pi tanya cimb kata kena buat kat pnb. ejen x boleh bukak buku ganti. duit yg simpan dulu dalam asb pun dah guna 2 thn lepas x isi2 balik.
so terperap duit dlm saving acount public bank tu selungguk tak beranak pun. rugi saja duit tu kat situ. >_<
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
haha.. jauh ke pnb dr rumah? mmg leceh sikit lau nak ke pnb bab ganti buku ni.. sama gak lau alamat tersalah cetak, kena ke pnb. tak kisah la simpan kat mana pun, asal selamat..
tapi lau simpan dlm asb, byk sikit anak2nye.. hehee
Kat bandar tasik selatan ada PNB kat mana? Aku keja kat tgh KL nie, malas la nak jalan nek LRT plak pi HQ PNB kat Jln Tun Razak tu.
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
yg tau, setiap negeri de satu je pnb.. so, lau area tgh ni, kt kl tu dgn kt shah alam.. hehe, kl tu lgi dekat kot wpun jauh.. huhuu
simpan la dgn allianz..skrg ada produk simpanan yg melabur dalam pelaburan shariah die bole bagi minumim keuntungan 24%…
24%? byak tu.. ke 2.4%? tak kisahlah macam mana pun, asalkan duit tu tersimpan baik utk masa depan…kan??
yup..24%… berminat x? bole kontek saya allianz.rmt@gmail.com.. saya bole terangkan dgn lebih lanjut
nnti2 la ek? sbb skg byk nak kena maintain.. sape yg berminat boleh la hubungi hana ye..
simpan kat ASB terbaek
post terbaru Wan Perlis ..5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
ye tul, terbaik.. hihi
Actually ada lagi yang lagi baik dari ASB tapi bagi ramai(kita) ASB adalah mudah dan ada “security” dan % untung yg average(not bad). In other word, ease of mind. ASB dibawah PIDM so kita pk kalau jadi apa-pa kerajaan boleh ganti duit kita tu. Cuma kalau Malaysia jadi perang, takleh nak gerenti lah kan.
So, kalau nak duit simpanan kita beranak lebih dari ASB byk je lubang2 lain yang kita boleh sumbat duit kita tu. Semua terpulang pada tuan punya duitlah apa nak buat.
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
saya rasa ni sebab takut akan risiko tinggi kot.. cam saya la, so utk play safe, asb adalah yg berisiko rendah, tapi pulangannya tahap sederhana jika dibandingkan dgn unit trust atau lain2..
mmg tul, terpulang kpda persepsi dan keinginan tuan punya duit..
aku punye no.6.. kat public mutual.. sebab tanak bagi duit yang disimpan dalam bank kena telan ngan inflasi.. hahaha
post terbaru samanosuke_04 ..Piknik Survivor Moscow 2011!!
wah, ini mmg beranak pinak duit tu.. hihi.. bagus2, pelaburan yg bagus.. so bila nak blanja kami kt msia ni? hehee
tiap bukan keluarkan cukup2 utk bajet sebulan – pindahkan ke akaun maybank , sbb nak uruskan online
baki keluarkan – asb, tabung haji, sijil simpanan premium
dalam akaun yg gaji masuk tiap bulan ada baki sikit utk waktu2 kecemaran.
mmg tak ada cash
post terbaru Kujie ..Along Eksiden
maybank senang kan nak uruskan online kak jie.. kak jie punya pelaburan pun bagus, byk akaun.. hehe.. lebih kurang je cara kita kak jie, cuma selalu simpan kt asb..
dlm akaun yg selalu guna kena ada gak kan, macam kak jie, guna utk kecemasan..
susahnya nak simpan duit… isk. isk.. monthly commitment pun dah cecah seribu lebih.. tinggal ciput utk mkn n belanja nak blk jumpa wife n anak every weekend.. i’m a weekend husband n father..
post terbaru zul ..Kenapa aku beli LED TV
abih tu beli LED TV tu… Pakai yang gemok je dah la
post terbaru Norasikin ..Sosej Roll dan Pau Sambal Goreng
yg gemok dah rosak kot.. hehee..
yg gemok dah rosak… betul!!
post terbaru zul ..Kenapa aku beli LED TV
betul kan.. pastu nak baiki, kdg2 sama mahal dgn tv baru..
Sama la kita. penah dah try buat bajet dan nak follow mmg susah. Kena plak bulan lepas balik every week kl-kedah/perlis. Simpanan yg berjaya disimpan hasil dr ngikut bajet pun ditelan sama rata sebab byk travel.
Hujung minggu ni x balik sebab ada keja. Next week plan nak balik kejap 2 hari je, tapi Wesak punya pasal, bini suh amik cuti gak. Otomatik jadi 4 hari cuti. Maknanya extra money gonna flow out lah. Aiyaa..
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
itulah kehidupan org berkeluarga.. au buat bajet, still ikut, itu satu kelebihan, lau tak, boleh cuba lagi nanti..
travel ni mmg byk pakai duit.. macam kami, kg dah le jauh2.. plan nk kurangkan travel tahun ni, tapi tak dpat le.. haha.. kena la berkorban mana2 yg leh dikorbankan..
satu lagi, tak penat ke travel jauh sekejap kejap jer?huhuu
penat la jugak tapi nak buat mcmana. kena ada masa ngan family gak. lagipun time anak kecik nie la syok tgk gelagat dia.
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
tul..tul tul.. setuju sgt2.. masa bersama anak & yg tsayang amatlah berharga..
penah rasa jadik weekend wife juga.. mmg nak guna byk utk, esp utk travel.. lum campur2 dgn bali brg2 keperluan lain.. anak 1st, mmg pas pantang, bru saya balik rumah sendiri.. tapi anak 2nd, tak sempat habis, saya sambung pantang di rumah sendiri, suami jaga..
macam biasa, simpan bawah bantal la. hehe..
post terbaru titan ..Akupun blogger gak
hahahaha… bawah bantal. Dah lama tak buat..
post terbaru zul ..Kenapa aku beli LED TV
skg bukan simpan duit kot, tapi simpan gambar isteri? tul ke? hehee
gambar isteri bukan bawah bantal. Tapi tepi bantal. Bangun tido nmpk muka dia dulu. HMM
post terbaru zul ..Kenapa aku beli LED TV
oo.. hehe.. dh org nye bukan kt sebelah?..hihi
penah buat, after 2 days terus guna. hehe… yg dlm bank tanpa ATM gak paling selamat untuk aku.
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
lau macam tu mmg bahaya, lebih baik simpan dlm tabung.. pastu bank in
dah lama org tak buat ni.. hebat la bro.. lau saya, tak leh kot. nnati anak jumpa, die amek dulu.. wpun tak faham sgt pe bende tu.. huhu
Simpan bawah bantal cara org dagulu & TERBAEK!!! kumpul RM1 tiap2 hari sekali bila nak jenguk ada RM1000. WOW!!!
post terbaru bEe ..Dia tidak menangis…
son0oknye sedar2 dah RM1000. haha.. nak juga la..
Sekali tgk ada RM1000. WOW..
Sedarkah anda telah menyimpan selama hampir 3 thn.
Dan duit itu tidak bekerja untuk anda selama 1000 hari, malah nilainya telah susut sebanyak 2 kali inflasi.
Malah jika anda ingin membelanjakan wang tersebut, sehari je dah boleh habis.
Saya tarik balik WOW saya.
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
betul jugak tu.. lebih baik simpan emas kan.. huhu.. susut nilai de, tapi kira untung lagi berbanding simpan bawah bantal.. simpan emas bawah bantal.. ye..
Memang kena simpan kat bank yang paling leceh nak dikeluarkan. Bank ni memang buat macam-macam cara utk suruh orang pakai duit. Jadi saya pilih ASB dan tabung haji. Memang potong gaji setiap bulan. Itu simpanan untuk saya lupakan. Awal-awal dah asingkan yang mana nak simpan yang mana untuk belanja lepas bayar semua bil. Kalau untuk dihabiskan cepat saya pakai Maybank. Untuk emergency hujung bulan saya masukkan dalam BSN. Skrg BSN pun dah pakai online la. Hadoiii!!
post terbaru Norasikin ..Resepi Ikan Pari Asam Pedas
kan? lagi susah tempat nk keluarkan, lagi tinggi harapan simpan.. hehe.. sama la.. jadi terbaik, asb.. tapi kadg2 lau de lebih masuk lagi asb.. mmg terbaik la..
bsn, saya tak pakai, sbb kat area sini, de satu je cawangan, pastu ramai.. suami nak masukkan ke akaun mak nye pun susah.. nnti saya bgtau die bsn de online.. tapi nak buka akaun bsn le pulak..
Kalau simpan dalam bank susah sikit sebabnya ada kad ATM..asyik nak cocok je duit kat ATM tu.Slalu sy simpan duit kat dalam ASB je.pastu buku ASB tu bg orang lain yang pegang.So kebarangkalian nak keluar duit tu kurang la..
post terbaru Ajoi ..Berniaga Tanpa Modal-Tidak mustahil
wah, buku asb org lain pegang ek… lau org tu dipercayai, boleh je.. jgn sampai hilang sudah.. mmg ramai pilih asb sebagai tempat menyimpan duit ni..
biasa simpan dalam tabung je.. dengan dalam maybank untuk urusan jual beli online hahaha.. dalam wallet biasa ada rm50+- je
post terbaru topo ..50 Sebab Untuk Undi Cisdelcom 1-10
ok la tu.. simpan dlm tabung, lepas tu simpan dlm bank lain tak? lau dah lama simpan dlm tabung, sure byk kan tabung kat rumah.. hehehe..
TE simpan dalam tabung (kalau duit syiling) dan mcm mana kalau tabung tu bentuk peti besi?
kalau nak menyimpan dalam bentuk sijil simpanan premium bsn pun bagus juga, berpeluanglah untuk cabutan bertuah setiap bulan
post terbaru tengkorak emas ..Unit Siasatan Jenayah Blogger
TE simpan syiling dalam peti besi takpala sebab syiling yang dia simpan tu nama dia Kijang Emas. Hehe.. Kayo Kayo.
post terbaru Anwar Osman ..The Number 1983 Comment Award
@TE : bagui2.. sbb bEe pun simpan duit syiling lbh2 5sen & 1sen dlm tabung. Sentimental value utk akan datang kansssss
mmg sentimental la.. saya de simpan duit syiling singgit.. tapi tak banyak la.. sbb lau byk, rugi la plak kan.. hihi..
1 sen dah tak pakai skg, mungkin leh simpan dalam frame
@fiezaradzi : Akan dtg syiling 1sen mesti akan diletak dlm muzium. Masa tu kalau kerajaan carik sape yg ada confirm $$$$$ tinggi. Hehehe
post terbaru bEe ..Dia tidak menangis…
@bee, kira kes pampasan le ni.. hhee terbaik..
patutlah simpan dlm tabung besi ek.. hahaa.. mmg kayo lah..
okey je tabung besi pun.. hehe.. baru kena dgn duit syiling.. hihi… pastu duit nye bukan sekupang dua.. berjuta2 kupang kot..
sijil premium bagus juga, cuma sistem kt bsn (area saya) kurang sikit la.. ramai org, plus kena beratur ramai2..
Simpan duit dalam tabung haji,insuran dan ada lah sikit2 buat pelaburan jangka panjang….:)
pe pelaburan masa panjang tu? hehe.. tabung haji jarang g ni.. nk kena pergi masukkan balik.. huhu.. insurans de gak, utk jangka panjang gak kan..
Story psl menabung nie sbnrnye, kalau kita sentiasa buat calculation utk memulakan savings mmg akan sentiasa rasa tak cukup. Sbb corak perbelanjaan kita perlu berubah hakikatnye.
Perlu tabungan ni lagi2 utk org yg bakal mendirikan masjid. Skang ni nak beli brg utk kawen perlukan byk duit
Kalau nak glamer ala2 dato ct kan.
Bila dah kawen lagi perlu sbb byk sgt kes emergency nnt
So, mcm bEe susah mcm mana pun akan cuba juga menabung sikit2.
mmg tul kata bEe.. nak2 skg, kos nak kawen mau cecah puluh2 ribu.. tak de, tak kawen le.. de option, pinjam bank.. tapi harus ingat, lepas kawen lagi byk komitmen lain, so tak payah le cari nahas, dengan pinjam duit dr bank, kang sampai beranak pinak, hutang lum habis..
Betul…. komitmen pas kahwin lagi byk… Kdg2 semput pun ada. Tp perasan tak, ibubapa kita yg gaji tak sampai 4angka tp, berjaya membesarkan semua anak sampai berjaya. Sedangkan kita yg gaji 4angka kdg2 mcm tak bernafas…
Hurrrmmm……. Tiap2 hari bEe fikir ttg perkara tu. Apa2pun, hati bersih & selalu syukur atas rahmat Allah, memberikan kita rezeki sbnrnya kan kan kan!
post terbaru bEe ..Dia tidak menangis…
mmg pun, agaknya itulah perlunya bijak mengurus wang.. gaji sikit je, tapi anak 6 org leh jaga dgn baik.. mak ayah, mmg terbaik..
lagi satu berkat duit itu adlah penting, so lau sikit pun, rasa cukup jer..
perlu ke saya nak cite kat sini mana simpan..haha
kang hacker cari acc nak hack.
still simpan pada poket sendiri dan akaun bank
sebab kalau duit banyak dalam kocek ni makna loaded, so paham2 jelah semua nak beli.hehe
bukan perempuan je ok
post terbaru syahrilhafiz ..Semakan Keputusan Permohonan ke IPTA
dh cakap, tak yah bgtau.. hehe.. lau nak bgtau, ok je.. simpan kt poket.. best tu.. mesti byk.. lau akaun bank tu mampu dikawal, no problem la.. ye? ingt pompuan je tak leh de duit ni.. hehe
duit sudah ditukarkan kepada emas… semua pelaburan ada risiko… hatta asb pun tetap ada risiko biarpun secure…
tul tu zik, sebab semua tu ciptaan manusia.. so tak tau bile naik turunnya.. emas pun bagus gak, sbb ikut trend, makin lama, makin tinggi harganya.. setakat ni la kan..
baru de seketul pelaburan emas, nak tambah, bila tah..
sesiapa ada cadangan tak kat mana sesuai pelaburan emas…..dengar kata tak rugi melabur dalam emas..
post terbaru Iqbal ..Jual dara RM218-062 di internet
mmg tk rugi buat masa ni.. sebab harga emas makin naik jer..
emas pelaburan ni de yg kite lh pegang sendiri, maknanya beli dari agen, then simpan, lau nak jual boleh je jual di mana2 atau jual balik pada agen tu.. saya de kenal satu company yg buat pelaburan emas ni..
lagi satu kite leh simpan emas di bank, de caj sikit la.. org kata cuba tgk bank rakyat atau pun public bank.. cer tanya..
fiza, selamat hari ibu…
post terbaru mzhany ..Beban
tq hany..
salam..
dulu simpan duit dlm tabubg tanah liat..masa tu gambar ayam jantan ..pastu tabubg kedua tan liat juga tapi gambar arnab heee….
yg tabung ayam jantan tu biasa tgk, yg arnab tak biasa..
tapi tak rasa sayang ke bila kena pecahkan tabung tu.. hhuhu
tabung arnab ek…mmg tak pernah tgk..biasa buat tabung cap buluh jer…tak rugi nak pecahkan…nanti leh buat lagi…hehe
post terbaru hafizmd ..Kahwin- Antara Kemampuan dan Kempunan…
cap buluh tak pe, byk dlm hutan.. tapi penat nak pecahkan buluh tu..keras..
hasil wet tu saya bawa bljar hee.. mmg berbaloi jika kita simpan wet sb manfaat yang byk cerah pada masa2 akan dtg
hasil wet tu macam mana suri? leh kongsi?
simpan kat mana ek…biasanya dalam bank..kadang2 simpan dalam dompet isteri…hehe…ade ke?
yg terbaik, apa yg awak ajar kat saya…simpan dulu, bayar hutang piutang…baru fikir yg lain…hehe
post terbaru hafizmd ..Milik siapa 1 dollar ni
aik, de gak dlm dompet isteri ye.. hahhaa.. ce bagi, tgk ok tak..hahaha
lain org, lain praktiknya en hafiz. yg ptg, diri mampu menguruskan dgn baik..
wah menariknya cara ayah simpan duit…tak terfikir cara gitu….
asha simpan tuk simpanan tetap kat tabung haji….kat situ dia dah ready2 tuk zakat dah…so takyah dah kuar zakat
post terbaru ~asha~ ..Turun 115 Kilogram dengan 4 Jurus
menarikkan, berharap gak la kt rumah de, tapi tak terdaya nk tebuk simen dlm2.. hahaa
tabung haji bagus, nnti dh byk, leh g haji terus, kan?
Salam nak tanya, kalau masukkan duit dalam ASB, boleh ke kita keluarkan duit tu semula sesuka hati?
post terbaru molmolla ..Youre The Best Mama In The World!
boleh je molmolla, asalkan de buku bersama, & ic..
lau yg tak leh sesuka hati tu lau amik loan asb, bulan2 bayar, sampai tempoh matang, leh dpat hasilnya..
lau simpanan asb biasa sama je macam akaun bank lain, melainkan tiada kad atm (so kena guna buku), dan pulangan lebih byk berbanding akaun bank biasa..
aaaaaa baru faham! terima kasih sis
kita ingat asb ni tak boleh keluarkan, so kerja asyik masukkan je dan kita tak reti kuarkan duit melalui buku bank. haha. noob kan?
nak masukkan dalam asb pun, kawan yang buatkan. HAHA!
post terbaru molmolla ..Youre The Best Mama In The World!
‘kerja asyik masukkan je..’ mesti byk ni.. hehe.. hulur2 sikit sini..
tak salah kawan tlg masukkan, tapi pe kata blajar buat sendiri, ne tau lau de kecemasan tak payah tunggu kawan tu kan..
asb dan akaun bank.. kalo duit syiling lebey2 time shopping salu masuk dalam tabung huhu
bagusla tu, nnti sedar2 je dah byk.. leh simpan kt bank.. de baiknya shopping ek.. eh? leh ke? ahahaha…
mana ada nak simpan ditabung.takut berputih mata.huu..
post terbaru Ali ridha ..Urusan dipermudah kerana rajin solat
kenapa berputih mata tu? hilang diambil org kah, atau diambil tangan sendiri.. hehee..
simpan dalam asb la kan kalau rasa untuk jangka masa panjang… tapi kalau orang tua2 dulu bawah bantal je.tu kena curi kat toyol..but sekarang byk toyol kepala hitam pula kan..
post terbaru nizam ..Bekas Lokap Mona Dijadikan Lokasi Pelancongan
toyol kpala hitam lagi bahaya dri toyol hijau, bukan setakat duit je kebas, segala benda nak dikebasnya.. hehe..
mmg ramai pilih asb ni kan..
post terbaru fiezaradzi ..Kerja Cikgu- Tapi
yg penting simpan dalam beg wet mesti ada hee.e…
itu kena gak suri.. kot2 emergency.. susah lau tak de..
Salam.
Saya pilih nombor 2. lagi-lagi simpan dalam Tabung haji. Sebelum ni, simpan dalam ASB. tapi tabung haji lagi banyak kelebihan dia n senang bole masuk kn duit melalui cash deposit je~
post terbaru dhiera ..Lunch guna kupon Pizza Hut
haah kan.. tadi ke cash deposit bank islam, dh de utk masukkan duit ke tabung haji.. mmg bagus lah..pas ni senang nk masukkan duit dlm tabung haji..
sebahagian daripadanya simpan kat masjid
post terbaru tipskerjaya ..Bajet 2012 berita baik bagi penjawat awam
@tipskerjaya, alhamdulillah, senang hati mmbaca.. yg ni faedah nya berterusan hingga ke akhirnya ni.. sekali sekala de juga buat..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mmg susah nak menyimpan nih
Kita kena tanamkan azab dan semangat yg padu
Ada tempat yg boleh bantu kita, iaitu pelaburan unit amanah
Saya dah melabur pd unit amanah
Dan sekarang saya dah menjadi Unit Trust Consultant(UTC)
Kalau sudi nak memahami lebih lanjut pelaburan unit amanah
Silalah hubungi saya di talian
019-2515158
Tq
waalaikumussalam,
mmg unit trust adalah satu pilihan lain yg ada bagi mereka yg tak kisah pasal risiko.. satu pelaburan yg baik, cuma risiko sedikit besar dari asb dan lain2.. tapi berbaloi pada yg berjaya..
jadi, saper yg berminat, boleh la hubungi mat jep je..
wahhh tabung tu… wa ada dlu kecik2 penah pakai.. sekali dapat kat adik, trus hancur.. waaahh memori ni..
post terbaru incik ..Gerhana matahari cincin 2012
ada jugak dulu.. ada 4 ekor, sorang satu.. siap tulis no kat belakang, baru tau saper punya.. hehhee.. tapi bila pindah rumah, tak hilang.. rindu la kat tabung ni..
kalau duit banyak. baik masuk pelaburan emas. lagi untung. aku tak masuk lagi. sebab xda duit. tapi, dengar-dengar, camtula.
@ohbudu, tapi kena tgk juga, takut2 ada yg scam jer.. saya pulak prefer beli emas dan simpan, mungkin perlu jangka masa lama utk untung, tapi lebih selamat la..
Orang dulu-dulu simpan bawah bantal…
post terbaru samdaddycool ..Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
@samdaddycool, atuk saya pernah buat jugak.. byk duit.. hihi..
simpan dalam bank dan pelaburan. nak labur semua karang susah plak bila nak guna duit..
post terbaru Izwan ..Cinta Antara Sahabat Baik dan Peraturan Friendzone?
@izwanyusof, bagus tu.. labur semua jadi apa2 susah pula..
Simpan dlm bank…ada yg senang nak kuar…ada gak yg susah kuar…hehehe
post terbaru yas ..Gambar Ngeri Anggota Polis DiTetak Rambo Bentong
@yastro, kalau bukan bank utama, mmg susah nak keluar, lau bank tu simpan keluar, simpankeluar, mmg senang jugaklah jawabnya..hehe
Asb senang ke? kalau hari sabtu bule ke keluarkan duit asb kt pejabat pos?
@areaf kun, maaf lambat balas, asb senang utk tak keluarkan duit.. selamat duit.. asb hanya boleh berurusan isnin-jumaat sahaja. sabtu, tak boleh..
simpan di tempat yang mana senang nak keluar balik…huhu
post terbaru yusri ..Kenapa Ada Lubang Pada Bumper Belakang
@yusri, itu utk mudahkan urusan keluar ni.. ni utk simpan..
{ 1 trackback }