Kau Sembunyi Ye

Posted by

As salam hari rabu,

Apa makanan yang korang ambil pagi tadi? Malam tadi? Tengahari ni nak makan apa pulak? Cer citer.. Dah sekarang nasi lemak dikawal penjualannya di sekolah. Nasib baik korang yang gemar nasi lemak tak kerja kat sekolah.. Kalau tak, mau korang mengamuk kot…

Dalam makanan yang korang makan, perasan tak ada benda tersembunyi? Apa dia? Lemaklah, apa lagi.. Hehe.. Jom kita tengok, berapa banyak lemak yang tersembunyi dalam makanan yang korang makan..

  1. Mayonis (79g lemak/100g mayonis)
    Selalu ke makan burger ada mayonis? Ha, berhati-hatilah, sebab banyak kandungan lemak dalam ni.
    Gantikannya dengan dressing rendah lemak, campur sos soya atau yogurt rendah lemak. Lebih menarik, campurkan sedikit herba dan lada hitam bersama makanan. Jangan ambil mayonis bersama sandwic ayam atau tuna.
  2. Kekacang (77g lemak/100g kacang macadamia)
    Tak sangka kan kekacang pun de lemak, walau pun perlu dalam diet seimbang. Disebabkan ada lemak tersembunyi, jangan berlebihan pengambilannya. Kalau sesapa yang nak turunkan berat badan, ambil hanya segenggam seminggu.
    Boleh digantikan dengan kacang rendah lemak seperti gajus atau kacang pea
  3. Krim kopi – coffee cream (50/100g krim)
    Kaya dengan lemak tepu sebenarnya. Lemak tepu tak bagus tau.
    Gantikan dengan susu rendah lemak, bebas lemak atau susu tepung (awasi juga nilai lemak susu tepung)
  4. Mentega kacang (50g setiap 100g bahan)
    Sedapkan kalau makan bersama-sama kepingan roti, nak pula yang bercampur coklat.. Yummy.. Saya suka, saya suka..
    Pilih yang bebas kandungan gula, supaya nilai kalori tidak tinggi. Ambil dalam kuantiti sedikit seperti empat sudu kecil seminggu)
  5. Kerepek kentang (35/100g kerepek)
    Sedap dimakan sewaktu masa lapang atau time menonton tv.. Betul-betul asyik..
    Baca kandungan nutrisi sebelum membeli dan pilih yang rendah kalori. Bertih jagung dikatakan lebih baik berbanding snek lain. Atau buat sendiri kerepek jika mampu.. (boleh jual pulak lepas tu..)
  6. Keju (33g lemak / 100g)
    Lemak berkrim, sesuai dengan kandungan lemaknya.. Sedap kalau dimakan bersama burger.. haha.. tapi ingat, jangan amalkan selalu
    Pilih keju rendah lemak, hadkan pengambilan.
  7. Daging merah (31g lemak/ 100g daging panggang)
    Peratusan lemak dalam daging masih rendah berbanding makanan lain. Tetapi dek kerana kesedapan daging, maka ramai yang mengambil dalam kuantiti yang banyak.
    Beli daging yang kurang lemaknya (senang kata, buang le lemak), ayam yang dibuang kulit (sebab bawah kulit tu banyak lemak). Jika boleh masak tanpa penggunaan minyak. Sosej dan salami mengandungi lemak yang nyata.
  8. Pastri dan Pai (23g lemak/ 100g pai ayam)
    Pai dipenuhi dengan lemak yang tidak baik (jahat..jahat..). Pecahan lemak pai lebih besar dari mayonis sebenarnya.
    Bagi yang ingin menurunkan berat badan, elakkan pengambilan makanan ini jika boleh. Makan makanan yang berbijirin penuh atau gandum.
  9. Makanan bergoreng dengan minyak banyak (22g/ 100g donut contohnya)
    Menggunakan minyak yang banyak semasa menggoreng adalah tidak baik kerana banyak minyak diserap ke dalam makanan.
    Masak menggunakan teknik gril atau merebus sebagai alternatif. Memanggang makanan juga lebih baik berbanding menggoreng.
  10. Avokado (17g setiap 100g buah)
    Lemak mono tidak tepu baik untuk diet seimbang, tetapi tidak boleh diambil berlebihan. Ingat tu.. Jika tidak, boleh tambah berat badan yang comel tu..
    Ambil dalam bilangan sederhana, jangan campurkan dengan mayonis. Untuk menambah perisa, titiskan jus lemon sebagai pengganti.

Apa lagi, mari bertindak sekarang. Bagi yang ada anak, mulakan dari sekarang, kang marah pulak bila ayam pula dilarang dijual di sekolah. Boleh diambil sebenarnya, tetapi dalam kuantiti yang terkawal. Ingat tu kawan-kawan..

Sumber dari: utusan malaysia Mac 2010, diambil dari majalah harmoni..

kredit gambar : sini

@fiezaradzi.com – Suka makan makanan yang berkaya coklat.. Okay, gantikan dengan coklat hitam. Mari beli.. **Bestnya kalau ada ladang koko**

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *