Jom Buat Senaman

Posted by

Assalamualaikum semua,

Cuaca mendung je hari ini, awal pagi tadi hujan. Kawasan kami renyai-renyai sahaja. Korang pulak macam mana? Kami ada dengar ada kawasan yang hujan lebat juga. Betul ke?

Tapi jangan sebab cuaca suram, kita pun suram. Kalau bersebab, carilah jalan penyelesaian kenapa boleh jadi suram hari ini. Percaya atau tidak, jika hari-hari kita ceria dan kita berfikiran positif, hari tersebut mampu berlalu dengan penuh makna. Baik ada makna noo..

Bagi yang tengah suram atau mungkin juga letih, apa kata kita cuba buat satu aktiviti. Bersenam contohnya. Apa kata kita tengok kebaikan bersenam ini sama-sama, lepas itu kita bersenam ramai-ramai.

Antara kelebihan bersenam adalah:

  1. Menambahkan kekuatan jantung dan paru-paru. Apabila bersenam, kadar denyutan jantung akan berdegup dengan lebih cepat. Jika diamalkan selalu, tidak mustahil jantung lebih kuat kan…
  2. Membakar lemak dan mampu mengekalkan berat badan supaya lebih ideal. Jangan tak tahu ada cara yang betul dan pantas dalam proses membakar lemak dalam badan ni. Kalau tak percaya boleh cuba teknik bakar lemak pantas di sini.
  3. Menurunkan risiko penyakit jantung. Bila lemak dah banyak terbakar, tak adalah lemak lebihan di organ-organ dalam badan kan..
  4. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Lebih bertambah kuat jika pengambilan kalsium diseimbangkan.
  5. Meningkatkan kolesterol ‘baik’ di dalam darah. Kolesterol HDL dan LDL adalah berbeza. Nak tahu lebih apa itu kolesterol baik, baca artikel ini.
  6. Membantu dalam pembentukan bentuk badan yang cantik. Bila lemak berlebihan tiada, ada pulak pembakaran tenaga, badan jadi slim melim gitu.
  7. Meningkatkan kecergasan diri supaya badan lebih bertenaga dan aktif. Kalau lari 100 meter, mana tak cergas kan.
  8. Membantu diri untuk lebih tenang dan memudahkan tidur. Peredaran darah akan teratur, maka lebih mudah untuk tidur dan badan lebih tenang.
  9. Membaiki postur dan keterampilan diri.
  10. Membaiki mood dan menajamkan tumpuan mental. Sebab tu kalau tengah suram, baik korang pergi bersenam.

Itu antara 10 sebab kenapa senaman itu bagus. Sepatutnya kita buat macam negara Jepun dan China kan. Bersenam setiap awal pagi. Jom, sihatkan diri kita masing-masing. Tapi kalau lepas bedah appendiks, boleh ke bersenam? Nantikan artikel itu di lain kali.

@fiezaradzi.com – Ingat lagi, masa sekolah menengah dulu, sebelum masuk kelas, tiap-tiap hari kena buat senaman ringan, dari tingkatan 1-5 beramai-ramai dalam 3 gelanggang tenis.

**sumber bacaan: Majalah Pa&Ma, Ogos 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *