Vios Idaman Hati

Assalamualaikum,

Ada baca tak pasal banyak sungguh kereta di jalan? Memang banyak kan.. ye lah, kereta lama campur pulak keluaran baru yang ada.. memang sesak la.. Biasa la tu kan.. Kesesakan jalan raya, tak de apa-apa pun sesak, apatah lagi kalau ada operasi bersih.. hehe..

Kalau perasan, ada gambar kereta, satu Satria, satu lagi Vios. Sebenarnya kekasih hati (ini kereta ye…) pertama saya adalah proton satria. Kereta satria terpakai atau kata orang second hand, dibeli dari kenalan sekampung. Luaran, memang cantik la kan. Masa tu pulak masih bujang, jadi tak de isu besar pasal kereta ni. Memang kalau ulan-alik kampung, kereta ni lah banyak berjasa. Bukan tu saja, malah kereta yang kecil pada pandangan mata ni, mampu membawa sebuah mesin basuh automatik ketika saya dan suami berpindah rumah.. Kecil-kecil cili padi tau..

Setelah 4 tahun susah senang bersama, terpaksa saya lepaskan ‘buah hati’ itu kerana memikirkan keselesaan anak. Disebabkan ada sedikit masalah yang tidak dapat diselesaikan walaupun berulang kali dibaiki, dan ditambah dengan rezeki tambahan (saya kira rezeki anak kot..), kami beralih ke kereta yang labih selesa dan jimat, Toyota Vios. Kenapa Vios jadi pilihan ek…

JIMAT MINYAK

Saya letakkan yang pertama sebab ini adalah sebab utama pemilihan Vios. Direka bentuk bagi tujuan penjimatan minyak, memang sangat berbaloi tukar kereta ini. Jika dahulu, sekitar tahun 2005-2008, denagn harga minyak di antara RM1.52- RM2.37, untuk balik ke kampung, RM50 pasti diperlukan untuk sehala. Kalau tak silap saya, ni harga Ron 97 ni, sebab dulu guna Ron mahal kan.. Maknanya kalau ulang-alik, seratus la kan. Ditambah lagi dengan harga tol.. Kira le sendiri.. Tapi, semenjak de Vios ni, sehala, kami hanya perlukan dalam RM35-RM40 sehala dari KL-Penang dengan kelajuan 100-120km/j. Kadang-kadang boleh ikut jalan lama, kadang-kadang pecut di highway.. Dengan harga minyak sekarang, RM1.90 seliter memang sangat berbaloi la kan..

SELESA

Memang selesa kalau 3 orang besar-besar di belakang. Kalau sorang diri, tak payah cerita la kan.. Hehe.. Boleh baring-baring, cuma kalau nak guling-guling je fikir 3,4 kali.. Nak bandingkan dengan satria, memang perit sikit, sebab ada masalah aircond. Kalau hari hujan, ha.. lagi haru..

RUANG BAGASI

Satu ciri kereta yang suami saya gemarkan, ruang bagasi yang besar. Senang nak angkut balik segala makanan dan bekalan dari kampung ke bandar KL.. Hehe.. bila anak bertambah, barang kat bagasi pun bertambah la kan.. Niat nak beli Jazz terpaksa dikorbankan sebab ruang bagasi yang kecil..

DESIGN

Nak kata cantik, macam dugong adalah.. Hehe.. Tapi disebabkan design kereta ini macam dugong lah dia boleh jimat minyak. Gabungan reka bentuk dan enjin sememangnya terbukti baik walau pun tidak seindah rupa.. Tapi kalau nak yang cantik boleh je jeling-jeling TRD Sportivo atau tambah aksesori luaran.

HARGA

Pada saya Vios berada di julat pertengahan. Ada kenderaan sebegini yang lebih murah, seperti Saga BLM dan Persona. Ada juga yang lebih mahal seperti Inspira dan Honda City. Kalau ada budget lebih dan mahu jimat minyak, boleh la pilih Vios.

Tapi ada yang memandang kepada rupa terlebih dahulu. Kalau ini dijadikan pilihan utama, mungkin Vios jauh ke belakang. Apa pun, masing-masing ada pilihan masing-masing kan..

Kalau ada yang teringin nak test drive atau beli kereta Vios ni, sekarang ada keluaran istimewa, warna purple untuk type G atau pun TRD.. Pilih saja..

@fiezaradzi.com – Lepas ni nak aim Toyota Wish, Toyota Harier atau Honda CRV la.. Semua kereta dah lama keluar. hehe..

One thought on “Vios Idaman Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>