Lelaki dan Wanita, Siapa Lebih Hebat?

by fiezaradzi on 24 June 2011 · 20 comments

Tajuk tak ingat kan? Antara lelaki dan wanita, mana satu yang korang rasa lagi hebat? Entry ni bukan le nak kutuk-kutuk atau nak lebihkan mana-mana pihak. Kang ada pulak yang cakap, ala, die tu pompuan, sebab tu yang lebih hebat, perempuan, atau pun, ala, dah nama perempuan, mana nak menangkan kaum lain… Tak ek.. saje je.. Jom tengok..

kredit gambar: tima kasih

MULTITASKING

Dalam erti kata mudah, buat kerja lebih dari satu dalam satu masa. Ada yang kata lelaki lebih hebat, nah tengok, dalam masa bawak kereta, boleh hisap rokok, atau boleh SMS masa tengah bawa moto kapcai. Hebat tu.. Ada yang kata, wanita ni terlalu teliti, so kena buat kerja satu je dalam satu masa. Lepas satu, kemudian baru buat satu lagi. Berdasarkan pengalaman, ada wanita yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Kalau tak takkan mereka ni boleh jadi top 3 kan? Wanita dalam tengah memasak, boleh lagi mendukung bayi, dan mampu pula menyusukan bayi. Semua ni sebab nak kejar masa dalam menguruskan diri, rumah dan kerjaya.

MEMASAK

Dalam hal ni, boleh kata dua-dua hebat. Ye lah, cuba tengok, sudah ramai kaum lelaki juga wanita yang dah jadi chef-chef hebat di luar sana. Malah sudah ada blogger lelaki yang menulis tentang masakan di blog sendiri. Ha, hebat tu.. Tetapi dalam hal ni mungkin wanita lebih ramai, kerana tugas sebagai isteri dan ibu yang membuatkan rasa tanggungjawab memasak perlu dipikul. Dan sememangnya mereka ini suka memasak untuk orang tersayang, lelaki pula mungkin memasak untuk mencari rezeki. Atau mungkin mencari publisiti..??

PENGURUSAN ANAK

Wanita dikatakan golongan mahir dalam hal ini. Cuba tanya rakan-rakan blogger yang sudah menjadi ayah. Pernah mereka memandikan anak, atau menyuap makanan atau lebih dramatik menukar lampin anak? Mungkin ada jawapan yang berbentuk positif, maksudnya pernah buat atau biasa buat. Tetapi jangan terkejut ada yang langsung tidak pernah membasuh ‘hasil buangan’ si anak. Tidak dinafikan, banyak yang telah berubah, sudah ramai golongan bapa arif akan hal ini

PENGURUSAN WANG

Siapa lebih hebat, atau lebih tepat bijak menguruskan kewangan? Siapa yang biasanya memegang duit belanja atau menyimpan? Mengikut pengalaman, saya lebih mengatakan wanita bijak dalam menguruskan wang, kerana kadang-kadang si suami mencari rezeki di luar, pulang memberikan duit buat si isteri berbelanja barangan rumah. Sedar-sedar hujung bulan masih ada duit lebih. Ibu-ibu kita contohnya bijak menguruskan wang bulanan sehinggakan gaji yang tak seberapa masih mampu membeli aset-aset bernilai. Tetapi, wanita juga lebih cepat menghabiskan duitnya, sebab gemar aktiviti membeli-belah..

BUAT KEPUTUSAN

Lelaki dilihat lebih memonopoli dalam hal ini. Saya contohnya, lebih gemar membiarkan suami membuat keputusan dalam banyak hal. Sememangnya ada perbincangan dalam sesuatu hal, namun keputusan akhir biasanya keluar dari mulut suami. Contoh lain, dalam memberi nama anak, saya lebih gemar menyenarai pendek, dan akhirnya suami akan memberi kata akhir. Ada juga yang terbalik tau..

MEMIMPIN

Kaum adam biasanya lebih hebat memimpin. Lihat sajalah di serata dunia, pemimpin wanita boleh dikira. Rata-rata yang menjadi ketua atau pemimpin, kuantitinya lebih kepada lelaki. Dan sememangnya pemimpin lelaki adalah yang hebat. Sebab itulah lelaki diberi tanggungjawab dalam memimpin keluarga. Betul tak?

PENGURUSAN MASA

Dalam urusan temujanji, selalu tak korang lewat? Jawab sendiri ek.. Biasanya kaum hawa lebih mementingkan masa, dan mereka ini lebih tepat hadir pada masa ditetapkan (jika tiada sebarang masalah) dalam sesuatu temujanji. Malah, ada yang mengambil berat akan soal masa ini. Jadi tidak mustahil ada yang bermasam muka gara-gara lewat masa tengah bercinta..

KERJA TEKNIKAL

Yang ni memamg tak dinafikan lelaki lebih hebat. Bilangan mereka yang mahir dalam hal ni sudah cukup membuktikannya. Atau ada yang bertanya, sebab peluang kurang untuk wanita, jadi bilangannya berkurang. Mungkin juga, tetapi pada saya, sungguh pun wanita itu berminat kerja teknikal, namun ada had-had yang mungkin sukar untuk dilaksanakan. Teknikal biasanya melibatkan mesin-mesin atau jentera yang besar dan berat. Jadi ada sesetengah kerja yang mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh kaum hawa ini. Tapi, jangan terkejut ada wanita lebih hebat teknikalnya dari sesetengah lelaki.

GADGET

Jika dulu, lelaki dilihat memonopoli bidang ini, namun kemungkinan dua-dua golongan adalah sama sekarang. Walau bagaimana pun, kebanyakan pakar adalah lelaki. Setuju? Lihat saja pakar telefon bimbit dan komputer, kebanyakannya adalah lelaki. Tetapi jika dari segi penggunaannya, nisbah yang sama mungkin wujud. Namun jika disuruh memilih, saya raa kaum lelaki masih hebat dalam bidang ini.

Ada yang nak tambah? Sila lah. Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya berdasarkan komuniti di sekeliling korang. Yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengamatan dan keadaan sekeliling.

@fiezaradzi.com – Allah jadikan lelaki dan perempuan ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, supaya kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Jadi, manusia adalah makhluk yang paling hebat ye..

Ada satu gadget yang hebat kat pasaran sekarang. Kalau korang rasa korang hebat dalam gadget ni, boleh le try samsung gs2 kan .. Mana tau, korang tersenarai dalam orang hebat gadget, tak pun kita tengok siapa lagi hebat..

{ 20 comments… read them below or add one }

ahmad kamil June 24, 2011 at 6:04 pm

Tapi apa pun, masing2 ada kelebihan dan ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

info menarik. =)
post terbaru ahmad kamil ..Selamat pagi Kuala Lumpur

Balas Komen ini

fiezaradzi June 29, 2011 at 3:18 pm

mmg tul, sebab tu lelaki dan perempuan saling melengkapi..

Balas Komen ini

syahrilhafiz June 24, 2011 at 8:03 pm

lagi dah hebat sekarang
mampu handle 4 orang isteri..hehehe
post terbaru syahrilhafiz ..Lawak Malaysia- Lawak Lucah

Balas Komen ini

fiezaradzi June 29, 2011 at 3:19 pm

betul ke benar2 mampu, kawen 4 org mungkin, tapi mampu handle, tak semua mampu kot..

Balas Komen ini

titan June 27, 2011 at 5:08 am

tak perlu kata apa-apa.Semestinya lelaki.
post terbaru titan ..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Noobie.my

Balas Komen ini

bEe June 27, 2011 at 2:22 pm

Uiikkk
Menyokong jantina lelaki ye. Mentang2 Titan lelaki yer :-P

Balas Komen ini

fiezaradzi June 29, 2011 at 3:21 pm

haha.. tul tu bee, tapi takkan titan nak sokong pompuan lak kan… hehee

Balas Komen ini

fiezaradzi June 29, 2011 at 3:20 pm

aiyookk.. tapi de lelaki tak leh buat pe pompuan buat tau.. cmner tu?

Balas Komen ini

bEe June 27, 2011 at 2:22 pm

Tanpa lelaki, tiada wanita
Tanpa wanita, tiada lelaki……

Masing2 memerlukan :-)

Balas Komen ini

fiezaradzi June 30, 2011 at 5:26 pm

tul tu bee.. dah mmg diciptakan manusia sebegitu.. saling melengkapi

Balas Komen ini

faizul June 29, 2011 at 7:08 am

lelaki mungkin diam tapi otaknya ligat berfungsi, wanita pun mungkin diam, tapi mulutnya lagi dasyat berbunyi. Hahahaha… lawak jap.
post terbaru faizul ..Kemaskan Ikon Desktop Korang

Balas Komen ini

fiezaradzi June 30, 2011 at 5:27 pm

tapi kdg2 lelaki fikirnya perkara lain, wanita kdg2 mulutnya ada bernas.. jadi, masing2 de kelebihan dan kekurangan,.. kan?

Balas Komen ini

tutyrahiza June 29, 2011 at 10:10 am

Bab lelaki asuh anak tu menarik..my hubby b4 ade anak mmg tak tau nak buat..skang dah pandai nak tukar lampin, mandikan n saya macam tak percaya dia boleh buat..

Kesimpulannya: orang lelaki memang boleh buat bila hati derang nak buat..

nway, nice entry..mmg lelaki n pomp saling memerlukan..sebab tu Allah ciptakan dua jantina ini kan..
post terbaru tutyrahiza ..Saranan Jadual Pemakanan untuk Kekal Segar Sepanjang Berpuasa

Balas Komen ini

fiezaradzi June 30, 2011 at 5:29 pm

tul kan, tapi tu yg nak blajar la.. de setengahnya macam fikiran dulu2 sikit, anak, isteri yg uruskan.. so, jadilah si abah yg tak pandai nak tukar lampin atau basuh poo poo anak.. tapi skg ni dh lain, suami sama2 bantu isteri uruskan anak.. sbb saling tlg menolong.. senang lau isteri ke kursus ke, apa ke..

tul, kalau de hati tak kira lelaki, pompuan pun boleh, cuma masih de kengkangannya, suami tidak boleh lahirkan ank..

Balas Komen ini

ciksembang June 29, 2011 at 12:08 pm

saya macam setuju je semua yg ditulis..
tapi sy paling setuju lelaki buat keputusan. Sy sangat bergantung kpd keputusan suami slm sesuatu hal sebab saya rasa perempuan agak emosi dlm memberikan buah fikiran
post terbaru ciksembang ..I am back, blogging has to go on

Balas Komen ini

fiezaradzi June 30, 2011 at 5:33 pm

saya pun lebih kurang gak.. saya kdg2 nak makan tghri kat mana pun ikut suami.. hehe… tapi sekali sekala tu bagi le jugak kan..

emosi tu mmg tak leh lari dri pompuan kot..

Balas Komen ini

Amir Said June 30, 2011 at 12:24 pm

Nice entri. X sangka ada link blog saya kat atas tu. hehe. Thanks.

Lelaki sepatutnya lebih bagus dalam membuat keputusan. Sebab lelaki diberi 9 akal dan 1 nafsu manakala wanita diberi 1 akal dan 9 nafsu. Sebab itu juga, lelaki (suami) diberi kuasa dalam melafazkan talak dalam perkahwinan. Sebab lelaki x akan bertindak secara emosi dan berfikiran waras. Ini apa yang saya pernah baca la. :-)
post terbaru Amir Said ..Resepi Ayam Masak Madu

Balas Komen ini

fiezaradzi June 30, 2011 at 5:41 pm

sama2.. hihi

sepatutnya begitula amir.. tapi de sesetengahnya yg seolah-olah salah gunakan kuasa & tjawab yg Allah beri.. harap2 golongan kwan2 lelaki sekalian tak begitu.. sbb tu lelaki perlu jadi ketua dlm keluarga kan..

pasal talak perkahwinan tu mmg betul pun.. sbb lau bagi kt pompuan, silap sikit je habis..

Balas Komen ini

Bb Hussain June 30, 2011 at 5:04 pm

Bb setuju ..kita saling lengkap melengkapi..so sama2 la menjadikan diri kita terbaik..
post terbaru Bb Hussain ..Accident di Persiaran Kewajipan

Balas Komen ini

fiezaradzi June 30, 2011 at 5:43 pm

betul.. hehe, dan kalau de kekurangan di mana-mana pihak, anggaplah itu rezeki kita dan sama2lah kita perbaiki.. kan?

Balas Komen ini

Leave a Comment

CommentLuv badge

 Banner

Previous post:

Next post: