Lelaki dan Wanita, Siapa Lebih Hebat?

Posted by

Tajuk tak ingat kan? Antara lelaki dan wanita, mana satu yang korang rasa lagi hebat? Entry ni bukan le nak kutuk-kutuk atau nak lebihkan mana-mana pihak. Kang ada pulak yang cakap, ala, die tu pompuan, sebab tu yang lebih hebat, perempuan, atau pun, ala, dah nama perempuan, mana nak menangkan kaum lain… Tak ek.. saje je.. Jom tengok..

kredit gambar: tima kasih

MULTITASKING

Dalam erti kata mudah, buat kerja lebih dari satu dalam satu masa. Ada yang kata lelaki lebih hebat, nah tengok, dalam masa bawak kereta, boleh hisap rokok, atau boleh SMS masa tengah bawa moto kapcai. Hebat tu.. Ada yang kata, wanita ni terlalu teliti, so kena buat kerja satu je dalam satu masa. Lepas satu, kemudian baru buat satu lagi. Berdasarkan pengalaman, ada wanita yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Kalau tak takkan mereka ni boleh jadi top 3 kan? Wanita dalam tengah memasak, boleh lagi mendukung bayi, dan mampu pula menyusukan bayi. Semua ni sebab nak kejar masa dalam menguruskan diri, rumah dan kerjaya.

MEMASAK

Dalam hal ni, boleh kata dua-dua hebat. Ye lah, cuba tengok, sudah ramai kaum lelaki juga wanita yang dah jadi chef-chef hebat di luar sana. Malah sudah ada blogger lelaki yang menulis tentang masakan di blog sendiri. Ha, hebat tu.. Tetapi dalam hal ni mungkin wanita lebih ramai, kerana tugas sebagai isteri dan ibu yang membuatkan rasa tanggungjawab memasak perlu dipikul. Dan sememangnya mereka ini suka memasak untuk orang tersayang, lelaki pula mungkin memasak untuk mencari rezeki. Atau mungkin mencari publisiti..??

PENGURUSAN ANAK

Wanita dikatakan golongan mahir dalam hal ini. Cuba tanya rakan-rakan blogger yang sudah menjadi ayah. Pernah mereka memandikan anak, atau menyuap makanan atau lebih dramatik menukar lampin anak? Mungkin ada jawapan yang berbentuk positif, maksudnya pernah buat atau biasa buat. Tetapi jangan terkejut ada yang langsung tidak pernah membasuh ‘hasil buangan’ si anak. Tidak dinafikan, banyak yang telah berubah, sudah ramai golongan bapa arif akan hal ini

PENGURUSAN WANG

Siapa lebih hebat, atau lebih tepat bijak menguruskan kewangan? Siapa yang biasanya memegang duit belanja atau menyimpan? Mengikut pengalaman, saya lebih mengatakan wanita bijak dalam menguruskan wang, kerana kadang-kadang si suami mencari rezeki di luar, pulang memberikan duit buat si isteri berbelanja barangan rumah. Sedar-sedar hujung bulan masih ada duit lebih. Ibu-ibu kita contohnya bijak menguruskan wang bulanan sehinggakan gaji yang tak seberapa masih mampu membeli aset-aset bernilai. Tetapi, wanita juga lebih cepat menghabiskan duitnya, sebab gemar aktiviti membeli-belah..

BUAT KEPUTUSAN

Lelaki dilihat lebih memonopoli dalam hal ini. Saya contohnya, lebih gemar membiarkan suami membuat keputusan dalam banyak hal. Sememangnya ada perbincangan dalam sesuatu hal, namun keputusan akhir biasanya keluar dari mulut suami. Contoh lain, dalam memberi nama anak, saya lebih gemar menyenarai pendek, dan akhirnya suami akan memberi kata akhir. Ada juga yang terbalik tau..

MEMIMPIN

Kaum adam biasanya lebih hebat memimpin. Lihat sajalah di serata dunia, pemimpin wanita boleh dikira. Rata-rata yang menjadi ketua atau pemimpin, kuantitinya lebih kepada lelaki. Dan sememangnya pemimpin lelaki adalah yang hebat. Sebab itulah lelaki diberi tanggungjawab dalam memimpin keluarga. Betul tak?

PENGURUSAN MASA

Dalam urusan temujanji, selalu tak korang lewat? Jawab sendiri ek.. Biasanya kaum hawa lebih mementingkan masa, dan mereka ini lebih tepat hadir pada masa ditetapkan (jika tiada sebarang masalah) dalam sesuatu temujanji. Malah, ada yang mengambil berat akan soal masa ini. Jadi tidak mustahil ada yang bermasam muka gara-gara lewat masa tengah bercinta..

KERJA TEKNIKAL

Yang ni memamg tak dinafikan lelaki lebih hebat. Bilangan mereka yang mahir dalam hal ni sudah cukup membuktikannya. Atau ada yang bertanya, sebab peluang kurang untuk wanita, jadi bilangannya berkurang. Mungkin juga, tetapi pada saya, sungguh pun wanita itu berminat kerja teknikal, namun ada had-had yang mungkin sukar untuk dilaksanakan. Teknikal biasanya melibatkan mesin-mesin atau jentera yang besar dan berat. Jadi ada sesetengah kerja yang mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh kaum hawa ini. Tapi, jangan terkejut ada wanita lebih hebat teknikalnya dari sesetengah lelaki.

GADGET

Jika dulu, lelaki dilihat memonopoli bidang ini, namun kemungkinan dua-dua golongan adalah sama sekarang. Walau bagaimana pun, kebanyakan pakar adalah lelaki. Setuju? Lihat saja pakar telefon bimbit dan komputer, kebanyakannya adalah lelaki. Tetapi jika dari segi penggunaannya, nisbah yang sama mungkin wujud. Namun jika disuruh memilih, saya raa kaum lelaki masih hebat dalam bidang ini.

Ada yang nak tambah? Sila lah. Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya berdasarkan komuniti di sekeliling korang. Yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pengamatan dan keadaan sekeliling.

@fiezaradzi.com – Allah jadikan lelaki dan perempuan ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, supaya kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Jadi, manusia adalah makhluk yang paling hebat ye..

Ada satu gadget yang hebat kat pasaran sekarang. Kalau korang rasa korang hebat dalam gadget ni, boleh le try samsung gs2 kan .. Mana tau, korang tersenarai dalam orang hebat gadget, tak pun kita tengok siapa lagi hebat..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *