5 Cara Kembalikan Semangat

Assalamualaikum,

Semenjak beberapa hari ni mendung je. Kesan pun turut sama ke atas blog.. (padahal malas nak update).. Sejak kehilangan hari tu, mood naik turun. Jadi ambil keputusan untuk tukar suasana rumah ni sikit. Jadi hasilnya yang tertera ni la.. Walau pun stil ada yang tak puas hati, tapi ikutkan je la.. Penat dah nak tukar. Huhu.. cakap je, tapi tah-tah esok wajah blog tukar lagi..

Kalau tak benar-benar serius, memang kejap-kejap boleh hilangkan semangat menulis tu. Nak-nak satu hari penuh dengan kerja. Memang lagi terbiar usang blog. Ada yang sama tak, ke saya sorang je? Nak cari cara tingkatkan semangat nak update blog? Jom cuba..

LUANGKAN MASA. Kalau ada masa terluang, memang selalu boleh update blog. Tu yang kadang-kadang boleh 5 entry satu hari tu. Tapi kalau tak de masa gak, boleh je buat beberapa entry satu masa, kemudian buat jadual untuk dikeluarkan entry yang dah siap. (Tuan rumah ni memang tak de masa, tu yang schedule post pun kurang..Hehe)

Membaca amalan kita. Jadi, BANYAKKAN MEMBACA supaya ada idea-idea yang menarik untuk ditampilkan. Kadang-kadang tu perkara yang terjadi dalam diri pun boleh jadi entry kan, kalau tak kisah berkongsi lah. Kalau tak, simpan je sorang-sorang.

Tiru macam saya, TUKAR THEME supaya dapat memberi kesan baru dalam diri empunya blog. Tapi kalau tiap-tiap hari tukar, mau pening kepala kawan-kawan yang datang. Silap-silap fikir salah datang blog. Kalau tak nak tukat theme, boleh juga tukar header ke, widget ke.. Asalkan membantu mood datang..

LAWAT BLOG RAKAN yang lain. Bila tengok blog kawan-kawan semua ada entry terkini lagi panas, sikit sebanyak naik juga semangat kan.. Baru boleh cari idea nak tulis apa untuk tatapan ramai. Kalau nak lagi best, jadikan rakan blogger yang rajin update sebagai panduan. Mungkin ada yang ‘tertumpah’ ke diri sendiri..

Bagi saya, kalau otak serabut, memang payah nak buat kerja. Jadi satu cara, TENANGKAN FIKIRAN agar semuanya berjalan lancar. Nak tenangkan fikiran, macam-macam boleh buat. Kalau nak ke spa memanjakan diri pun boleh juga. Nak try? Boleh saja..

Itu antara cara yang digunakan kalau tenang tak de mood sangat-sangat nak update blog. Kadang-kadang idea ada, tapi mood tu hilang. Kalau korang pulak, macam mana? Bagaimana korang cari semangat time mood berblog hilang?

@fiezaradzi.com – Moga-moga ini permulaan untuk kembali berlari…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge