by

Kepentingan Surat Beranak

Pengguna Maybank? Ganjaran untuk anda di sini

Salam buat semua. Tadi masa rehat kami ke bank, untuk urusan membuka akaun si kecil, yang berusia 2 bulan lebih tu. Kalau nak pergi waktu anak-anak ada, tak terjadi kerja yang nak dibuat nanti. Dengan anak yang semakin aktif dan yang aktif menyusu, memang agak sukar kerja-kerja sebegini dilakukan di waktu semua ada. Jadi kesempatan yang ada ni, kami pun gunakan sebaik mungkin.

Sebenarnya nak cerita tentang pelanggan sebelum kami. Juga ingin membuka akaun anaknya. Malangnya dia tidak membawa sijil kelahiran atau lebih dikenali sebagai surat beranak. Jadi, si ibu kelihatan sedikit marah.  Mungkin kedudukan rumah dengan bank agak jauh. Nak salahkan siapa ye dalam hal sebegini?

Pada saya, jika malu bertanya sesat jalan. Terdengar kata-kata kakak tu, kat depan tak cakap pun kena ada surat beranak. Kakak tak tanya kot.. Sebab saya ada tanyakan pekerja yang jaga kaunter depan bank, de borang ke perlu diisi dan bahan yang perlu. Memang dijawab surat beranak dan juga mykid. Jadi kalau bertanya tadi, tentu dapat jawapannya kan.. Dan juga diingatkan sebenarnya, bukan sekadar urusan di bank, malah kebanyakan urusan masih lagi memerlukan surat beranak sebagai bahan penting. Contohnya membuat pasport di pejabat imigresen. Rasionalnya, saya sendiri tidak tahu sedangkan dalam mykad atau mykid, semua maklumat ada di situ. Mungkin juga bagi mengelakkan berlaku penipuan, jadi bahan asal perlu sebagai bukti. Entah, saya tak tahu. Itu kena tanya dorang yang menjadikan surat beranak sebagai bahan asas. (pe nih??)

contoh surat beranak

seperti diminta sahabat blog, inilah gambar buah hati, si kakak dan si adik..

Nasihat saya pada kawan-kawan yang ada dan bakal ada anak, segala urusan yang melibatkan anak anda ni, bawalah bersama surat beranak dan mykid, walau pun kadang-kadang tidak dinyatakan keperluannya. Bukan apa, sebagai persiapan supaya anda tidak buat kerja 2,3,4 kali. Kan susah. Tak berat mana pun kan surat beranak tu, daripada kena ulang alik barkali-kali. Juga kepada pihak yang berwajib, soalan saya apa rasionalnya membuat mykid jika surat beranak masih diperlukan sebagai bahan utama dalam berurusan. Memanglah tidak sukar membawa surat beranak, tapi penggunaan mykid seolah-olah tidak bermakna jika surat beranak itu masih diperlukan.

@fiezaradzi.com – sediakan payung sebelum hujan… kalau dah hujan, baru tercari-cari payung, susah kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *