Semasa

Kerja Cikgu, Tapi..

Assalamualaikum semua,

Tiap-tiap tahun, 16 Mei guru-guru disambut, Hari Guru la katakan. Kalau hari pekerja, semua pekerja cuti, kenapa hari guru, cikgu-cikgu tak cuti ek?? Boleh jawab? Ha, kat situ pun dah tunjukkan betapa hebatnya kerjaya cikgu kan.. Jangan ingat kerja cikgu mudah, sebab tu hari cikgu pun, cikgu kena kerja. Seksa ke tak jadi cikgu? Jawapan pada cikgu-cikgu, mestilah tak, sebabnya nak mendidik kita semua dan anak-anak kita semua.. Kan cikgu kan?

Sebenarnya mak bercita-cita nak suruh anak-anaknya jadi cikgu, sebab mak dulu bekas cikgu. Tapi semua anak-anak tak sorang pun jadi cikgu. Kenapa ek? Rasanya tak tertanggung kot tanggungjawab cikgu tu.. Walaupun tengok macam mudah, tapi besar tanggungjawab sebenarnya, kan? Kalau saya jadi cikgu, macam mana ek? huhu.. Habis anak murid lari atau berdendam agaknya. Garang sebenarnya. Itu yg susah tu.. huhu..

Korang ingat lagi nama cikgu tadika korang? Atau cikgu kelas darjah 1? Cikgu tadika saya namanya Siti Zaharah, dulu de jugak jumpa, sekarang mungkin sudah berpindah agaknya. Masa tadika, kami sekeluarga temankan nenek di kampungnya sebab arwah wan ke Mekah, so tak de sape nak tengokkan. Jadi, tiap-tiap hari sekolah, saya ikut cikgu tadika ke tadika, sebabnya cikgu satu kampung dengan nenek saya. Agaknya sebab tu saya ingat sangat kat cikgu kot.. Terima kasih cikgu…

Saya percaya banyak kenangan kita semua masa bergelar pelajar kan.. Kalau kat sekolah rendah dulu kena berdiri atas kerusi atau meja, kena rotan tapak tangan, atau kena ketuk ketampi (macam labu labi tu) kira biasa dah.. Ingat lagi dulu tolong cikgu tandakan buku latihan kawan-kawan, lepas tu cikgu bagi upah. Tanda pun yang mudah2 je.. Bab tu saja suka kalau jadi cikgu.. hehee.. Belum lagi cikgu yang sanggup bersusah tolong hantar balik rumah bila sakit perut melanda. Dulu masa darjah 6, cikgu bawa kami sekelas (ikut giliran) ke rumah cikgu hujung minggu. Berlatih, konon-konon masuk asrama la.. Malam-malam pun sanggup buat kelas malam untuk kami, dan ada cikgu yang sanggup ajar saya percuma lepas habis sekolah.. cikgu best..

Masa sekolah menengah pulak, selalu jadi sasaran cikgu add math, sebab dalam kelas tu saya ni memang tertinggal keretapi sikit, tapi alhamdulillah, bila SPM dapat A1 berkat doa cikgu. Lagi cikgu yang jadi mak angkat (duduk asrama de mentor mentee ni, bukan Mentor tv3 ye..), ada ape2 (makanan) mesti die bagi kat kami anak jagaannya.. Best.. banayk pengalaman dengan cikgu sebenarnya. Ada sekali tu, kami set kelas add math siap bermasam muka dengan cikgu sebab cikgu tu marah. Sebabnya hanyalah salah faham masa kelas latih tubi. Kalau nampak dari jauh, kalau boleh nak lari jer.. sampai cikgu tu perasan la.. tapi bila kami sekelas dah baik, seronok plak.. hehe.. Cikgu memang best. Tu belum cerita cikgu nak ambil jadi menantu.. oppss.. tak yah la tu..

Apa pun, untuk cikgu-cikgu, tiada ayat yang mampu dinyatakan atas segala usaha cikgu (yang kadang-kadang nampak cikgu yang berusaha, kami tak pun..hahaa) dalam mendidik kami. Sesungguhnya jasa cikgu-cikgu hanya mampu dibalas olehNya. Moga cikgu terus maju dan bahagia mendidik anak bangsa. Selamat hari guru..

Khas buat cikgu Siti Zaharah, cikgu Rosnah, cikgu Siti Zaleha, cikgu Izham, cikgu Suhaimi, Sir Waziri, cikgu Hassan, Sir Hashim, cikgu Khalid, cikgu Rahim, cikgu Saedah, ustazah Juriah, ustazah Kamariah, dr rosfarizan, dr albakariya dan semua cikgu yang mengajar saya, terima kasih banyak.. Maaf andai tiada nama di sini, namun jasa cikgu tetap terpahat dalam hati..

@fiezaradzi.com – sebenarnya nak terbit entry hari Isnin, tapi de sikit masalah… Harap masih belum terlewat ye cikgu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge