Annur Kena Cucuk

Posted by

alat cucuk

Salam all,

Sorry dah lama tak update blog ni. hihii.. sibuk tengok blog lain nih.. Oh ye, nak cerita tentang ANNUR – puteri sorang nih.. Juga saya cuba masukkan info sikit ek..

Annur kena cucuk? Ngeri ke tajuknya? Lagi ngeri orang yang tengok nih.. 😀 Sebenarnya, Annur kena cucuk imunisasi bila dah sampai umur.. Setahun setengah. Setakat ni, semua Annur dah buat, tinggal bila masuk darjah satu nanti kot.. Mengikut jadual suntikan la kan.. Anak-anak kengkawan camner? Agak-agak dulu kengkawan kena cucuk tak?

PENTING KE CUCUK?

Ye, penting ke? Ada orang kata tak perlu, silap-silap de side efek.. Uish, betul ke tu? Selalunya, apabila jadual dah dibuat badan bayi sepatutnya sudah bersedia. Kenapa perlu suntikan imunisasi ni ek? Korang tahu?

Sebenarnya suntikan ini bertujuan bagi membina antibodi secara semula jadi untuk kanak-kanak. Ye la, bayi terutamanya masih tidak mempunyai antibodi – yang ada hanyalah dari susu ibu (bagi yang menyusu susu ibu) – tapi ini bersifat sementara. Jadi jadual imunisasi dibuat supaya antibodi dapat dihasilkan dengan lebih baik dan tahan lama. Sebab tu jugak de beberapa imunisasi yang perlu beberapa dos (beberapa kali untuk imunisasi yang sama jenis).

Imunisasi penting supaya badan dapat membina sejenis pertahanan agar di lain kali, jika penyakit itu datang, otak akan mengeluarkan arahan supaya badan dapat mempertahan dan memusnahkan penyakit itu. Imunisasi di Malaysia adalah secara suntikan vaksin ke dalam badan, dan ada juga dalam bentuk oral (dimasukkan dalam mulut bayi).

KENAPA ADA TINDAK BALAS?

Beberapa jam selepas kena cucuk, tangan Annur sedikit bengkak di tempat kena cucuk, tapi sekejap sahaja. Di waktu malam menjelma, badan Annur sedikit panas. Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, ubat yang dibekalkan oleh pihak klinik boleh diberi kepada Annur (bukan Annur je, anak-anak lain selepas dicucuk).

Bengkak dan demam ini biasa kerana itu merupakan tindak balas badan terhadap bahan asing yang dimasukkan ke dalam badan. Biasa kanak-kanak demam kerana ia merupakan respon kepada perkara tadi. Nanti saya update mengenai suntikan ini, seperti berapa kali perlu dicucuk dan kenapa beberapa suntikan perlu untuk imunisasi yang sama.

Saya try cari jadual juga ye. Untuk kengkawan yang ada anak dan bakal ada anak nanti, jangan risau. Bila kengkawan melahirkan anak, satu buku merah untuk bayi akan kengkawan perolehi. Dalam buku tu, de jadual dan jenis suntikan.

jadual cucuk annur
jadual cucuk annur

** Annur alhamdulillah, sihat. Sekejap je panas badannya. Bila sebut ubat, beria-ria nak makan, tapi kalau memang perlu dimakan, susah sungguh nak masukkan dalam mulut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *