Buku

Khalifah Pertama

Assalamualaikum,

Khalifah Pertama (2x) ooo.. Khalifah pertama * di sana terpancar sinar cahaya
menerangi lorong-lorong yang gelita * namun mereka tiada percaya * malah mencaci dan menghina
engkaulah yang pertama membenarkannya * hilang saudara * hilang segala-gala * engkau tetap setia * kalimah Tuhankan bertakhta
Dikaulah lambang teman sejati * pada kekasih janji dipateri * khalifah pertama… * menggenggam erat panji suci * bila kekasih tiada lagi
Kekasih tiada lagi.. * Teman di kala suka dan duka * tiada apa yang dapat memisahkan * rela berkorban harta dan nyawa * lafazmu hanya kebenaran
Tika bisa menjalar * mencengkam tubuh * kekasih lena dipangkuanmu * engkau tetap setia * hingga mengalir air mata..
Dikaulah lambang teman sejati * pada kekasih janji dipateri * khalifah pertama… * menggenggam erat panji suci * bila kekasih tiada lagi
Disinilah janji setia * antara sahabat dan kekasih * menjadi inspirasi kami * walau tiada pernah bersua * aku kan tetap setia * untuk selama-lamanya…
khalifah pertama… * menggenggam erat panji suci * bila kekasih tiada lagi
Dikaulah lambang teman sejati * pada kekasih janji dipateri * khalifah pertama… * menggenggam erat panji suci * bila kekasih tiada lagi

Salam hari Jumaat. Boleh tangkap tak lirik lagu kat atas ni? Ke tak terperasan langsung? Kalau nak tahu ini lirik nasyid Khalifah Pertama, nyanyian kumpulan Mirwana. Kalau hayati betul-betul, memang boleh mengalir air mata ni.

Khalifah Pertama, Khalifah-khalifah Yang Benar

Cerita yang lebih jelas boleh korang baca buku tentang Khalifah Abu Bakar As-Siddiq atau keempat-empat khalifah utama menerusi buku Khalifah-khalifah Yang Benar, tulisan Abdul Latip Talib. Boleh jatuh cinta baca hasil tulisan penulis yang dikenali sebagai Pak Latip ni. Serius menarik. Harga dekat online RM55.00 dan berkulit tebal. Kalau kena gaya, boleh dapat diskaun lagi.

Bila dah baca kisah mereka yang hebat ni, terasa diri teramat kerdil. Betapa percaya nya Abu Bakar kepada Rasulullah sehinggakan apa jua yang dikatakan oleh Rasulullah, dibenarkan walaupun rata-rata semua orang tidak percaya. Bila Rasulullah berkata baginda mampu membelah bulan, Abu Bakar terus percaya walaupun belum ditunjukkan, sedangkan mereka yang lain hanya ketawa.

Beliau juga mendapat kepercayaan Rasulullah ketika berlaku penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Berdua bersama Rasulullah, macam-macam perkara terjadi. Kisah semasa kedua-duanya berlindung di Gua Thur daripada pengikut Abu Jahal, Abu Bakar dipatuk ular macam dalam lirik lagu di atas, “tika bisa menjalar…. kekasih lena di pangkuanmu…”, beliau terus bertahan kerana tidak mahu Rasulullah terjaga dari tidurnya, hinggalah Rasulullah sedar bila ada titisan air mata dari Abu Bakar. Sungguh setia sahabat Rasulullah ini.

Sekali lagi beliau mendapat kepercayaan Rasulullah apabila diminta menjadi imam ketika Rasulullah mula tidak sihat. Bila orang lain menjadi imam, Rasulullah terus tegas berkata bahawasanya baginda memerintahkan Abu Bakar menjadi imam, macam menegurlah. Mungkin itu tanda-tanda Rasulullah mahukan Abu Bakar menjadi pemimpin selepasnya dalam dunia Islam.

Betapa besar rahmat Nabi, semua umat Islam bersatu padu ketika Rasulullah menjadi pemimpin. Namun, sebaik sahaja baginda wafat, terus berlaku perebutan kuasa. Namun, disebabkan ketokohan Abu Bakar As-Siddiq dan kepercayaan yang diberikan Rasulullah kepadanya, menyebabkan Abu Bakar dilantik menjadi pemimpin Islam seterusnya. Banyak lagi kisah Abu Bakar yang menarik yang boleh dibaca melalui novel biografi Abu Bakar ini sebenarnya. Kalau nak baca keempat-empat khalifah besar ini, saya sarankan buku Khalifah-khalifah yang benar ni memang pilihan bijak.

"khlaifah-khalifah Yang Benar"Gambar diambil dari sini

@fiezaradzi.com – tengah membaca buku Mustafa Kamal Ataturk, juga hasil Abu Latip Talip. Hati meronta nak pergi pameran buku kat PWTC yang tengah hangat berlangsung sekarang ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge