Khasiat Timun

Posted by

Kenal tak timun? Timun yang boleh buat sayur tu.. Timun luarannya berwarna hijau, ada yang cerah, dan de yang agak gelap, manakala isinya pula berwarna putih kehijauan. Timun sinonim dengan sesuatu yang menyejukkan. Ada yang berpendapat orang yang banyak angin dalam badan (macam saya), kurang baik untuk pemakanan. Tapi ada kebaikan timun ni. Apa dia? Jom kita tengok:

  1. Pengambilan setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan gout.
  2. Memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
  3. Bermanfaat untuk kepada yang mengalami masalah paru-paru, perut dan dada.
  4. Mengurangkan masalah tekanan darah rendah – ibu mengandung yang de masalah ni, mungkin boleh cuba.
  5. Menghadamkan protein – mengandungi enzim Erepsin
  6. Menghalang masalah kuku kerana kaya dengan mineral.
  7. Mengurangkan bengkak pada mata – hiris timun dan letak di mata.
  8. Bersifat diuretik, menyejuk dan membersih – baik untuk kulit.
  9. Boleh disapu ke muka untuk mengurangkan kepanasan dan radang kulit.
  10. Dapat melegakan mata yang tertekan terutamanya ketika cuaca panas terik.
  11. Rambut tak nak tumbuh? Cuba campurkan timun dengan jus lobak merah, kubis dan bayam. Ia dipercayai mampu menggalakkan pertumbuhan rambut. Campuran jus timun dengan lobak merah juga dipercayai bagus untuk masalah reumatik.

ADA APA PADA TIMUN?

Jom kita tengok nilai nutrisi bagi timun yang belum dikupas kulitnya..

  1. Karbohidrat — 3.63 gram
  2. Gula — 1.67 gram
  3. Protein — 0.65 gram
  4. Serat — 0.5 gram
  5. Lemak — 0.11 gram
  6. Potasium — 147 miligram
  7. Fosforus — 24 miligram
  8. Kalsium — 16 miligram
  9. Magnesium — 13 miligram
  10. Vitamin C — 2.8 miligram
  11. Besi — 0.28 miligram
  12. Asid pantotenik (Vitamin B5) — 0.259 miligram
  13. Zink — 0.20 miligram
  14. Niasin (Vitamin B3) — 0.098 miligram
  15. Vitamin B6 — 0.040 miligram
  16. Riboflavin (Vitamin B2) — 0.033 miligram
  17. Thiamin (Vitamin B1) — 0.027 miligram
  18. Folat (Vitamin B9) — 7 mikrogram

* Nilaian nutrien adalah bagi setiap 100 gram timun.

Sumber bacaan: Mingguan Malaysia

Suka timun yang manis jer. Tapi ada sesetengah orang gemar minum jus timun. Memang tabik la.. hehe..

@fiezaradzi.com – Orang pantai timur panggil tembikai merah tu timun cina… Timun sedap dibuat ulam sambil cicah sambal belacan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *