Khatam Al Quran
2012
Bagi seorang mukmin, membaca Al-Quran merupakan satu bentuk tanda kecintaannya terhadap Allah dan juga Islam. Sewaktu membaca Al-Quran, dia sudah merasa seolah-olah jiwanya menghadap ke hadrat Allah yang Maha Kuasa, menerima amanat dan hikmat suci, memohon limpah kurnia, rahmat dan pertolongan dari-Nya. Dibacanya halaman demi halaman, surah demi surah dan juzuk demi juzuk, sehinggalah sampai khatam atau tamat Al–Quran itu.
Imam Al Ghazali mencatatkan beberapa hadis dan riwayat mengenai pembacaan Al-Quran sehingga khatam. Digambarkannya, bagaimana para sahabat, dengan keimanan dan keihklasan hati, berlumba-lumba membaca Al-Quran sehingga khatam. Ada di kalangan mereka yang khatam dalam masa semalam sahaja, malah ada juga yang dua kali khatam dalam masa sehari semalam. Ada juga yang khatam seminggu sekali, iaitu khatam setiap kali datangnya Jumaat. Malah ada juga yang khatam sebulan sekali, kerana mendalami maksud yang terdapat pada setiap ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran.
Di mana kita sebenarnya? Sebulan sekali, dua bulan sekali, atau hanya membacanya apabila menjelangnya Ramadhan? Di samping membaca Al-Quran dengan betul sehingga tamat, alangkah baiknya apabila kita turut sama mendalami maksud setiap ayat-ayat Al-Quran. Ianya sudah pun dimudahkan dengan adanya terjemahan atau tafsir Al-Quran yang banyak di pasaran.
Tidak ada suatu kebahagiaan di dalam hati seseorang mukmin melainkan apabila dia dapat membaca Al-Quran sehingga khatam. Apabila sudah khatam, itulah puncak segala kebahagiaan hatinya.
Moga ia jadi semangat untuk diri ini merajinkan diri khatam Al-Quran.
@fiezaradzi.com – Sudah berapa kali khatam Al-Quran?

Assalamu`alaikum Fieza,
nampaknya tahap saya masih kurang memuaskan kerana saya hanya mampu khatam Al-Quran 2 bulan sekali. Malu rasanya bila memikirkan keimanan dan keikhlasan hati sahabat baginda yang mampu khatam dalam masa semalam sahaja.
Mama Murai´s last [type] ..blog Mama Murai diunjar oleh orang Brunei, mai tah kurapak brunai.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 3:59 pm
@Mama Murai, tak pe mamaM, janji kita konsisten dlm buat perkara tu.. lagi satu, insyaallah jika ikhlas, maka tidak mustahil kita mampu buat lebih baik..
[Balas]
Elok sangat kalau dapat diusahakan untuk khatam al quran sekerap mungkin
moga kita mendapat rahmat dariNya
tehr´s last [type] ..Bila Si Dia Memberi
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 3:59 pm
@tehr, mmg benar kata cikgu.. harap2 kita lebih kerap buat perkara baik ni..
[Balas]
alhamdulillah
Juan´s last [type] ..The Sketchbook Project | I try to sketch again
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 4:00 pm
@Juan, alhamdulillah, kira juan khatam byk kali ni..
[Balas]
terlalu jauh untuk saya kejar pencapaian tu.. sedih.. sebuk dengan urusan dunia saja
rahman´s last [type] ..Hasil laut di pasar ikan Kota Kinabalu
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 4:48 pm
@rahman, insyaallah moga kita berubah ke arah lebih baik.. dunia dan alam sana 2-2 penting..
[Balas]
Terima kasih atas ingatan. Semoga kita semua dapat meneruskan membaca Al-Quran sepanjang masa.
Insya’ Allah.
faizul´s last [type] ..Tukar tayar di Lebuhraya Karak
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 5:01 pm
@faizul, ameen.. amalan yg baik harap berterusan..
[Balas]
Anyway, saya suka theme yang ni. Nampak cantik, elegan dan jauh lebih kemas dari sebelumnya
faizul´s last [type] ..Tukar tayar di Lebuhraya Karak
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 5:02 pm
@faizul, terima kasih.. masih cuba2 betulkan mana2 yg perlu ni.. byk lagi kecacatannya..
[Balas]
alamak! terkesima lah fulaks..
sudah lama tak khatam quran ni, lagi2 setelah baligh. aderkkk….
maza´s last [type] ..Wordless Wednesday: Ambil Peduli?!
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 23rd, 2012 at 5:40 pm
@maza, lepas ni kita usaha jadi lebih baik.. nak2 anak2 nanti nak baligh pulak..
[Balas]
Cara terbaik utk dapatkan ketenangan. Buat masa sekarang cuba target 2 bulan sekali… sebelum ni 3-4 bulan baru khatam. Hal lain boleh ikut jadual, takkanla baca Quran tak bleh kan. IMO
shraqs´s last [type] ..Ghost Rider Spirit Of Vengeance
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 24th, 2012 at 2:09 pm
padahal ini yg lagi penting kan.. insyaallah, lau niat baik, dipermudahkan.. lau nak senang, jadualnya setiap kali lepas solat.. insyaallah.. jom usaha sama2..
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web