Agama Lifestyle

Kisah Murid dan Sepuluh Biji Telur

Assalamualaikum,

Suatu kisah di muka bumi.

“Pergi ke kedai dan belikan terung. Bila pulang, campakkan ke tingkap dapur rumah saya. Nanti isteri saya akan ambil untuk memasak makanan tengah hari ini,” pinta seorang guru kepada anak muridnya.

Anak murid yang sungguh taat pun segera berlari ke kedai dan setelah membeli terung yang dimaksudkan, dia segera ke rumah gurunya dan mencampakkan seperti yang disuruh gurunya itu.

Keesokan harinya, gurunya berkata lagi kepada murid yang sama, “Pergi ke kedai dan belikan ikan kering. Kita masak gulai ikan kering hari ini. Kamu campakkan ke tingkap rumah saya seperti biasa. Nanti isteri saya akan memasaknya.” Murid yang taat itu sekali lagi mengikut arahan gurunya itu.

Pada hari ketiga. Gurunya berkata kepada anak murid tadi, ” Hari ini kita akan memasak gulai lemak telur. Kamu pergi ke kedai dan belikan sepuluh biji telur.”

Tanpa berlengah, murid tadi terus memecut ke kedai dan membelikan sepuluh biji telur untuk dimasak. Setelah membeli, murid tadi kembali ke rumah gurunya dan terus mencampakkan telur yang dibeli tanpa berfikir. Kias sahaja perintah gurunya seperti sebelum ini.. Apalah jadi kat telur-telur tu..

kisah telur

Pengajaran: Berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Mungkin ada yang tidak sepatutnya dilakukan. Mengikut tanpa berfikir akan menghilangkan rasional akal, sedangkan rasional akal itu perlu untuk membina kesucian hati.

@fiezaradzi.com – Balik nanti nak beli terung, encik abang nak makan gulai terung..

** Diambil petikan dari Majalah Solusi #21.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge