Kisah Tentang Attitude

Posted by

thank you
thank you

Salam. apa khabar? Semalam sebenarnya dapat email dari cikgu sekolah lama. Email forward ni berkenaan attitude seseorang. Jom tengok baca..

Father: I want you to marry a girl of my choice
Son: I will choose my own bride
Father: But the girl is Bill Gates’s daughter
Son: well in that case.. ok

ON THE NEXT DAY
Father approaches Bill Gates

Father: I have a husband for your daughter
Bill Gates: But my daughter is too young to marry
Father: but this man is a vice-president of the world bank
Bill Gates: ah, in that case.. ok

FINALLY FATHER GOES TO SEE THE PRSIDENT OF THE WORLD BANK

Father: I have a young man to be recommended as a vice-president
President: but I already have more vice-presidents than I need
Father: but this young man is Bill Gates’s son-in law
President: ah, in that case.. ok

Moral of the story: People that have nothing, can get anything, but your attitude & approach should be positive.

Itulah kan, memang saya cukup bersetuju attitude yang baik memang mampu memajukan seseorang. Dah banyak contoh berlaku depan mata. Ramai yang kata graduan atau bakal graduan sekarang kekurangan perkara ini. Tak semua, betul, tapi kebanyakan yang saya jumpa ada masalah ini. Ada graduan yang bijak, yang punya attitude yang baik, mampu melaksanakan tugas yang diberi, walaupun asalkan tugasan itu langsung tidak berkaitan dengannya, atau tugasan itu tersangatlah asing buatnya. Tapi dengan attitude yang sedar itu tanggungjawabnya, dan rasa ingin tahu yang tinggi, telah menyebabkannya mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Tapi ada juga yang susah benar melafazkan ucapan ‘terima kasih’ atas bantuan yang diberi atau memohon maaf jika telah melakukan kesilapan. Besar sangatkah ucapan itu? Atau jatuhkah maruahnya dengan menyebut kata-kata tersebut? Renung-renungkanlah.

Ini bukanlah luahan hati, cuma berharap dapat menyampaikan sedikit pandangan agar mereka yang di luar sana sedar akan keperluan berubah jika tergolong dalam golongan yang disebutkan. Bukan sedikit, tapi ramai yang saya jumpa sebegini. Percayalah, dengan sedikit ucapan merendah diri (bukan merendahkan maruah diri), nescaya orang di pihak lain itu akan lembut hatinya.

Saya suka situasi di atas kerana si ayah berusaha sebaiknya untuk si anak, biarpun apa jua cara. Cuma sebagai seorang hamba, kita patut berusaha selagi tidak melampaui batas. Matlamat tidak menghalalkan cara bukan.. Apa pun, jika kita sedar akan tanggungjawab sebenar kita, tentu attitude kita akan turut berubah.

@fiezaradzi.com – percaya masih ramai di luar sana yang ada atiitude yang baik, cuma belum ditakdirkan untuk bertemu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *